Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29

Apakah tugas dan bidang kuasa seorang Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29? Jawatan ini antara jawatan yang menjadi pilihan ramai lepasan Diploma dan STPM. Ini adalah kerana jawatan ini disediakan dalam banyak kementerian dan jabatan kerajaan.

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29 terletak di bawah kumpulan pelaksana. Jawatan ini secara amnya bertanggungjawab membantu Pegawai Penguat Kuasa dalam perlaksanaan penguatkuasaan undang-undang serta akta di bawah kementerian atau jabatan tertentu.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29

Deskripsi Tugasa Penolong Pegawai Penguat Kuasa

Berikut adalah peranan atau deskripsi tugas utama seorang Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29 berdasarkan kementerian yang telah ditetapkan sepertimana terkandung di laman rasmi SPA.

  1. Kementerian Dalam Negeri
    • Membuat pemeriksaan ke atas premis-premis yang menjalankan aktiviti menyewa, menjual atau mengedar filem di bawah Akta Filem (Penapisan) 1952 (Pindaan 1980), menjalankan siasatan kes-kes rampasan dan menjalankan tugas-tugas pendakwaan di Mahkamah.
  2. Kementerian Pengangkutan
    • Menjalankan tugas-tugas operasi dan penguatkuasaan, pendakwaan mahkamah, perlesenan dan ujian memandu serta pendaftaran kenderaan.
  3. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
    • Menjalankan pemeriksaan ke atas premis-premis perniagaan bagi menguatkuasakan undang-undang di bawah akta-akta berkaitan, memproses permohonan lesen barang-barang berjadual dan menjalankan tugas-tugas penyerahan/penentuan Akta-akta Timbang dan Sukat.
  4. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
    • Bertanggungjawab membantu mengurus Pentadbiran am dan Kewangan Bahagian/ Cawangan Penguat Kuasa Negeri, menjalankan pemeriksaan perisikan, serbuan dan kes-kes pendakwaan mahkamah.

Jika anda ada memohon jawatan ini, pastikan anda kenal peranan yang perlu dimainkan sebagai seorang Penolong Pegawai Penguat Kuasa.

Di dalam Ujian Psikometrik, SPA akan cuba mencungkil trait-trait personaliti yang bersesuaian untuk dipadankan dengan sikap dan tingkah yang memainkan peranan penting untuk menjadi seorang Penolong Pegawai Penguat Kuasa.

Antara cirian yang diperlukan sebagai seorang penjawat awam yang bakal menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan adalah integriti, keberanian, keazaman, keyakinan, disiplin tinggi selain kepatuhan kepada undang-undang.

Kerjaya ini juga memerlukan elemen kemasyarakatan dan keperihatinan, serta kepekaan kepada permasalahan, sesuai dengan misi dan visi kementerian atau jabatan. Jawatan ini bakal berhadapan dengan masyarakat pelbagai peringkat dan menjadi wajah penjawat awam terutama dalam skop penguatkuasaan undang-undang.

Jadi, pastikan diri memenuhi kriteria yang sepatutnya untuk jawatan ini bagi mengelakkan anda disingkirkan dalam penilaian, peperiksaan mahupun temuduga.


Persiapkan diri anda dengan menggunakan pakej rujukan Ujian Psikometrik Tim Infokerjaya ini. Ada lebih 200 contoh soalan, dan lengkap jawapan disertai huraian untuk pemahaman calon.

Gunakan rujukan ini sebagai satu kelebihan dari calon-calon ujian yang lain. Serius nak pastikan anda benar-benar bersedia untuk Psikometrik SPA, tempah rujukan ini di butang disediakan di bawah: