Langkau ke kandungan utama

Rahsia Menjawab Soalan Ujian SPiER

Rujukan Contoh Soalan Psikometrik 2023
Ujian SPiER adalah merupakan ujian Psikometrik yang dikhususkan untuk jawatan-jawatan yang terlibat dalam penguatkuasaan. Ujian ini sangat penting bagi memastikan hanya calon-calon yang benar-benar berkelayakan dengan cabaran dalam penguatkuasaan sahaja dipilih dan diserap ke dalam perkhidmatan.

Sepertimana ujian Psikometrik SPA yang lain, ujian ini akan menilai calon dari segi keupayaan untuk mengurus emosi, menilai sikap, menilai respon terhadap situasi, kredibiliti, sahsiah dan sebagainya. Dalam kata lain, ia akan menguji calon dari pelbagai aspek trait individu. Jadi, apakah rahsia untuk menjawab ujian SPiER?

Rahsia Menjawab Soalan Ujian SPiER

Rujukan Ujian SPiER 2022

Sistem Pemprofilan Rekrutmen atau SPiER KDN adalah sistem yang digunakan untuk pengambilan kakitangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) khususnya bagi jawatan berkaitan penguatkuasaan seperti Pegawai Penguatkuasa, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen. Sepertimana ujian Psikometrik lain, ia juga merupakan sistem ujian psikometrik secara berkomputer atau online.

Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPiER); adalah ujian penilaian dengan set bateri psikometrik yang mengandungi beberapa alat ujian psikometrik dibangunkan bagi tujuan saringan awal calon baru. Ujian ini adalah merupakan ujian kendiri dan hanya calon terlibat sahaja mampu dan boleh menjawab.

Bagaimana nak menjawab soalan ujian ini?

Amnya, calon perlu ketengahkan nilai-nilai positif dalam diri, dan seboleh-bolehnya cuba hindarkan dari menampilkan nilai negatif, namun pada masa yang sama berlaku jujur dalam memberikan setiap jawapan pada setiap set soalan diberikan.

Ujian SPiER dinilai secara merit, bermaksud setiap soalan atau jawapan akan ada merit tertentu. Jadi, sangat penting calon menjawab kesemua soalan disediakan. Jangan lalai atau abaikan soalan hatta dirasakan tidak menunjukkan trait individu anda.

Salah satu cara pihak SPA/KDN menyingkirkan calon menerusi ujian ini ialah dengan mewujudkan beberapa set soalan 'perangkap'. Ia adalah set soalan dengan samada soalan yang mengelirukan ataupun jawapan yang mengelirukan.

Soalan Mengelirukan

Calon akan dibekalkan dengan soalan yang hampir serupa tetapi tidak sama. Soalan juga akan ditanya dalam beberapa bentuk pemahaman yang berbeza, mungkin situasi berlainan tetapi memerlukan jawapan tepat yang sama.

Jawapan Mengelirukan

Ada soalan yang disediakan pilihan jawapan sehingga 5 pilihan. Biasanya jawapan disediakan dalam bentuk kekuatan trait, seperti Sangat Tidak Setuju, Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Sangat Benar, Sangat Tidak Benar dan seumpamanya. Soalan seperti ini sebenarnya menguji ketetapan, kekuatan, keyakinan dan keboleharapan calon.

Soalan nampak mudah tetapi sepertimana diterangkan di atas, ia boleh memerangkap calon lalu menyebabkan calon skor markah merit yang tidak menepati keperluan jabatan.

Salah satu cara untuk memastikan calon bersedia dengan pelbagai bentuk soalan ini, dan mengelakkan dari terjerumus ke dalam perangkap soalan disediakan, penting untuk calon melakukan latih-tubi dan membuat persiapan membiasakan diri dengan bentuk soalan ditanya.

Latih-Tubi Ujian SPiER

Kami mencadangkan calon untuk mendapatkan pakej rujukan disediakan oleh Tim Infokerjaya, yang mengandungi lebih 200 contoh soalan berkaitan ujian Psikometrik dan SPiER sebagai persediaan membantu calon menghadapi ujian ini. Untuk calon berminat, boleh dapatkan menerusi link disediakan di bawah ini atau boleh dapatkan di kedai online Rujukan PSEE di sini - https://mylink.la/rujukanpsee

[+] Rujukan Contoh Soalan PSIKOMETRIK/SPiER 2022

Pastikan anda menjadi antara terawal. Persediaan awal penting untuk memberi lebih keyakinan dan melakukan persediaan lain - terutama persediaan teknikal dan juga mental.

Semoga info ini bermanfaat dan mampu membantu anda memberikan kejayaan - lulus di dalam ujian SPiER ini nanti.



