Langkau ke kandungan utama

Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik

Rujukan Contoh Soalan Psikometrik 2023
Bagaimana cara nak lulus Ujian Psikometrik kemasukan perkhidmatan awam? Ramai calon yang mencari tips dan panduan untuk mengetahui cara nak lulus dalam ujian Psikometrik dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Ujian Psikometrik adalah ujian wajib lulus bagi kebanyakkan gred jawatan kerja kerajaan. Dulunya, ujian ini lebih dikenali sebagai seksyen Sahsiah dan Minat dalam peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam.

Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik Kemasukan Kerja Kerajaan

Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik

Sejak pentadbiran negara bertukar, beberapa polisi pengambilan perjawatan dalam sektor awam telah dinilai dan dikemaskini mengikut keperluan dan kehendak semasa.

Ini termasuklah ujian Psikometrik yang sebelum ini dijalankan sebagai salah satu seksyen peperiksaan online SPA. Ujian ini kini diasingkan, malah calon perlu menjawab ujian ini di laman web khas ujian ini.

Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap calon, integriti calon, kompetensi calon dalam bentuk soalan-soalan pelbagai pilihan jawapan. Kadangkala jawapan disediakan sangat hampir antara satu sama lain.

Bentuk Soalan Ujian Psikometrik

Soalan akan ditanya dalam banyak cara, samada berkaitan emosi, situasi, tindak-balas, dan juga penyelesaian matematik. Namun, sejak sesi 2019, soalan matematik sudah tidak lagi kelihatan dalam penilaian ujian ini.
Contoh soalan ujian psikometrik

Ujian ini berkemungkinan hanya diberi 2 atau 4 pilihan jawapan sama ada YA atau TIDAK, BETUL atau SALAH, SETUJU dan TIDAK SETUJU.

Bergantung kepada jawatan dan gred, pilihan jawapan adakala meliputi lebih daripada 3 pilihan, adanya sehingga 5 pilihan seperti contoh Sangat Setuju, Setuju, Berkecuali, Tidak Setuju dan Sangat Tidak Setuju (dan seumpamanya. Daripada pengalaman calon sebelum ini, ada juga pilihan jawapan dengan penilaian berskala seperti 1 - 10 atau 1 - 5.

Boleh lihat beberapa contoh soalan tersebut di sini - Contoh Soalan Psikometrik SPA dan Cara Penilaian


Tips Lulus Ujian Psikometrik

Bagaimana nak lulus dalam ujian Psikometrik? Gunakan 4 panduan penting ini:
  1. Jawab semua soalan
  2. Jawab dengan jujur
  3. Perlihatkan nilai-nilai positif
  4. Konsisten dalam pemilihan jawapan

Nampak mudah dan senang, tetapi soalan ujian Psikometrik adalah ujian yang boleh memerangkap calon untuk gagal. Perangkap soalan?

Menerusi kekangan masa, ada calon yang tersilap langkap dalam memberikan jawapan yang dikehendaki, terutama sekali yang boleh menyebabkan calon kehilangan jumlah markah merit untuk lulus. Masa menjadi faktor yang bakal mempengaruhi cara calon menilai dan menjawab soalan yang ditanya.

Kadangkala, ada soalan yang ditanya secara berulangan, tetapi dengan cara yang sedikit berlainan atau kelainan dalam pilihan jawapan yang disediakan. Pemeriksa boleh melihat kecenderungan anda untuk tidak menjawab dengan jujur soalan yang sama ini. Kejujuran memberikan jawapan boleh dikesan menerusi cara ini!

Jadi, hati-hati dan faham maksud soalan tersebut sebelum melihat kepada pilihan jawapan yang disertakan.

Untuk memastikan anda selesa dan faham bagaimana soalan-soalan ujian Psikometrik ini ditanya di dalam peperiksaan sebenar, sebaiknya ialah anda melakukan persediaan menerusi latihan latih-tubi contoh-contoh soalan ujian Psikometrik yang pelbagai.

Dengan latih-tubi, anda boleh membiasakan diri dengan corak penilaian, selain melatih diri untuk menjadi lebih positif dan fokus kepada memperlihatkan nilai positif.

Nak dapatkan contoh soalan bagi latih-tubi? Cari je dengan Google Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA; itupun jika anda ada masa dan boleh dapatkan jawapan yang tepat.

Jimatkan masa anda dan gunakan panduan dan rujukan yang telah disusun. Untuk itu, kami syorkan anda menggunakan pakej rujukan Ujian Psikometrik yang telah diterbitkan oleh Tim Infokerjaya. Ada banyak contoh soalan untuk anda lakukan latih-tubi - sehingga 200 contoh soalan dengan jawapan!

Nak akses kepada pakej rujukan ini? Klik pautan disediakan di bawah ini, dan buat tempahan segera:

[+] https://bit.ly/psikometrik2023

Jangan tunggu saat akhir, kerana ia akan merugikan anda. Kena ingat, bukan anda seorang sahaja yang akan mengambil ujian Psikometrik. Ada ribuan calon lain yang turut mendapat panggilan yang sama daripada SPA.

Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik

Guna rujukan ini, sebab ia terbukti dah membanti ribuan calon sebelum anda. Mengapa cari rujukan dan panduan yang belum tentu boleh membantu sedangkan calon lain rekomendasi rujukan ini?

Ikut jejak langkah mereka yang berjaya. Usah ambil mudah.

