Senarai Jawatan Kerja Kerajaan Dengan Kelayakan PT3 atau PMR

Adakah anda merupakan lulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) atau hanya mempunyai kelulusan terbaik pada peringkat ini? Jika anda mempunyai kelulusan yang baik pada peringkat PMR atau PT3, anda masih ada peluang yang agak baik untuk menjawat jawatan dalam kerja kerajaan.

Menerusi laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), ada beberapa jawatan kerja kerajaan yang ditawarkan khusus untuk lulusan PMR dan juga PT3.

Senarai Jawatan Dalam Perkhidmatan Awam Dengan Kelayakan Akademik PMR/PT3

Senarai Jawatan Dalam Perkhidmatan Awam Dengan Kelayakan Akademik PMR/PT3

Bagi jawatan kerja kerajaan yang memerlukan minima kelayakan akademik PMR atau PT3 ini, ia dikategorikan atau diletakkan pada gred jawatan 11 samada N11, H11, U11, dan juga KP11.

Berikut adalah jawatan-jawatan khusus yang hanya memerlukan pencapaian baik dalam PMR atau PT3 ini:

  • Bentara Parlimen Gred N11
  • Operator Loji Gred H11 
  • Pemandu Kenderaan Gred H11 
  • Pemandu/Operator Jentera Pemunggah Gred H11 
  • Pembantu Awam Gred H11 
  • Pembantu Hidupan Liar (Skim Perkhidmatan Bersepadu) 
  • Pembantu Operasi Gred N11 
  • Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 
  • Pengawal Keselamatan Gred KP11 
  • Pengawas Hutan (Skim Perkhidmatan Bersepadu) 
  • Penghantar Notis Gred N11 

Semua jawatan dalam perkhidmatan awam Malaysia ini ada disenaraikan di dalam laman web rasmi SPA. Pun begitu, mereka yang layak dari segi akademik perlu mengemukakan permohonan secara atas talian bagi setiap jawatan tersebut.

Kekosongan jawatan bagi lulusan PMR atau PT3 agak terhad, namun ia bergantung dengan kehendak semasa dan keperluan Jabatan atau Kementerian dalam skim perkhidmatan awam.

Secara amnya, gred jawatan bagi lulusan PMR atau PT3 adalah gred jawatan dalam kumpulan pelaksana di dalam pelbagai jabatan dan kementerian.

Dari segi gaji, ia bermula dari RM1,200, dan maksima RM2,900 mengikut jawatan. Kadar kenaikan gaji setahun adalah sama iaitu RM80 setahun.

Antara syarat lantikan bagi jawatan-jawatan yang memerlukan kelayakan akademik minima PMR atau PT3 adalah seperti di bawah:

Contoh:
Jawatan Pembantu Am gred H11
  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    1. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,218.00).

      (Syarat Tambahan: Bagi tugas menyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia).
      (Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,264.15).
       
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Buat anda yang mahu memohon perjawatan dengan kelayakan minima PMR atau PT3 ini, pastikan anda baca dan ketahui syarat-syarat am yang diiklankan oleh pihak SPA. Ini adalah penting sebelum anda membuat permohonan secara online, bagi mengelakkan anda tidak disenarai-pendek oleh sistem SPA - kerana kekurangan aspek dari segi syarat tambahan dan kemahiran.

Maklumat lanjut mengenai skim perjawatan bagi lulusan PMR atau PT3 dalam perkhidmatan awam Malaysia boleh dilihat di sini - http://spa.gov.my/web/guest/deskripsi-tugas/pmr

Semoga ia dapat membantu anda yang berhasrat untuk menjawat jawatan dalam kerja kerajaan yang mempunyai banyak kelebihan, dengan hanya menggunakan kelayakan akademik minima PMR mahupun PT3.