Rujukan PSEE Psikometrik Penolong Pegawai Belia Sukan S5

Anda memohon jawatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan gred S5? Ok, untuk info jawatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan gred S5 adalah merupakan kumpulan Pelaksana dalam klasifikasi perkhidmatan Sosial. Ia merupakan jawatan dengan kelayakan akademik minima STPM/STAM/Matrikulasi/Diploma..

Mereka yang memohon jawatan ini perlu melepasi tapisan Ujian Psikometrik dalam Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE). Gaji permulaan bagi jawatan gred ini adalah RM1,650. Gaji maksimum adalah RM6,620.

Pakej Rujukan PSEE Penolong Pegawai Belia dan Sukan S5

Rujukan Contoh Soalan Psikometrik Belia dan Sukan

Secara ringkasnya, mereka yang menjawat jawatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan gred S5 ini adalah bertanggungjawab menguruskan dan melaksanakan program/ projek belia dan sukan termasuk kerja-kerja menyelaras kegiatan-kegiatan berkenaan.

Selain itu, tugas Penolong Pegawai Belia dan Sukan termasuklah memberi nasihat, bimbingan, kursus-kursus, membuat kajian keperluan sukan dan jenis-jenis sukan, merancang dan juga melaksanakan program pelajaran tata negara di peringkat daerah, negeri dan persekutuan.

Rujukan Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Belia dan Sukan S5

Untuk info, kali akhir pihak SPA mengadakan peperiksaan online untuk jawatan ini adalah pada tahun 2021. Pada ketika itu, peperiksaan online untuk jawatan Pegawai Belia dan Sukan mengkehendaki calon menjawab 2 seksyen ujian, iaitu Daya Menyelesaikan Masalah dan juga ujian bertulis Bahasa Inggeris.

Namun, kali ini, Ujian Psikometrik telah menjadi ujian online tunggal untuk semua pengambilan perjawatan ke dalam perkhidmatan awam.

Jadi, apa persediaan calon yang perlu dibuat untuk hadapi peperiksaan online Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Belia dan Sukan ini?

Rujukan PSEE Psikometrik Penolong Pegawai Belia dan Sukan S5


Boleh gunakan Pakej Rujukan Ujian Psikometrik dikeluarkan oleh Tim Infokerjaya ini. Ia merupakan set rujukan dengan 200 set soalan ujian psikometrik, diberikan pilihan jawapan dan juga huraian jawapan.

Jika berminat untuk membuat persediaan awal sebelum peperiksaan sebenar, boleh tempah rujukan tersebut di sini....

Tempah Online Ebook 200 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Terkini
Dapatkan pakej rujukan ini sekarang menerusi link ini - 200 Contoh Soalan Ujian Psikometrik edisi 2025

Contoh Soalan Ujian Psikometrik

Saya sanggup meluangkan masa hujung minggu untuk menyertai atau menguruskan aktiviti belia dan sukan di komuniti saya.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Berdoa adalah satu amalan yang baik sebelum berusaha bersungguh-sungguh

A. Sangat tidak setuju
B. Agak tidak setuju
C. Tidak setuju mahupun setuju
D. Agak setuju
E. Sangat setuju

Saya sentisa bersikap positif dalam apa jua keadaan

A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

Saya mudah merasa kecewa apabila dimarahi

A. Sangat menggambarkan diri saya
B. Menggambarkan diri saya
C. Agak menggambarkan diri saya
D. Tidak menggambarkan diri saya
E. Sangat tidak menggambarkan diri saya

Saya akan membuat aduan dan laporan jika ternampak salah-laku

A. Sangat kerap 
B. Kerap
C. Tidak pasti 
D. Kadang-kadang 
E. Tidak pernah


Sertai saluran Telegram iKerjaya Graduan [klik sini] untuk dapatkan pelbagai infokerjaya jawatan dalam perkhidmatan awam dan rujukan PSEE terkini. Anda juga akan menjadi pertama untuk mengetahui post/artikel terkini dari iKerjayaGraduan.com