15 Soalan Latihan Psikometrik Penolong Jurutera Gred JA29

Mencari contoh soalan Ujian Psikometrik Penolong Jurutera JA29? Anda berada di tempat yang betul, di sini kami akan kongsikan 15 contoh soalan latihan yang boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan sebelum ke ujian penilaian sebenar.

Set soalan ujian psikometrik yang disediakan di sini adalah antara soalan yang biasanya ditanya untuk jawatan Penolong Jurutera. Ia adalah soalan psikometrik terkini mengikut format terbaharu SPA - samada dijalankan di peringkat Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri.

Ujian Psikometrik Penolong Jurutera JA29

Soalan Ujian Psikometrik 2023 Penolong Jurutera

Ujian Psikometrik adalah ujian kendiri, di mana calon perlu menjawab antara 150 - 200 soalan - bergantung kepada kehendak Kementerian/Jabatan/Agensi. Ia dijalankan untuk menapis calon samada bersesuaian dengan skop dan bidang tugasan sesuatu jawatan.

Ujian ini tidak memerlukan calon untuk lulus tetapi perlu melepasi tahap penilaian psikometrik yang ditetapkan. Dan tahap ini pula bergantung kepada jumlah calon dan kekosongan yang ada. Semakin ramai calon yang memohon jawatan, maka semakin sukar untuk melepasi tahap penilaian ini.

15 Contoh Soalan Latihan Psikometrik Penolong Jurutera JA29

Berikut adalah contoh-contoh soalan yang biasanya ditanya untuk jawatan Penolong Jurutera gred JA29 (ia bukan soalan sebenar atau soalan bocor!):

1. Jika saya diarah melakukan sesuatu tanpa panduan terperinci, saya akan usahakan juga sehingga berjaya

A. Sangat setuju
B. Setuju
C. Tidak pasti
D. Tidak setuju
E. Sangat tidak setuju

2. Cepat berpuas-hati dengan hasil titik-peluh

A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

3. Saya menangis/sebak apabila menonton babak sedih

A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

4. Saya bergantung kepada tanggapan pertama apabila membuat sesuatu pertimbangan

A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

5. Setiap tugas yang saya lakukan perlu disiapkan tepat pada waktunya

A. Sangat menggambarkan diri saya
B. Menggambarkan diri saya
C. Agak menggambarkan diri saya
D. Tidak menggambarkan diri saya
E. Sangat tidak menggambarkan diri saya

6. Saya tidak berminat terhadap permasalahan yang memerlukan kajian

A. Sangat menggambarkan diri saya
B. Menggambarkan diri saya
C. Agak menggambarkan diri saya
D. Tidak menggambarkan diri saya
E. Sangat tidak menggambarkan diri saya

7. Pesanan ibu bapa boleh membantu saya dalam membuat keputusan

A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

8. Saya suka melakukan aktiviti yang memajukan saya

A. Ya
B. Tidak

9. Apabila saya sedar kesilapan yang telah dilakukan, saya akan berikhtiar untuk berubah

A. Ya
B. Tidak

10. Walaupun saya tidak mahir dalam sesuatu perkara, saya selalu berkelakuan seperti seorang yang pandai

A. Ya
B. Tidak

11. Apabila keputusan telah dikeluarkan, mereka tidak boleh menghentikan saya untuk melaksanakannya

A. Ya
B. Tidak

12. Saya akan menjadi lebih tegas apabila berpuas-hati dengan kualiti kerja seseorang

A. Ya
B. Tidak

13. Di dalam mesyuarat, saya mengambil inisiatif untuk bercakap menyatakan pendapat

A. Setuju
B. Tidak setuju

14. Saya lebih banyak mendengar dari berkata-kata

A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

15. Saya merasa terganggu apabila orang lain menggangu kerja saya

A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

Tips Menjawab Ujian Psikometrik

  • Pastikan anda jujur ketika memberikan jawapan
  • Pastikan semua jawapan adalah konsisten
  • Jawab yang mencerminkan diri anda
  • Jawab semua soalan
  • Jika tidak pasti jawapan, anda boleh logout dan login semula
  • Jangan tiru jawapan orang lain atau mendapatkan jawapan menerusi orang lain


Dah Muat-Turun 200+ Contoh Soalan Ujian Psikometrik + Huraian Jawapan?
Mahu pastikan anda benar bersedia untuk Ujian Psikometrik? Ingin pastikan anda ada kelebihan dari calon lain?

Guna rujukan ini, terbukti dah bantu ramai calon beroleh kejayaan - Muat-Turun Rujukan .