Soalan-Soalan Lazim Berkaitan Pendaftaran SPA9

Ramai yang masih kurang arif mengenai Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9). Sistem ini adalah sistem terbaru dalam pengendalian pengambilan kakitangan awam baharu yang merupakan penambah baikan daripada sistem lama iaitu SPA8i.

Amnya, SPA9 merupakan borang pendaftaran permohonan pekerjaan atas talian yang digunakan oleh pemohon bagi memohon pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan. Ia dibangunkan dengan padanan nombor Kad Pengenalan bagi janaan maklumat peribadi dan kelayakan akademik di mana pemohon boleh mengesahkan dan mengemaskini maklumat pendaftaran serta menyemak status permohonan.

Info Mengenai Sistem Pendaftaran SPA9

Soalan Lazim Mengenai Tatacara Pendaftaran SPA9

SPA9 dibangunkan sebagai suatu sistem yang canggih dan berkapasiti tinggi serta dilengkapi teknologi terkini untuk memenuhi keperluan semasa dan masa depan pengguna khususnya pemohon pekerjaan.

Sistem ini mengoptimumkan penggunaan Kad Pengenalan (Mykad) bagi mendapatkan maklumat dan paparan data pemohon. Dengan cara ini ia mampu meningkatkan integriti data pemohon dengan mengurangkan user input melalui integrasi data dengan pelbagai agensi kerajaan menerusi penggunaan MyKad.

Dengan menggunakan sistem SPA9, ia akan menyediakan kemudahan Semakan Kelayakan Jawatan bagi mengenal pasti skim jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan pemohon, langsung mengelakkan calon daripada mengambil ujian penilaian dan peperiksaan yang tiada kaitan dengan minat serta kecenderungan calon.

Soalan Lazim SPA9

Soalan: Tempoh sah pendaftaran saya dalam SPA8i masih belum tamat lagi. Adakah saya perlu daftar dan isi semula maklumat dalam SPA9?

Jawapan: Tidak perlu kecuali: a) menyemak permohonan; dan b) permohonan jawatan baharu

Soalan: Tempoh sah pendaftaran saya dalam SPA8i telah tamat. Adakah saya perlu daftar dan isi semula maklumat dalam SPA9?

Jawapan: Ya. Pemohon perlu mendaftarkan akaun baharu SPA9 dan isi maklumat yang berkaitan dalam SPA9. Rujuk kepada Panduan Pengguna SPA9.

Soalan: Maklumat saya tiada dalam SPA9, walaupun telah mengisi maklumat di SPA8i.

Jawapan: Perlu mengisi semula maklumat di SPA9.

Soalan: Bagaimanakah untuk saya mendaftar akaun SPA9?

Jawapan: Klik pada ‘Pendaftaran Pengguna’ untuk mendaftarkan akaun baharu SPA9. Pastikan No. Kad Pengenalan dan Nama Penuh dimasukkan sama seperti di dalam Kad Pengenalan, termasuk butiran seperti BINTI, BIN, A/P, A/L.

Soalan: Adakah perlu saya mendaftar SPA9 untuk menyemak status permohonan yang telah dimasukkan dalam SPA8i?

Jawapan: Perlu

Soalan: Apakah status permohonan saya dalam SPA8i? Adakah status yang sedia ada kekal sama dalam SPA9?

Jawapan: Ya. Status permohonan yang masih dalam tempoh sah pendaftaran ketika di SPA8i adalah tidak terjejas selagi pemohon tidak menghantar perakuan dalam SPA9.

Soalan: Saya telah mendaftarkan akaun baharu SPA9 dan mengisi semula maklumat dalam SPA9. Adakah permohonan saya dalam SPA8i akan terbatal setelah saya klik Hantar perakuan pemohon dalam SPA9?

Jawapan: Ya. Maklumat permohonan yang akan disimpan di SPA9 berdasarkan maklumat baharu yang dikemas kini.

Soalan: Saya tidak pernah mengambil subjek Nahu dan Sarf di peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Kenapakah subjek ini keluar pada maklumat akademik SPM saya dalam SPA9?

Jawapan: Keputusan SPM mulai tahun 2000 dalam SPA9 dijana secara automatik melalui integrasi data dengan pangkalan data di Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sekiranya terdapat perbezaan subjek/ gred yang dipaparkan dalam SPA9 dengan keputusan SPM yang sebenar, pemohon adalah disarankan untuk mengemukakan permasalahan berserta salinan SPM ke alamat berikut: spa9@spa.gov.my.

Soalan: Saya telah memohon sebanyak 15 jawatan dalam SPA8i. Kenapakah jumlah jawatan yang saya mohon berubah menjadi 10 sahaja?

Jawapan: Perubahan kepada 10 jawatan berlaku kerana padanan pekerjaan (Job Matching) berdasarkan kelayakan yang telah diproses dalam SPA9 secara automatik.

Panduan Bayar Hutang PTPTN Secara Percuma

Soalan: Saya melepasi tapisan dan menunggu penjadualan peperiksaan/ temu duga. Adakah pendaftaran dalam SPA9 akan menjejaskan status permohonan saya?

Jawapan: Tidak. Status permohonan yang sedang dalam penjadualan peperiksaan/ temu duga tidak terjejas.

Soalan: Kenapakah pemegang Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah tidak boleh memohon jawatan di peringkat SPM?

Jawapan: Kerana tidak memenuhi ketetapan One Step Lower. Jawatan SPM hanya boleh dimohon jika pemohon mempunyai SPM atau Diploma sahaja.

Soalan: Saya sedang menunggu keputusan peperiksaan/ temu duga. Adakah pendaftaran dalam SPA9 akan menjejaskan status permohonan saya?

Jawapan: Tidak. Status permohonan yang sedang menunggu pemakluman keputusan peperiksaan/ temu duga tidak terjejas.

Soalan: Saya merupakan calon simpanan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19. Adakah status calon simpanan saya akan terbatal sekiranya saya mengemas kini permohonan saya dalam SPA9?

Jawapan: Tidak. Status permohonan pemohon yang masih berada dalam tempoh sah calon simpanan tidak terjejas.

Soalan: Saya mempunyai kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana. Kenapakah hanya keputusan Ijazah Sarjana sahaja dipaparkan dalam SPA9?

Jawapan: Keputusan pengajian tinggi yang dipaparkan secara automatik dalam SPA9 adalah mulai tahun 2014 dan seterusnya. Sekiranya tidak dipaparkan, pemohon perlu klik ‘Tambah Keputusan’ untuk menambah kelayakan.

Soalan: Saya ialah Pekerja Sambilan Harian/ Pegawai Kontrak (CFS). Adakah perlu saya mengisi maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat?

Jawapan: Tidak

Soalan: Kenapakah sebahagian maklumat saya tidak ada atau tidak lengkap dalam SPA9? Maklumat integrasi data bersama agensi kerajaan hanya diperoleh mulai tahun berikut dan seterusnya.

Jawapan: Rujuk grafik disediakan.