Skip to main content

Panduan Exam PSEE Pembantu Penguasa Kastam

Rujukan contoh soalan PSEE Pembantu Penguasa Kastam WK19. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mengumumkan satu peperiksaan online akan diadakan untuk jawatan Pembantu Penguasa Kastam gred WK19 pada 9 April 2021 bermula jam 10:00 pagi.

Peperiksaan online Pembantu Penguasa Kastam adakan dijalankan serentak seluruh Malaysia selama 1 jam, berakhir jam 11:00 pagi.

Rujukan Peperiksaan Online Pembantu Penguasa Kastam (WK19)

Peperiksaan online kali ini akan melibatkan dua seksyen utama iaitu Daya Menyelesaikan Masalah dan juga Kefahaman Bahasa Inggeris.

Seksyen Penyelesaian Masalah

Seksyen ini akan menguji kemampuan calon untuk menyelesaikan masalah-masalah matematik seperti persamaan kuadratik, operasi set, graf, kebarangkalian, matriks dan banyak lagi.

Amnya, soalan yang melibatkan permasalahan matematik diambil berdasarkan sukatan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Seksyen ini akan mengambil masa calon. Calon yang kurang bersedia dan mengambil masa terlalu lama untuk menjawab, pasti akan bermasalah di seksyen ini nanti.

Salah satu cara untuk melepasi semua soalan di seksyen Daya Menyelesaikan Masalah ialah dengan melakukan latih-tubi pelbagai bentuk soalan matematik. Ia penting agar calon merasa biasa dengan soalan, dan boleh terus menjawab tanpa rasa ragu-ragu terutama melibatkan rumus dan formula matematik.

Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris

Calon akan diuji memahami perenggan atau teks yang disediakan. Soalan akan ditanya berdasarkan teks diberikan.

Soalan di seksyen ini juga akan menguji calon dari sudut pemahaman samada berkaitan dengan tatabahasa, penggunaan ayat pasif/aktif, struktur ayat yang digunakan, kata bersamaan dan berlawanan dan banyak lagi.

Tips terbaik untuk calon mudah menjawab seksyen ini adalah dengan banyak membaca selain melakukan latih-tubi menjawab soalan.

Daripada pengalaman kami, ramai calon yang gagal di dalam peperiksaan online adalah terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai rujukan dan tidak melakukan sebarang persediaan seperti membuat latih-tubi.

Malah, ramai antara calon yang tidak tahu spesifikasi tugas dan tanggungjawab jawatan yang dipohon.

Elak daripada menjadi calon yang tercicir.

Guna Rujukan Ini Sebagai Panduan

Untuk calon yang terlibat dengan peperiksaan online (PSEE) bagi Pembantu Penguasa Kastam WK19 dijadualkan April 2021, boleh menggunakan sumber rujukan di bawah ini yang disediakan di dalam bentuk ebook.

Rujukan PSEE Pembantu Penguasa Kastam 2021

Sumber atau pakej rujukan ini disediakan oleh Tim Infokerjaya dan telah membantu ramai calon sebelum ini lulus dengan jayanya.

Percuma Bonus Khas untuk Calon PSEE Pembantu Penguasa Kastam

Bagi PSEE WK19 ini, calon yang telah mendapatkan pakej rujukan Ekstra Seksyen (di atas) akan menerima bonus khas PERCUMA yang disediakan khas untuk bantu calon PSEE Pembantu Penguasa Kastam.

Bonus ini akan disediakan 4 hari sebelum peperiksaan online sebenar di laman muat-turun.

Jika anda adalah calon terlibat dengan peperiksaan online ini, klik link disediakan di bawah untuk tempahan pakej rujukan Ekstra Seksyen (pilih pakej Ultimate - lebih berbaloi):

[+] https://affiliates.jvsecurepay.com/go/ebookextra/2624/extra


Rujukan Exam Pembantu Penguasa Kastam


Nak tahu apa rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan? Muat-turun Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan sekarang di sini - [Klik Sini untuk Dapatkannya]

Cara Nak Setel Hutang PTPTN secara Percuma! Nak Tahu? - [Klik Sini untuk Dapatkannya]


Klik Sini Untuk Dapatkan Rujukan Terkini Psikometrik SPA

Popular posts from this blog

Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik

Bagaimana cara nak lulus Ujian Psikometrik kemasukan perkhidmatan awam? Ramai calon yang mencari tips dan panduan untuk mengetahui cara nak lulus dalam ujian Psikometrik dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ujian Psikometrik adalah ujian wajib lulus bagi kebanyakkan gred jawatan kerja kerajaan. Dulunya, ujian ini lebih dikenali sebagai seksyen Sahsiah dan Minat dalam peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam. Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik Kemasukan Kerja Kerajaan Sejak pentadbiran negara bertukar, beberapa polisi pengambilan perjawatan dalam sektor awam telah dinilai dan dikemaskini mengikut keperluan dan kehendak semasa. Ini termasuklah ujian Psikometrik yang sebelum ini dijalankan sebagai salah satu seksyen peperiksaan online SPA. Ujian ini kini diasingkan, malah calon perlu menjawab ujian ini di laman web khas ujian ini. Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap calon, integriti calon, kompetensi calon

Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA

Bagaimana Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA? Ramai calon yang dipanggil untuk hadapi peperiksaan online oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) nak tahu cara dan tips untuk lulus di dalam peperiksaan online ini. Kami juga pasti, anda antara calon yang mencari tips tersebut. Almaklumlah, peperiksaan online SPA nampak mudah tetapi ianya adalah cara terawal pihak SPA menyingkirkan calon-calon yang memohon perjawatan dalam kerajaan. Maka, walaupun nampak mudah, tetapi tahap untuk lulus peperiksaan online SPA adalah sangat sukar. Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA Ramai calon yang telah hadapi peperiksaan online SPA gagal disebabkan satu faktor sahaja . Nak tahu apa faktor tersebut? Faktor Gagal Dalam Peperiksaan SPA Faktor tersebut adalah kurangnya persediaan untuk hadapi peperiksaan online SPA . Disebabkan oleh faktor ini, maka ramai calon yang gagal disebabkan tidak tahu cara menjawab, tidak tahu bentuk soalan, line internet kurang pantas, browser di komputer tidak

Contoh Soalan Psikometrik Format 2018

Ramai yang mencari contoh-contoh soalan untuk ujian Psikometrik , khususnya yang menepati format terkini tahun 2018. Malah, ada calon yang dipanggil untuk ujian ini tidak tahu pun bagaimana format soalan, dan bentuk soalan yang akan ditanya dalam ujian Psikometrik. Kami nak bantu. Ada rujukan khas untuk ujian Psikometrik . Rujukan ini lengkap dengan contoh soalan beserta jawapan untuk kemudahan mereka yang perlu mengambil ujian atau peperiksaan online Psikometrik . Contoh Soalan Psikometrik untuk Ujian Format 2018 Soalan Psikometrik simple sahaja tetapi nak menjawabnya agak mencabar. Apatah lagi kalau anda mudah terkeliru dengan bentuk soalan ditanya. Anda kena faham, soalan Psikometrik bukan mahu mengetahui sejauh mana kepandaian anda dalam akademik, tetapi kepada cara anda berhadapan dengan situasi serta cara menyelesaikan sesuatu masalah. Cuba lihat contoh-contoh soalan Psikometrik untuk kemasukan kerja kerajaan di bawah ... Nampak macam senang je kan soalan-soalan dit

Awas - Perangkap Soalan Ujian Psikometrik!

Ramai calon kemasukan kerja kerajaan dipanggil untuk hadapi peperiksaan khas Ujian Psikometrik .Ujian ini telah menjadi ujian wajib untuk ke peringkat seterusnya dalam permohonan kerja dalam sektor perkhidmatan awam. Jika sebelum ini, Ujian Psikometrik menjadi sebahagian daripada seksyen peperiksaan online SPA , tetapi kini ujian ini telah diasingkan dan menjadi ujian pertama untuk calon-calon kemasukan kerja kerajaan perlu lulus. Rujukan Ujian Psikometrik - Awas Dengan Perangkap Soalan Ujian Psikometrik telah menjadi ujian wajib dalam pengambilan banyak jawatan dalam perkhidmatan awam, antaranya jawatan Gred 41, jawatan Gred 19, jawatan Gred 29 malah ia turut menjadi sebahagian ujian untuk Pegawai Tadbir Negeri N41 dan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Pihak SPA yang bertanggungjawab mengendalikan peperiksaan dan ujian ini serius dalam menapis calon-calon yang benar-benar layak, paling penting boleh memberikan perkhidmatan terbaik pada setiap situasi. Ujian Psikometrik diadak

6 Kerja Gaji RM10000 Sebulan untuk Lepasan Sijil, Diploma dan juga Ijazah

Nak tak kami dedahkan bagaimana nak dapat gaji sehingga RM10K sebulan ? Tidak dinafikan masih ramai lepasan sijil, diploma serta ijazah yang menganggur dan tidak mendapat sebarang kerja. Kerja dan jawatan kosong diiklankan pula mempunyai kekosongan yang terhad. Persaingan memang cukup besar dan semakin sukar buat mereka yang langsung tiada pengalaman dalam pekerjaan. Namun, rezeki itu ada di mana-mana. Yang penting adalah keinginan untuk berusaha dan mempergunakan peluang yang ada - walaupun sebelum ini tidak pernah tahu dan mencuba. Enam Peluang Bekerja Dengan Gaji RM10000 Sebulan Untuk Lepasan Sijil, Diploma atau Ijazah Apakata, kami sediakan senarai kerja yang boleh anda lakukan yang mampu menghasilkan 'gaji' sehingga RM10,000 sebulan. Tak kira apa jua tahap pendidikan anda, samada lepasan sijil, diploma atau ijazah, dengan tips dan peluang di bawah ini, anda mampu untuk hasilkan gaji sendiri sehingga RM10K sebulan! Peluang kerjaya makan gaji menerusi Suruhanjaya Pe