Semoga info dan maklumat ini akan membantu anda. Selamat berjaya, dan jangan lupa untuk berdoa.


Nak tahu apa rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan? Muat-turun Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan sekarang di sini - [Klik Sini untuk Dapatkannya]

Cara Nak Setel Hutang PTPTN secara Percuma! Nak Tahu? - [Klik Sini untuk Dapatkannya]


Klik Sini Untuk Dapatkan Rujukan Terkini Psikometrik SPA

Catatan popular daripada blog ini

6 Kerja Gaji RM10000 Sebulan untuk Lepasan Sijil, Diploma dan juga Ijazah

Nak tak kami dedahkan bagaimana nak dapat gaji sehingga RM10K sebulan ? Tidak dinafikan masih ramai lepasan sijil, diploma serta ijazah yang menganggur dan tidak mendapat sebarang kerja. Kerja dan jawatan kosong diiklankan pula mempunyai kekosongan yang terhad. Persaingan memang cukup besar dan semakin sukar buat mereka yang langsung tiada pengalaman dalam pekerjaan. Namun, rezeki itu ada di mana-mana. Yang penting adalah keinginan untuk berusaha dan mempergunakan peluang yang ada - walaupun sebelum ini tidak pernah tahu dan mencuba. Enam Peluang Bekerja Dengan Gaji RM10000 Sebulan Untuk Lepasan Sijil, Diploma atau Ijazah Apakata, kami sediakan senarai kerja yang boleh anda lakukan yang mampu menghasilkan 'gaji' sehingga RM10,000 sebulan. Tak kira apa jua tahap pendidikan anda, samada lepasan sijil, diploma atau ijazah, dengan tips dan peluang di bawah ini, anda mampu untuk hasilkan gaji sendiri sehingga RM10K sebulan! Peluang kerjaya makan gaji menerusi Suruhanjaya Pe

Awas - Perangkap Soalan Ujian Psikometrik!

Ramai calon kemasukan kerja kerajaan dipanggil untuk hadapi peperiksaan khas Ujian Psikometrik .Ujian ini telah menjadi ujian wajib untuk ke peringkat seterusnya dalam permohonan kerja dalam sektor perkhidmatan awam. Jika sebelum ini, Ujian Psikometrik menjadi sebahagian daripada seksyen peperiksaan online SPA , tetapi kini ujian ini telah diasingkan dan menjadi ujian pertama untuk calon-calon kemasukan kerja kerajaan perlu lulus. Rujukan Ujian Psikometrik - Awas Dengan Perangkap Soalan Ujian Psikometrik telah menjadi ujian wajib dalam pengambilan banyak jawatan dalam perkhidmatan awam, antaranya jawatan Gred 41, jawatan Gred 19, jawatan Gred 29 malah ia turut menjadi sebahagian ujian untuk Pegawai Tadbir Negeri N41 dan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Pihak SPA yang bertanggungjawab mengendalikan peperiksaan dan ujian ini serius dalam menapis calon-calon yang benar-benar layak, paling penting boleh memberikan perkhidmatan terbaik pada setiap situasi. Ujian Psikometrik diadak

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Gred 41

Penilaian Ujian Psikometrik adalah merupakan salah satu keperluan wajib untuk memasuki Perkhidmatan Awam Malaysia. Calon yang terpilih dan dipanggil untuk menjalani ujian ini adalah WAJIB LULUS sebelum ke peringkat seterusnya. Biasanya, ujian ini akan dilaksanakan setelah calon terpilih melepasi peringkat Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) iaitu Ujian Aptitud dengan baik. Ujian ini merupakan peringkat saringan calon bagi menilai kesesuaian calon terhadap jawatan yang dipilih/dipohon. Ujian ini merupakan salah satu dari kaedah penilaian yang holistik bagi tujuan menilai aspek sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon untuk menentukan kesesuaian individu bagi tujuan lantikan sesuatu jawatan selain daripada PSEE dan juga temuduga. Ujian Psikometrik untuk Jawatan Gred 41 Calon yang terpilih untuk Ujian Psikometrik bagi jawatan Gred 41 adalah wajib lulus dan perlu melepasti markah merit yang telah ditentukan. Markah merit untuk penentu

Ujian Psikometrik Pustakawan S41

Tak tahu nak baca apa untuk UJIAN PSIKOMETRIK jawatan PUSTAKAWAN GRED S41 PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA ? Ok, jangan gusar, usah kalut... kami ada sediakan rujukan untuk anda buat persediaan yang perlu bagi menghadapi Ujian Psikometrik ini. Ujian Psikometrik adalah ujian kendiri yang memerlukan anda bersikap jujur dan konsisten dengan setiap jawapan bagi setiap soalan penilaian yang diberikan. Ia adalah penilaian berkaitan dengan kebolehan, sikap, respon, pendapat dan seumpamanya yang dinilai sesuai untuk jawatan yang dipohon. Rujukan Persediaan Ujian Psikometrik Pustakawan S41 Ujian ini secara amnya tidaklah sukar kerana ia tidak melibatkan rumus matematik atau soalan penyelesaian masalah yang biasanya terdapat dalam PSEE SPA . Juga tiada soalan pengetahuan am khusus yang akan ditanya. Cuma, anda perlu suka sedikit pengetahuan 'common sense' yang berkaitan, terutama saling kait kehidupan dengan kerjaya yang dipohon. Misalnya, dalam kehidupan seharian, anda seorang yang c