Skip to main content

10 Tips Temuduga Yang Kerap Diabaikan Calon

Dapat panggilan temuduga kerja? Tahniah buat anda. Dalam situasi semasa di mana lambakan calon memohon kerja melebihi daripada kekosongan, pastinya ia satu cabaran bagi memastikan panggilan temuduga berjaya.

Dalam pasaran kerja semasa, anda perlu bertindak bersama-sama, atau anda tidak akan berpeluang untuk memenangi persaingan kerja yang ada. Periksa diri anda dengan 10 tips temuduga yang kerap diabaikan di bawah ini.

10 Tips Temuduga Yang Kerap Diabaikan

Tips Temuduga

1. Buat kajian

Kaji syarikat bakal majikan anda dan pelajari selok-beloknya yang mungkin termasuklah perkhidmatan, produk, pelanggan dan pesaing kerana ia bakal memberikan kefahaman kepada anda.

Lebih banyak perkara yang anda ketahui tentang syarikat tersebut, lebih besar peluang untuk anda “menjual diri” anda semasa temuduga.

2. Pemerhatian Teliti

Pilih pakaian yang perlu dipakai semasa temuduga. Bergantung kepada industri dan posisi, dapatkan pakaian terbaik yang boleh anda pakai dan pastikan tiada kesan koyak padanya. Biar pun syarikat yang bakal anda sertai tidak mensyaratkan begitu, anda harus tunjukkan betapa seriusnya anda mahu berkhidmat dengan mereka.

Ingat perkara ini - anda berpakaian untuk menampilkan keyakinan anda.

3. Bersedia

Tips Lulus Temuduga

Bawa bersama fail yang mengandungi resume, salinan rujukan dan kertas untuk mencatat nota. Anda perlu ada beberapa soalan yang perlu disediakan untuk ditanyakan pada akhir sesi temuduga.

Sebagai langkah agar tidak terlupa, sertakan senarai semak pada kertas kecil untuk semakan akhir sebelum temuduga berlangsung.

4. Tepati Masa

Usah datang lewat untuk temuduga. Ambil inisiatif untuk datang lebih awal. Penting untuk anda memperuntukkan masa untuk merancang perjalanan, mungkin anda akan tersesat semasa mencari lokasi temuduga.

5. Tunjukan Minat

Tampilkan minat anda untuk mendapatkan posisi yang ditawarkan menerusi segenap aspek. Bersalaman dengan erat dengan temuduga dan tunjukkan “eye contact” untuk menzahirkan keyakinan anda. Berucaplah dengan nada yang yakin walaupun sebenarnya anda ada sedikit rasa gementar.

6. Dengar

Ini merupakan salah satu kemahiran dalam temuduga yang kerap diabaikan. Anda tidak boleh hanya mendengar. Adakalanya perkara yang tidak dikatakan sama penting dengan apa yang disebutkan.

7. Jawab soalan yang ditanya

Cara Nak Lepas Temuduga Kerja

Kebanyakan calon tidak fikir sama ada soalan yang diberikan oleh penemuduga benar-benar dijawab atau pun tidak. Mungkin anda faham apa yang ditanya, namun anda boleh mendapatkan penjelasan sekiranya anda tidak pasti.

8. Beri Contoh Spesifik

Siapkan teks kisah anda sebelum ditemuduga. Berikan contoh yang menceritakan kejayaan dan betapa uniknya anda. Sikap anda yang lalu boleh jadi pengukur kepada prestasi masa depan anda.

9. Tanya Soalan

Kebanyakan calon temuduga melepaskan peluang ini kerana tidak berminat untuk mencari informasi yang bernilai.  Soalan yang bakal anda tanyakan menjadi kayu pengukur untuk menilai minat anda terhadap bakal majikan.

10. Tindakan Susulan

Sama ada menerusi emel, surat atau panggilan telefon, tindakan susulan untuk menghubungi semula syarikat yang pernah menemuduga anda. Tindakan susulan selepas temuduga adalah peluang untuk mengingatkan penemuduga mengenai semua perkara yang berharga tentang diri anda untuk disumbangkan kepada syarikat.

Jangan lepaskan peluang terakhir ini untuk “pasarkan diri” anda.

Lulus Temuduga

Kesimpulannya, penting untuk anda yakin dan tenang dalam sesi temuduga.

Satu perkara yang patut ada ialah bersedia dengan sebaik-baiknya yang mungkin mengikut kemampuan anda. Dengan mengikuti panduan yang telah disebutkan di atas, anda akan berasa kurang gementar dan bersedia dengan positif untuk membentangkan diri anda.
Nak tahu apa rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan? Muat-turun Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan sekarang di sini - [Klik Sini untuk Dapatkannya]

Cara Nak Setel Hutang PTPTN secara Percuma! Nak Tahu? - [Klik Sini untuk Dapatkannya]


Klik Sini Untuk Dapatkan Rujukan Terkini Psikometrik SPA

Popular posts from this blog

Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik

Bagaimana cara nak lulus Ujian Psikometrik kemasukan perkhidmatan awam? Ramai calon yang mencari tips dan panduan untuk mengetahui cara nak lulus dalam ujian Psikometrik dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ujian Psikometrik adalah ujian wajib lulus bagi kebanyakkan gred jawatan kerja kerajaan. Dulunya, ujian ini lebih dikenali sebagai seksyen Sahsiah dan Minat dalam peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam. Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik Kemasukan Kerja Kerajaan Sejak pentadbiran negara bertukar, beberapa polisi pengambilan perjawatan dalam sektor awam telah dinilai dan dikemaskini mengikut keperluan dan kehendak semasa. Ini termasuklah ujian Psikometrik yang sebelum ini dijalankan sebagai salah satu seksyen peperiksaan online SPA. Ujian ini kini diasingkan, malah calon perlu menjawab ujian ini di laman web khas ujian ini. Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap calon, integriti calon, kompetensi calon

Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA

Bagaimana Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA? Ramai calon yang dipanggil untuk hadapi peperiksaan online oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) nak tahu cara dan tips untuk lulus di dalam peperiksaan online ini. Kami juga pasti, anda antara calon yang mencari tips tersebut. Almaklumlah, peperiksaan online SPA nampak mudah tetapi ianya adalah cara terawal pihak SPA menyingkirkan calon-calon yang memohon perjawatan dalam kerajaan. Maka, walaupun nampak mudah, tetapi tahap untuk lulus peperiksaan online SPA adalah sangat sukar. Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA Ramai calon yang telah hadapi peperiksaan online SPA gagal disebabkan satu faktor sahaja . Nak tahu apa faktor tersebut? Faktor Gagal Dalam Peperiksaan SPA Faktor tersebut adalah kurangnya persediaan untuk hadapi peperiksaan online SPA . Disebabkan oleh faktor ini, maka ramai calon yang gagal disebabkan tidak tahu cara menjawab, tidak tahu bentuk soalan, line internet kurang pantas, browser di komputer tidak

Contoh Soalan Psikometrik Format 2018

Ramai yang mencari contoh-contoh soalan untuk ujian Psikometrik , khususnya yang menepati format terkini tahun 2018. Malah, ada calon yang dipanggil untuk ujian ini tidak tahu pun bagaimana format soalan, dan bentuk soalan yang akan ditanya dalam ujian Psikometrik. Kami nak bantu. Ada rujukan khas untuk ujian Psikometrik . Rujukan ini lengkap dengan contoh soalan beserta jawapan untuk kemudahan mereka yang perlu mengambil ujian atau peperiksaan online Psikometrik . Contoh Soalan Psikometrik untuk Ujian Format 2018 Soalan Psikometrik simple sahaja tetapi nak menjawabnya agak mencabar. Apatah lagi kalau anda mudah terkeliru dengan bentuk soalan ditanya. Anda kena faham, soalan Psikometrik bukan mahu mengetahui sejauh mana kepandaian anda dalam akademik, tetapi kepada cara anda berhadapan dengan situasi serta cara menyelesaikan sesuatu masalah. Cuba lihat contoh-contoh soalan Psikometrik untuk kemasukan kerja kerajaan di bawah ... Nampak macam senang je kan soalan-soalan dit

Awas - Perangkap Soalan Ujian Psikometrik!

Ramai calon kemasukan kerja kerajaan dipanggil untuk hadapi peperiksaan khas Ujian Psikometrik .Ujian ini telah menjadi ujian wajib untuk ke peringkat seterusnya dalam permohonan kerja dalam sektor perkhidmatan awam. Jika sebelum ini, Ujian Psikometrik menjadi sebahagian daripada seksyen peperiksaan online SPA , tetapi kini ujian ini telah diasingkan dan menjadi ujian pertama untuk calon-calon kemasukan kerja kerajaan perlu lulus. Rujukan Ujian Psikometrik - Awas Dengan Perangkap Soalan Ujian Psikometrik telah menjadi ujian wajib dalam pengambilan banyak jawatan dalam perkhidmatan awam, antaranya jawatan Gred 41, jawatan Gred 19, jawatan Gred 29 malah ia turut menjadi sebahagian ujian untuk Pegawai Tadbir Negeri N41 dan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Pihak SPA yang bertanggungjawab mengendalikan peperiksaan dan ujian ini serius dalam menapis calon-calon yang benar-benar layak, paling penting boleh memberikan perkhidmatan terbaik pada setiap situasi. Ujian Psikometrik diadak

6 Kerja Gaji RM10000 Sebulan untuk Lepasan Sijil, Diploma dan juga Ijazah

Nak tak kami dedahkan bagaimana nak dapat gaji sehingga RM10K sebulan ? Tidak dinafikan masih ramai lepasan sijil, diploma serta ijazah yang menganggur dan tidak mendapat sebarang kerja. Kerja dan jawatan kosong diiklankan pula mempunyai kekosongan yang terhad. Persaingan memang cukup besar dan semakin sukar buat mereka yang langsung tiada pengalaman dalam pekerjaan. Namun, rezeki itu ada di mana-mana. Yang penting adalah keinginan untuk berusaha dan mempergunakan peluang yang ada - walaupun sebelum ini tidak pernah tahu dan mencuba. Enam Peluang Bekerja Dengan Gaji RM10000 Sebulan Untuk Lepasan Sijil, Diploma atau Ijazah Apakata, kami sediakan senarai kerja yang boleh anda lakukan yang mampu menghasilkan 'gaji' sehingga RM10,000 sebulan. Tak kira apa jua tahap pendidikan anda, samada lepasan sijil, diploma atau ijazah, dengan tips dan peluang di bawah ini, anda mampu untuk hasilkan gaji sendiri sehingga RM10K sebulan! Peluang kerjaya makan gaji menerusi Suruhanjaya Pe