Contoh-Contoh Soalan Peperiksaan Online Ujian Psikometrik

Mencari contoh soalan untuk Ujian Psikometrik? Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan dengan personaliti anda. Ia merupakan ujian wajib dalam semua kemasukan kerjaya kerajaan.

Soalan-soalan ujian psikometrik ini telah terdapat dalam peperiksaan online PSEE Ujian Psikometrik Penguat Kuasa sebelum ini; juga turut keluar dalam beberapa perjawatan lain yang telah menggunakan sistem peperiksaan online SPA yang mula dikuatkuasakan pada 2014.

Contoh-Contoh Soalan Peperiksaan Online Ujian Psikometrik

Contoh-Contoh Soalan Peperiksaan Online Ujian Psikometrik

Sebelum ini peperiksaan penilaian Ujian Psikometrik terkandung dalam Seksyen C. Tidak banyak soalan berkaitan psikometrik. Namun, menyedari adanya potensi kepada calon yang mungkin kekurangan pengetahuan tetapi ada kecenderungan kepada jawatan, ujian ini telah menjadi ujian utama.

Ujian Psikometrik diadakan untuk menyaring calon berdasarkan minat dan kecenderungan. Ia akan menyingkirkan calon berdasarkan merit keseluruhan yang dicapai calon.

Dalam ujian ini, tiada jawapan salah mahupun betul, tetapi pengukuran bersandarkan nilai-nilai positif yang diperlukan untuk memenuhi kriteria perjawatan.

Contoh-Contoh Soalan Peperiksaan Online Ujian Psikometrik

Berikut adalah beberapa contoh soalan berkaitan ujian Psikometrik ini. Anda boleh jadikan ia sebagai panduan am untuk ketahui bentuk dan corak soalan.

1. Tanpa ganjaran yang lebih, tidak adil bekerja lebih masa.
A. Ya B. Tidak

2. Jika orang lain mencapai prestasi yang lebih baik, rasa cemburu tidak seharusnya ada.
A. Ya B. Tidak

3. Walaupun ada orang main taktik kotor, saya tidak mudah meradang.
A. Ya B. Tidak

4. Saya tidak mudah mengaku kalah sungguhpun kerja ada banyak cabaran.
A. Ya B. Tidak

5. Saya segan minta pertolongan walaupun saya tidak terdaya menyelesaikan masalah sendiri.
A. Ya B. Tidak

6. Saya tidak ingin menjadi pemimpin kerana ada banyak risiko.
A. Ya B. Tidak

7. Kita harus bekerjasama untuk mencapai kejayaan jika bekerja secara berkumpulan.
A. Ya B. Tidak

8. Saya hanya berucap di khalayak ramai jika diberi peluang.
A. Ya B. Tidak

9. Apabila perlu membimbing orang lain menjalankan tugas saya berasa kurang senang.
A. Setuju B. Tidak setuju

10. Apabila melakukan pekerjaan berkumpulan segala tindakan perlulah mendapat persetujuan dari ketua kumpulan.
A. Setuju B. Tidak setuju

11. Apabila memuji orang bawahan, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang memalukan.
A. Setuju B. Tidak setuju

12. Mereka yang ditimpa kemalangan membuatkan saya berasa simpati apabila mereka melakukan kutipan derma.
A. Setuju B. Tidak setuju

13. Apabila ada tugas yang perlu membimbing orang saya berharap agar saya tidak diberi tugasan tersebut.
A. Setuju B. Tidak setuju

14. Bila bersama dengan orang lain, saya tidak merasa selesa.
A. Ya B. Tidak

15. Saya sering berharap agar dapat berkhidmat dengan penuh kegembiraan setiap hari.
A. Setuju B. Tidak setuju

Kesemua soalan di atas diambil daripada beberapa ujian psikometrik dari pelbagai jawatan. Ia soalan rawak dan biasanya soalan yang sama akan turut muncul dalam beberapa PSEE Ujian Psikometrik jawatan berbeza.

EBOOK SET CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK 2025


200 set soalan dengan huraian jawapan. Set soalan mengikut format terkini Ujian Psikometrik SPA 2025. Proven membantu puluhan ribu calon Psikometrik sejak 2009 (Ketika ia sebahagian dari seksyen C).

Dapatkan pakej rujukan ini sekarang menerusi pautan - [Tempah Rujukan Psikometrik].
Sertai Group Telegram Calon Psikometrik [klik sini] untuk dapatkan FREE PREVIEW Ebook Rujukan Contoh Soalan