Video Tips Temuduga SPA

Nak tahu apakah persediaan penting untuk hadiri temuduga SPA? Jika anda telah melepasi tapisan peperiksaan online SPA (PSEE) dan penilaian Ujian Psikometrik, kami ucapkan tahniah dan syabas kepada anda.

Anda merupakan calon yang bertuah di antara ribuan calon yang memohon perjawatan di SPA. Seharusnya anda perlu berbangga kerana usaha anda untuk melepasi tapisan telah membuahkan hasil dan memberikan senyuman pada yang berharap.

Tetapi, perjalanan anda untuk menjawat jawatan idaman belum berakhir. Jika anda memohon jawatan yang memerlukan kelebihan fizikal, akan ada ujian penilaian fizikal dilakukan sebelum ke peringkat temuduga.

Ada beberapa jawatan tertentu yang memerlukan anda lulus tapisan pemeriksaan fizikal dan pancaindera ini, contohnya Pegawai Bomba, Penguatkuasa, Pegawai Penjara, Kesatria, Pegawai Keselamatan, Pegawai Pertahanan Awam, Pegawai Imigresen dan Pegawai Siasatan.

Apapun, untuk pemilihan jawatan yang memerlukan pemeriksaan fizikal ini, calon seharusnya sudah kenal-pasti diri sendiri sebelum permohonan perjawatan dilakukan menerusi portal SPA9. Jika dari awal telah memilih jawatan yang pada umumnya tidak menepati ciri fizikal anda, pastinya anda akan tersungkur sebelum ke peringkat temuduga.

Pada peringkat temuduga, calon yang berjaya ke peringkat ini harus dahulu membuat beberapa persiapan penting termasuklah penyediaan dokumen berkaitan.

Dan sayugia diingatkan, temuduga akan berkait-rapat dengan keputusan penilaian atau jawapan penilaian psikometrik yang telah dibuat. Kena pastikan konsistensi perwatakan, minat serta kecenderungan kekal semasa ditanyakan soalan semasa temuduga.

Sebarang jawapan yang didapati berlaku tidak kejujuran berdasarkan apa yang telah dijawab semasa ujian psikometrik akan membuatkan calon gagal lulus di peringkat ini.

Video Tips Persiapan Temuduga SPA

Jom saksikan tips berkaitan temuduga yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia ini: