Skip to main content

4 Tips Penting Hadapi Ujian Psikometrik

Dah sedia untuk Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Ujian Psikometrik? Ok, baru-baru ini pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerusi siaran langsung di Facebook ada memberikan penjelasan mengenai PSEE terutama mengenai Ujian Psikometrik.

Menerusi siaran tersebut, ada diberikan beberapa tips penting untuk menghadapi peperiksaan online ini, terutama sekali Ujian Psikometrik yang kini menjadi medium utama untuk pemilihan calon ke jawatan dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.

4 Tips Penting Hadapi Ujian Psikometrik SPA

Tips Hadapi Ujian Psikometrik SPA

Jika anda tidak berkesempatan untuk mengikuti siaran tersebut, berikut adalah 4 tips penting yang telah diberikan oleh pegawai SPA mengenai cara untuk menghadapi Ujian Psikometrik.

Sebelum itu, harus anda ketahui bahawa ujian ini merupakan ujian kendiri. Ini bermakna semua jawapan yang anda berikan perlulah berkaitan diri anda, dan bukan dari segi logik atau pendapat umum.

Ujian ini tiada markah lulus tetapi penilaian adalah berdasarkan kepada markah merit yang berjaya dikumpulkan oleh calon yang menjawab pada sesi berkenaan. Seandainya calon memenuhi jumlah markah merit yang telah ditentukan, calon akan dinilai kemudiannya di dalam temuduga.

Tips Penting Menghadapi PSE Ujian Psikometrik

Baik, berikut adalah empat tips untuk menghapi ujian tersebut:

  1. Jawab kesemua 199 soalan ujian yang disediakan dalam tempoh masa ditetapkan.
  2. Jawab kesemua soalan secara jujur tanpa dipengaruhi oleh orang lain.
  3. Memberikan jawapan secara konsisten - ada soalan yang seakan sama tetapi diberikan pilihan jawapan yang berbeza.
  4. Pastikan tiada gangguan semasa menjawab - pilih persekitaran yang tenang, pastikan perkakasan (internet dan komputer) dalam keadaan baik, tidak bertanyakan jawapan menerusi orang lain.


Bagaimana Nak Lulus Ujian Psikometrik?

Jadi, bagaimana nak lulus di dalam Ujian Psikometrik ini?

Jika dilihat daripada 4 tips diberikan, tiada cara lain untuk memastikan seorang calon itu berjaya melepasi tapisan ini melainkan dengan melakukan latih-tubi menjawab soalan-soalan berkaitan Psikometrik.

Walaupun ujian ini merupakan ujian kendiri dari perspektif untuk melihat kesesuaian calon dari segi minat dan kecenderungan, namun persediaan masih perlu ada sebagai langkah untuk memastikan calon faham kehendak soalan.

Seandainya ujian ini mudah, sudah tentu ramai calon yang berjaya melepasi tapisan. Namun, ia tidak berlaku. Ada calon yang gagal pada peringkat ini.

Buat Latih-Tubi Menjawab Soalan

Latih-tubi menjawab soalan akan mempersiapkan calon dengan pelbagai bentuk soalan selain mengetahui cara memilih jawapan yang tepat sesuai dengan personaliti diri calon itu sendiri - bebas daripada pengaruh atau pendapat.

Ujian ini bukan untuk menilai pendapat calon tetapi mencari nilai-nilai yang ada dalam diri calon agar menepati kehendak jawatan.

Nak rujukan dan contoh soalan ujian ini sebagai persediaan?

Boleh klik pada pautan ini - https://bit.ly/psikometrik2023

Rujukan ini disediakan untuk membantu calon. Ia adalah koleksi set soalan sebenar sebelum ini dan diperlengkapkan dengan huraian jawapan bagi membolehkan calon memahami kenapa ianya dipilih.

Selain itu, ada beberapa tips lain diberikan bagi memastikan calon tidak mudah gagal di dalam Ujian Psikometrik SPA.

Semoga artikel mengenai tips persediaan Ujian Psikometrik ini membantu. Gunakan rujukan yang disediakan dan lakukan persediaan awal dari segi emosi, tingkah-laku dan sikap selain persediaan fizikal yang dicadangkan dalam rujukan.

Selamat berjaya.



Nak tahu apa rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan? Muat-turun Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan sekarang di sini - [Klik Sini untuk Dapatkannya]

Cara Nak Setel Hutang PTPTN secara Percuma! Nak Tahu? - [Klik Sini untuk Dapatkannya]


Klik Sini Untuk Dapatkan Rujukan Terkini Psikometrik SPA

Popular posts from this blog

Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik

Bagaimana cara nak lulus Ujian Psikometrik kemasukan perkhidmatan awam? Ramai calon yang mencari tips dan panduan untuk mengetahui cara nak lulus dalam ujian Psikometrik dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ujian Psikometrik adalah ujian wajib lulus bagi kebanyakkan gred jawatan kerja kerajaan. Dulunya, ujian ini lebih dikenali sebagai seksyen Sahsiah dan Minat dalam peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam. Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik Kemasukan Kerja Kerajaan Sejak pentadbiran negara bertukar, beberapa polisi pengambilan perjawatan dalam sektor awam telah dinilai dan dikemaskini mengikut keperluan dan kehendak semasa. Ini termasuklah ujian Psikometrik yang sebelum ini dijalankan sebagai salah satu seksyen peperiksaan online SPA. Ujian ini kini diasingkan, malah calon perlu menjawab ujian ini di laman web khas ujian ini. Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap calon, integriti calon, kompetensi calon

Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA

Bagaimana Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA? Ramai calon yang dipanggil untuk hadapi peperiksaan online oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) nak tahu cara dan tips untuk lulus di dalam peperiksaan online ini. Kami juga pasti, anda antara calon yang mencari tips tersebut. Almaklumlah, peperiksaan online SPA nampak mudah tetapi ianya adalah cara terawal pihak SPA menyingkirkan calon-calon yang memohon perjawatan dalam kerajaan. Maka, walaupun nampak mudah, tetapi tahap untuk lulus peperiksaan online SPA adalah sangat sukar. Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA Ramai calon yang telah hadapi peperiksaan online SPA gagal disebabkan satu faktor sahaja . Nak tahu apa faktor tersebut? Faktor Gagal Dalam Peperiksaan SPA Faktor tersebut adalah kurangnya persediaan untuk hadapi peperiksaan online SPA . Disebabkan oleh faktor ini, maka ramai calon yang gagal disebabkan tidak tahu cara menjawab, tidak tahu bentuk soalan, line internet kurang pantas, browser di komputer tidak

Contoh Soalan Psikometrik Format 2018

Ramai yang mencari contoh-contoh soalan untuk ujian Psikometrik , khususnya yang menepati format terkini tahun 2018. Malah, ada calon yang dipanggil untuk ujian ini tidak tahu pun bagaimana format soalan, dan bentuk soalan yang akan ditanya dalam ujian Psikometrik. Kami nak bantu. Ada rujukan khas untuk ujian Psikometrik . Rujukan ini lengkap dengan contoh soalan beserta jawapan untuk kemudahan mereka yang perlu mengambil ujian atau peperiksaan online Psikometrik . Contoh Soalan Psikometrik untuk Ujian Format 2018 Soalan Psikometrik simple sahaja tetapi nak menjawabnya agak mencabar. Apatah lagi kalau anda mudah terkeliru dengan bentuk soalan ditanya. Anda kena faham, soalan Psikometrik bukan mahu mengetahui sejauh mana kepandaian anda dalam akademik, tetapi kepada cara anda berhadapan dengan situasi serta cara menyelesaikan sesuatu masalah. Cuba lihat contoh-contoh soalan Psikometrik untuk kemasukan kerja kerajaan di bawah ... Nampak macam senang je kan soalan-soalan dit

Awas - Perangkap Soalan Ujian Psikometrik!

Ramai calon kemasukan kerja kerajaan dipanggil untuk hadapi peperiksaan khas Ujian Psikometrik .Ujian ini telah menjadi ujian wajib untuk ke peringkat seterusnya dalam permohonan kerja dalam sektor perkhidmatan awam. Jika sebelum ini, Ujian Psikometrik menjadi sebahagian daripada seksyen peperiksaan online SPA , tetapi kini ujian ini telah diasingkan dan menjadi ujian pertama untuk calon-calon kemasukan kerja kerajaan perlu lulus. Rujukan Ujian Psikometrik - Awas Dengan Perangkap Soalan Ujian Psikometrik telah menjadi ujian wajib dalam pengambilan banyak jawatan dalam perkhidmatan awam, antaranya jawatan Gred 41, jawatan Gred 19, jawatan Gred 29 malah ia turut menjadi sebahagian ujian untuk Pegawai Tadbir Negeri N41 dan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Pihak SPA yang bertanggungjawab mengendalikan peperiksaan dan ujian ini serius dalam menapis calon-calon yang benar-benar layak, paling penting boleh memberikan perkhidmatan terbaik pada setiap situasi. Ujian Psikometrik diadak

6 Kerja Gaji RM10000 Sebulan untuk Lepasan Sijil, Diploma dan juga Ijazah

Nak tak kami dedahkan bagaimana nak dapat gaji sehingga RM10K sebulan ? Tidak dinafikan masih ramai lepasan sijil, diploma serta ijazah yang menganggur dan tidak mendapat sebarang kerja. Kerja dan jawatan kosong diiklankan pula mempunyai kekosongan yang terhad. Persaingan memang cukup besar dan semakin sukar buat mereka yang langsung tiada pengalaman dalam pekerjaan. Namun, rezeki itu ada di mana-mana. Yang penting adalah keinginan untuk berusaha dan mempergunakan peluang yang ada - walaupun sebelum ini tidak pernah tahu dan mencuba. Enam Peluang Bekerja Dengan Gaji RM10000 Sebulan Untuk Lepasan Sijil, Diploma atau Ijazah Apakata, kami sediakan senarai kerja yang boleh anda lakukan yang mampu menghasilkan 'gaji' sehingga RM10,000 sebulan. Tak kira apa jua tahap pendidikan anda, samada lepasan sijil, diploma atau ijazah, dengan tips dan peluang di bawah ini, anda mampu untuk hasilkan gaji sendiri sehingga RM10K sebulan! Peluang kerjaya makan gaji menerusi Suruhanjaya Pe