15 Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Penjara gred KA1

Mencari contoh soalan sebenar Ujian Psikometrik bagi jawatan Pegawai Penjara gred KA1? Susah nak lepasi tapisan ini jika tiada rujukan contoh soalan sebagai persediaan. Calon perlu pastikan kenal dengan jawatan dipohon sebelum memulakan ujian ini agar tidak mudah terkandas!

Secara ringkasnya, skop tugas seorang Pegawai Penjara dengan gred KA1 adalah menjaga keselamatan, kawalan, pemulihan dan pengurusan banduan dalam institusi Jabatan Penjara Malaysia.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penjara KA1

Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Penjara KA1

Bila dah kenal jawatan secara amnya, maka bolehlah berfikir logik apakah kecenderungan penting bagi mengalas tanggungjawab seorang Pegawai Penjara gred KA1 ini.

Baik, berikut telah disediakan 15 contoh soalan ringkas Ujian Psikometrik bagi mengenalpasti kecenderungan calon terhadap tugas dan tanggungjawab seorang Pegawai Penjara Malaysia.

Soalan-soalan ini berbentuk penilaian psikometrik asas iaitu menilai sikap, nilai, keperibadian dan cara berfikir calon, bukan pengetahuan teknikal semata-mata.

15 Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Penjara

1. Saya sanggup bekerja dalam keadaan tekanan yang tinggi.
Sangat Setuju / Setuju / Tidak Pasti / Tidak Setuju / Sangat Tidak Setuju

2. Saya lebih suka bekerja mengikut arahan berbanding membuat keputusan sendiri.
Ya / Tidak

3. Saya mudah berasa marah apabila orang lain melanggar peraturan.
Sangat Setuju / Setuju / Tidak Pasti / Tidak Setuju / Sangat Tidak Setuju

4. Saya percaya disiplin adalah asas utama dalam kehidupan.
Ya / Tidak

5. Saya boleh mengawal emosi walaupun berdepan dengan provokasi.
Sangat Setuju / Setuju / Tidak Pasti / Tidak Setuju / Sangat Tidak Setuju

6. Saya lebih suka bekerja dalam kumpulan berbanding bersendirian.
Ya / Tidak

7. Saya sanggup berkorban masa peribadi demi tugas rasmi.
Sangat Setuju / Setuju / Tidak Pasti / Tidak Setuju / Sangat Tidak Setuju

8. Saya cepat membuat keputusan walaupun dalam keadaan genting.
Ya / Tidak

9. Saya berasa penting untuk berlaku adil kepada semua orang tanpa mengira latar belakang.
Sangat Setuju / Setuju / Tidak Pasti / Tidak Setuju / Sangat Tidak Setuju

10. Saya mudah berasa tertekan apabila berdepan dengan konflik.
Ya / Tidak

11. Saya percaya keselamatan orang lain adalah tanggungjawab saya.
Sangat Setuju / Setuju / Tidak Pasti / Tidak Setuju / Sangat Tidak Setuju

12. Saya suka mematuhi peraturan walaupun tiada siapa yang mengawasi.
Ya / Tidak

13. Saya boleh bekerja mengikut jadual yang ketat tanpa masalah.
Sangat Setuju / Setuju / Tidak Pasti / Tidak Setuju / Sangat Tidak Setuju

14. Saya berasa yakin untuk mengendalikan individu yang agresif.
Ya / Tidak

15. Saya percaya integriti adalah nilai paling penting dalam pekerjaan.
Sangat Setuju / Setuju / Tidak Pasti / Tidak Setuju / Sangat Tidak Setuju

Soalan-soalan psikometrik asas ini biasanya berbentuk skala Likert (Sangat Setuju hingga Sangat Tidak Setuju) atau Ya/Tidak, bertujuan menilai kejujuran, disiplin, kawalan emosi, kerjasama, kepimpinan, dan integriti calon.

Grup Telegram Calon Pegawai Penjara

Mahu dapatkan rujukan terkini untuk persediaan Ujian Psikometrik Pegawai Penjara gred KA1?
Sertai grup telegram khas untuk persediaan calon terlibat. Ia adalah khusus untuk calon persediaan 2026!

Sertai saluran Telegram iKerjaya Graduan [klik sini] untuk dapatkan pelbagai infokerjaya jawatan dalam perkhidmatan awam dan rujukan PSEE terkini. Anda juga akan menjadi pertama untuk mengetahui post/artikel terkini dari iKerjayaGraduan.com