Nak tahu apa rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan? Muat-turun Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan sekarang di sini - [Klik Sini untuk Dapatkannya]

Cara Nak Setel Hutang PTPTN secara Percuma! Nak Tahu? - [Klik Sini untuk Dapatkannya]


Klik Sini Untuk Dapatkan Rujukan Terkini Psikometrik SPA

Catatan popular daripada blog ini

Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik

Bagaimana cara nak lulus Ujian Psikometrik kemasukan perkhidmatan awam? Ramai calon yang mencari tips dan panduan untuk mengetahui cara nak lulus dalam ujian Psikometrik dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ujian Psikometrik adalah ujian wajib lulus bagi kebanyakkan gred jawatan kerja kerajaan. Dulunya, ujian ini lebih dikenali sebagai seksyen Sahsiah dan Minat dalam peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam. Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik Kemasukan Kerja Kerajaan Sejak pentadbiran negara bertukar, beberapa polisi pengambilan perjawatan dalam sektor awam telah dinilai dan dikemaskini mengikut keperluan dan kehendak semasa. Ini termasuklah ujian Psikometrik yang sebelum ini dijalankan sebagai salah satu seksyen peperiksaan online SPA. Ujian ini kini diasingkan, malah calon perlu menjawab ujian ini di laman web khas ujian ini. Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap calon, integriti calon, kompetensi calon

Awas - Perangkap Soalan Ujian Psikometrik!

Ramai calon kemasukan kerja kerajaan dipanggil untuk hadapi peperiksaan khas Ujian Psikometrik .Ujian ini telah menjadi ujian wajib untuk ke peringkat seterusnya dalam permohonan kerja dalam sektor perkhidmatan awam. Jika sebelum ini, Ujian Psikometrik menjadi sebahagian daripada seksyen peperiksaan online SPA , tetapi kini ujian ini telah diasingkan dan menjadi ujian pertama untuk calon-calon kemasukan kerja kerajaan perlu lulus. Rujukan Ujian Psikometrik - Awas Dengan Perangkap Soalan Ujian Psikometrik telah menjadi ujian wajib dalam pengambilan banyak jawatan dalam perkhidmatan awam, antaranya jawatan Gred 41, jawatan Gred 19, jawatan Gred 29 malah ia turut menjadi sebahagian ujian untuk Pegawai Tadbir Negeri N41 dan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Pihak SPA yang bertanggungjawab mengendalikan peperiksaan dan ujian ini serius dalam menapis calon-calon yang benar-benar layak, paling penting boleh memberikan perkhidmatan terbaik pada setiap situasi. Ujian Psikometrik diadak

Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA

Bagaimana Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA? Ramai calon yang dipanggil untuk hadapi peperiksaan online oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) nak tahu cara dan tips untuk lulus di dalam peperiksaan online ini. Kami juga pasti, anda antara calon yang mencari tips tersebut. Almaklumlah, peperiksaan online SPA nampak mudah tetapi ianya adalah cara terawal pihak SPA menyingkirkan calon-calon yang memohon perjawatan dalam kerajaan. Maka, walaupun nampak mudah, tetapi tahap untuk lulus peperiksaan online SPA adalah sangat sukar. Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA Ramai calon yang telah hadapi peperiksaan online SPA gagal disebabkan satu faktor sahaja . Nak tahu apa faktor tersebut? Faktor Gagal Dalam Peperiksaan SPA Faktor tersebut adalah kurangnya persediaan untuk hadapi peperiksaan online SPA . Disebabkan oleh faktor ini, maka ramai calon yang gagal disebabkan tidak tahu cara menjawab, tidak tahu bentuk soalan, line internet kurang pantas, browser di komputer tidak

Contoh-Contoh Soalan Ujian Psikometrik dan Konsep Penilaian

Ujian Psikometrik adalah salah satu penilaian yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk memilih calon yang benar-benar sesuai dari segi minat dan sahsiah selain respon tingkah-laku atau sikap. Ujian Psikometrik juga melibatkan kaedah penilaian bagi membuat penilaian dari aspek kemahiran, pengetahuan serta personaliti calon. Dan kesesuaian ini bergantung dengan kehendak jawatan, gred jawatan serta tugas serta tanggungjawab sesuatu jawatan. Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pihak SPA akan menilai calon dari segenap segi yang diperlukan untuk sesuatu jawatan. Penilaian ini direka untuk membolehkan calon menjawab dalam keadaan separa sedar dan memerlukan respon pantas. Ini antara sebab mengapa jumlah soalan untuk Ujian Psikometrik SPA mencecah hingga 200 soalan dalam tempoh kurang 60 minit (adakala lebih/kurang). Bagi konsep ujian psikometrik (penilaian personaliti/kompetensi), ia direkabentuk untuk mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terha

Contoh Soalan Psikometrik Format 2018

Ramai yang mencari contoh-contoh soalan untuk ujian Psikometrik , khususnya yang menepati format terkini tahun 2018. Malah, ada calon yang dipanggil untuk ujian ini tidak tahu pun bagaimana format soalan, dan bentuk soalan yang akan ditanya dalam ujian Psikometrik. Kami nak bantu. Ada rujukan khas untuk ujian Psikometrik . Rujukan ini lengkap dengan contoh soalan beserta jawapan untuk kemudahan mereka yang perlu mengambil ujian atau peperiksaan online Psikometrik . Contoh Soalan Psikometrik untuk Ujian Format 2018 Soalan Psikometrik simple sahaja tetapi nak menjawabnya agak mencabar. Apatah lagi kalau anda mudah terkeliru dengan bentuk soalan ditanya. Anda kena faham, soalan Psikometrik bukan mahu mengetahui sejauh mana kepandaian anda dalam akademik, tetapi kepada cara anda berhadapan dengan situasi serta cara menyelesaikan sesuatu masalah. Cuba lihat contoh-contoh soalan Psikometrik untuk kemasukan kerja kerajaan di bawah ... Nampak macam senang je kan soalan-soalan dit