Senarai Perjawatan Gred 5 Kerja Kerajaan - Diploma, STPM, STAM

Ramai yang nak tahu apakah jawatan-jawatan yang boleh dipohon dalam Perkhidmatan Awam Malaysia yang boleh dipohon menerusi lawam web SPA9 untuk yang mempunyai kelayakan akademik minima - Diploma atau STPM atau STAM.

Kami akan senaraikan semua jawatan-jawatan yang boleh dipohon menerusi SPA9 untuk kelayakan akademik tersebut, berdasarkan kepada info yang diperoleh daripada laman web rasmi SPA dan Perkhidmatan Awam Malaysia (terkini Disember 2025).

Senarai Jawatan Kerja Kerajaan - Diploma/STPM/STAM

Senarai Perjawatan untuk Lepasan Diploma/STPM/STAM

Semua jawatan yang tersenarai ini berada di dalam gred gaji 5, gaji minima untuk semua jawatan gred ini, adalah pada tangga RM 1650.00 dan maksimum RM 6620.00 dengan kenaikan sebanyak RM 145.00/RM155.00 setahun.

Senarai jawatan ini berada di dalam pelbagai klasifikasi perkhidmatan. Ada 17 klasifikasi perjawatan yang ada, termasuklah Sains, Ekonomi, Pendidikan, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan, Keselamatan dan Pertahanan Awam, Pentadbiran dan Sokongan, Sosial, Pencegahan dan banyak lagi.

Untuk syarat permohonan dan syarat lantikan bagi setiap jawatan gred 5 ini, boleh klik pada mana-mana jawatan berkenaan. Ia boleh dijadikan sebagai panduan am mengetahui perihal jawatan serta skop ringkas tugasan jawatan gred 5 tersebut.

  1. Bintara Muda Maritim Gred T5
  2. Jurubahasa Gred LA5
  3. Jurupulih Perubatan Gred U5 (Fisioterapi)
  4. Jurupulih Perubatan Gred U5 (Cara Kerja)
  5. Jururawat Gred U5
  6. Juruterapi Pergigian Gred U5
  7. Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U5
  8. Juruteknologi Pergigian Gred U5
  9. Juru X-Ray Gred U5
  10. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG5
  11. Pemeriksa Kereta Motor Gred AB5
  12. Penghulu Gred NP5
  13. Penolong Akauntan Gred W5
  14. Penolong Arkitek Landskap Gred JA5
  15. Penolong Juruaudit Gred W5
  16. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) / Penolong Jurutera Gred JA5
  17. Penolong Juruukur Gred JA5
  18. Penolong Juruukur Bahan Gred JA5
  19. Penolong Juruukur Bangunan Gred J5
  20. Penolong Kurator Gred S5
  21. Penolong Pegawai Antidadah Gred S5
  22. Penolong Pegawai Arkib Gred S5
  23. Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S5
  24. Penolong Pegawai Farmasi Gred U5
  25. Penolong Pegawai Geosains Gred C5
  26. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S5
  27. Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G5
  28. Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C5
  29. Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP5
  30. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U5
  31. Penolong Pegawai Latihan Gred E5
  32. Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV5
  33. Penolong Pegawai Laut Gred A5
  34. Penolong Pegawai Meteorologi Gred C5
  35. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S5
  36. Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP5
  37. Penolong Pegawai Penerangan Gred S5
  38. Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP5
  39. Penolong Pegawai Penilaian Gred W5
  40. Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C5
  41. Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q5
  42. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA5
  43. Penolong Pegawai Perangkaan Gred E5
  44. Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S5
  45. Penolong Pegawai Perikanan Gred G5
  46. Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP5
  47. Penolong Pegawai Pertanian Gred G5
  48. Penolong Pegawai Perubatan Gred U5
  49. Penolong Pegawai Psikologi Gred S5
  50. Penolong Pegawai Sains Gred C5
  51. Penolong Pegawai Senibina Gred JA5
  52. Penolong Pegawai Siasatan Gred P5
  53. Penolong Pegawai Syariah Gred LS5
  54. Penolong Pegawai Tadbir Gred N5
  55. Penolong Pegawai Tanah Gred NT5
  56. Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C5
  57. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA5
  58. Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L5
  59. Penolong Pegawai Veterinar Gred G5
  60. Penolong Pemelihara Hutan Gred G5
  61. Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA5
  62. Penolong Penguasa Bomba Gred KB5
  63. Penolong Penguasa Imigresen Gred KP5
  64. Penolong Penguasa Kastam Gred WK5
  65. Penolong Penguasa Penjara Gred KA5
  66. Penolong Pustakawan Gred S5
  67. Setiausaha Pejabat Gred N5


Saluran Telegram Rujukan dan Panduan Ujian Psikometrik
Sertai saluran Telegram iKerjaya Graduan [klik sini] untuk dapatkan pelbagai infokerjaya jawatan dalam perkhidmatan awam dan rujukan PSEE terkini. Anda juga akan menjadi pertama untuk mengetahui post/artikel terkini dari iKerjayaGraduan.com