Rujukan Contoh Soalan Psikometrik Pembantu Tadbir Gred N1

Nampaknya ramai yang telah dipanggil untuk hadapi peperiksaan atau ujian online Psikometrik Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) gred N1. Jawatan ini antara jawatan yang popular dan sering menjadi pilihan lepasan SPM/SVM.

Difahamkan pengambilan bagi jawatan ini melebihi 2000 kekosongan termasuk calon simpanan. Ia berdasarkan kepada iklan jawatan kosong yang dikeluarkan SPA pada Oktober 2025.

Dah Sedia Ujian Psikometrik Pembantu Tadbir N1?

Rujukan Contoh Soalan Psikometrik Pembantu Tadbir N1

Tak kenal jawatan antara punca ramai calon gagal melepasi tapisan psikometrik ini. Jadi, calon sedikit sebanyak perlu mengetahui berkaitan tugas dan tanggungjawab seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) gred N1.

Ringkasan Skop Kerja

Secara ringkasnya, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) gred N1 adalah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

Berkaitan hubungan kerja, seorang Pembantu Tadbir N1 perlu melaksanakan tugas melibatkan dalaman dan juga luaran.

Dalaman:
  • Rakan sekerja di bahagian/unit cawangan yang sama.
  • Kakitangan di bahagian lain dalam organisasi yang sama.

Luaran: 
  • Orang awam.
  • Agensi kerajaan yang berkaitan. 
  • Badan/Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). 
  • Agensi swasta. 

Kebolehan yang diutamakan:
  • Berkebolehan mengendalikan perisian komputer, kemahiran menaipdan mengendalikan peralatan pejabat dan komunikasi.

Berikut adalah sifat-sifat yang bersesuaian dengan jawatan Pembantu Tadbir gred N1:
  • Bersih, cekap dan amanah.
  • Jujur.
  • Bertanggungjawab. 
  • Berminat dan berdedikasi.

Contoh Soalan Psikometrik

Ujian Psikometrik Pembantu Tadbir Perkeranian dan Operasi

Berikut disediakan 5 contoh soalan psikometrik yang sesuai untuk menilai calon Pembantu Tadbir Gred N1. Soalan-soalan ini menekankan aspek nilai, sikap, dan kecenderungan kerja yang relevan dengan tugas pentadbiran kerajaan:


📋 Contoh Soalan Psikometrik

Integriti & Amanah

Anda diminta menguruskan fail sulit jabatan. Rakan sekerja ingin melihat kandungan fail tersebut tanpa kebenaran. Apa tindakan anda?
    • A. Memberi akses kerana dia rakan sekerja
    • B. Menolak dengan sopan dan merujuk kepada pegawai atasan
    • C. Membiarkan dia melihat sebahagian kandungan
    • D. Tidak kisah kerana fail itu bukan milik peribadi



Kerjasama & Pasukan

Dalam mesyuarat, anda dapati seorang rakan sekerja tidak memberi sebarang sumbangan. Apa yang anda lakukan?
    • A. Membiarkan sahaja kerana itu bukan tanggungjawab anda
    • B. Menggalakkan dia berkongsi pandangan dengan cara positif
    • C. Menegur secara terbuka di hadapan semua
    • D. Mengambil alih semua tugas tanpa berbincang



Disiplin & Ketepatan Masa

Anda diarahkan menyiapkan laporan dalam masa 3 hari, tetapi anda mempunyai tugasan lain yang banyak. Apa tindakan anda?
    • A. Menangguhkan laporan sehingga tugasan lain selesai
    • B. Menyusun jadual kerja agar semua tugasan siap mengikut masa
    • C. Meminta rakan sekerja menyiapkan laporan tanpa kebenaran
    • D. Menyerahkan laporan lewat dengan alasan beban kerja



Sikap Terhadap Peraturan

Anda mendapati seorang rakan sekerja sering melanggar peraturan pejabat (contoh: lewat hadir). Apa tindakan anda?
    • A. Tidak ambil peduli kerana itu bukan masalah anda
    • B. Menasihati secara peribadi dengan cara baik
    • C. Melaporkan terus kepada ketua jabatan
    • D. Mengikuti jejaknya kerana semua orang melakukannya



Motivasi & Tanggungjawab

Apabila diberi tugasan baru yang mencabar, bagaimana anda biasanya bertindak?
    • A. Mengelak kerana takut gagal
    • B. Menerima dengan positif dan cuba belajar
    • C. Menyerahkan kepada orang lain yang lebih berpengalaman
    • D. Menyiapkan secara sambil lewa tanpa usaha lebih


👉 Soalan-soalan ini bukan untuk mencari jawapan “betul” atau “salah”, tetapi untuk menilai nilai kerja, sikap, dan kesesuaian calon dengan budaya perkhidmatan awam, berkait dengan jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) gred N1.

Mahu dapatkan lebih banyak tips berkaitan psikometrik ini? Sertai saluran telegram t.me/psikometrikterkini

Terlibat Ujian Psikometrik N1?
Gunakan rujukan khusus untuk peperiksaan online Ujan Psikometrik ini. Elakkan menggunakan rujukan versi lapuk yang boleh mengelirukan anda. Nanti kecewa!!

Untuk persediaan Ujian Psikometrik Pembantu Tadbir (P/O) N1, boleh gunakan rujukan ini - Rujukan Psikometrik 2025

Sertai saluran Telegram iKerjaya Graduan [klik sini] untuk dapatkan pelbagai infokerjaya jawatan dalam perkhidmatan awam dan rujukan PSEE terkini. Anda juga akan menjadi pertama untuk mengetahui post/artikel terkini dari iKerjayaGraduan.com