Di dalam entri kali ini, iKerjayaGraduan akan menyenaraikan 67 jawatan yang boleh dipohon (terkini Disember 2025) menerusi SPA9 untuk mereka yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda ataupun Sarjana. Untuk mengetahui info kekosongan untuk jawatan-jawatan ini, boleh diperolehi menerusi iklan jawatan kosong di laman web dan media sosial rasmi SPA.
Senarai Perjawatan Gred 9 untuk Lepasan Ijazah/Sarjana
Semua jawatan yang tersenarai ini berada di dalam gred gaji 9, gaji minima untuk semua jawatan gred ini, adalah pada tangga RM 2,250.00 dan maksimum RM 11,110.00 dengan kenaikan sebanyak RM 262.68 setahun.
Senarai jawatan ini berada di dalam pelbagai klasifikasi pengurusan dan profesional. Ada 17 klasifikasi perjawatan yang ada, termasuklah Sosial, Sains, Pendidikan, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan, Keselamatan dan Pertahanan Awam, Pentadbiran dan Sokongan, Pencegahan dan beberapa lagi.
Untuk syarat permohonan dan syarat lantikan bagi setiap jawatan gred 9 ini, boleh klik pada mana-mana jawatan berkenaan. Ia boleh dijadikan sebagai panduan am mengetahui perihal jawatan serta skop ringkas tugasan jawatan gred 9 tersebut.
Semoga bermanfaat.
- Akauntan Gred WA9
- Arkitek Gred J9
- Arkitek Landskap Gred J9
- Guru Bahasa Gred DG9
- Juruaudit Gred W9
- Jurugeospatial Gred J9
- Jururawat Gred U9
- Jurutera Gred J9
- Juruukur Gred J9
- Juruukur Bahan Gred J9
- Juruukur Bangunan Gred J9
- Juru X-Ray Gred U9
- Kurator Gred S9
- Leftenan Muda Maritim Gred T8
- Pegawai Antidadah Gred S9
- Pegawai Arkib Gred S9
- Pegawai Belia dan Sukan Gred S9
- Pegawai Dietetik Gred U9
- Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E9
- Pegawai Farmasi Gred UF9
- Pegawai Geosains Gred C9
- Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S9
- Pegawai Hidupan Liar Gred G9
- Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C9
- Pegawai Keselamatan Gred KP9
- Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U9
- Pegawai Latihan Gred E9
- Pegawai Latihan Vokasional Gred DV9
- Pegawai Laut Gred AL9
- Pegawai Meteorologi Gred C9
- Pegawai Optometri Gred U9
- Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S9
- Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U9
- Pegawai Pendaftaran Gred KP9
- Pegawai Penerangan Gred S9
- Pegawai Penguat Kuasa Gred KP9
- Pegawai Penilaian Gred W9
- Pegawai Penyediaan Makanan Gred C9
- Pegawai Penyelidik Gred Q9
- Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J9
- Pegawai Pergigian Gred UG9
- Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S9
- Pegawai Perikanan Gred G9
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9
- Pegawai Pertahanan Awam Gred KP9
- Pegawai Pertanian Gred G9
- Pegawai Perubatan Gred UD9
- Pegawai Psikologi Gred S9
- Pegawai Sains Gred C9
- Pegawai Siasatan Gred P9
- Pegawai Syariah Gred LS9
- Pegawai Tadbir Gred N9
- Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M9
- Pegawai Teknologi Makanan Gred C9
- Pegawai Teknologi Maklumat Gred F9
- Pegawai Undang-Undang Gred L9
- Pegawai Veterinar Gred GV9
- Pemelihara Hutan Gred G9
- Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J9
- Pengajar Gred U9
- Penguasa Bomba Gred KB9
- Penguasa Imigresen Gred KP9
- Penguasa Kastam Gred WK9
- Penguasa Penjara Gred KA9
- Penolong Pegawai Perubatan Gred U9
- Perangkawan Gred E9
- Pustakawan Gred S9
Semoga bermanfaat.







Social Plugin