Kemudian, anda kena pastikan semua perkakasan samada komputer mahupun tablet berada dalam keadaan baik dengan capaian internet yang stabil. Kena pastikan juga pelayar internet adalah versi terkini bagi mengelakkan paparan soalan keluar dalam keadaan mudah dibaca dan berfungsi. Ini penting untuk mengelakkan anda gagal kerana masalah teknikal!
UJian Psikometrik Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP9
SPA menggunapakai kaedah penilaian yang holistik bagi tujuan menilai aspek sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon untuk menentukan kesesuaian individu bagi tujuan lantikan sesuatu jawatan. Di antara kaedah ujian yang digunakan adalah ujian psikometrik, ujian pengetahuan dan kemahiran kerja, ujian kompetensi serta temu duga.
Bagi konsep ujian psikometrik (penilaian personaliti/kompetensi), ia direkabentuk untuk mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) serta sifat kerja berpasukan (team-fit).
Data-data penilaian diperolehi melalui kaedah laporan kendiri (self-report) iaitu individu perlu menjawab jujur dan memberikan jawapan yang paling tepat mengenai dirinya.
Kaedah ini sama dengan proses temu duga berasaskan kompetensi, cuma yang membezakannya ialah penemuduga akan menyoal secara verbal kepada calon dengan menggunakan soalan-soalan yang piawai yang telah disediakan, manakala ujian psikometrik meminta calon sendiri menjawab secara laporan kendiri dengan memberikan respon kepada soalan-soalan atau kenyataan yang telah disediakan secara paparan komputer.
Melalui respon atau jawapan yang telah diberikan oleh calon, sistem komputer akan memproses dan menganalisis data-data jawapan untuk dipadankan dengan kesesuaian seseorang calon dengan ciri-ciri dan kompetensi yang piawai pada sesuatu jenis jawatan.
Contoh Soalan Psikometrik 2025 - Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP5
Dalam membincangkan sesuatu yang serius, saya masih boleh berjenaka
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak Pernah
Saya ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam
A. Sangat Tidak Setuju
B. Agak Tidak Setuju
C. Tidak Setuju Mahu Pun Setuju
D. Agak Setuju
E. Sangat Setuju
Impresi pertama mempengaruhi seseorang
A. Sangat Tidak Setuju
B. Agak Tidak Setuju
C. Tidak Setuju Mahu Pun Setuju
D. Agak Setuju
E. Sangat Setuju
Saya mudah berasa bosan
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak Pernah
Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah betul
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak Pernah
Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah
A. Sangat Tidak Setuju
B. Agak Tidak Setuju
C. Tidak Setuju Mahu Pun Setuju
D. Agak Setuju
E. Sangat Setuju
Saya menghadiri sesuatu majlis dan meninggalkannya sebaik sahaja ia bermula
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Apabila berbicara dengan seseorang, saya akan memandang ke arahnya
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak Pernah
Kritikan boleh menghalang prestasi kerja
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Tak rugi !!




