10 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Belia dan Sukan

Mahu contoh-contoh soalan latihan untuk persediaan menjawab penilaian psikometrik jawatan Pembantu Belia dan Sukan S19? Di sini kami ada menyediakan beberapa set soalan yang biasa ditanya untuk jawatan ini.

Contoh soalan psikometrik yang dipaparkan merupakan soalan-soalan yang pernah keluar dalam beberapa ujian psikometrik SPA. Untuk edisi 2023, kemungkinan set soalan yang akan keluar adalah berbeza namun tidak mustahil akan muncul beberapa soalan yang biasa ditanya untuk Pembantu Belia dan Sukan S19.

Contoh Soalan Psikometrik Pembantu Belia dan Sukan S19

Contoh Soalan Psikometrik Belia dan Sukan

Jawatan Pembantu Belia dan Sukan S19 adalah antara jawatan yang memerlukan calon yang bijak dan mampu bersosial dengan masyarakat dengan baik. Bidang tugas utama jawatan ini adalah melaksanakan program-program serta aktiviti berkaitan belia dan sukan di peringkat kementerian/ negeri/ jabatan/ daerah. 

Berikut adalah antara beberapa contoh soalan latihan psikometrik yang boleh dijadikan panduan umum kepada calon yang terlibat.

1. Saya suka melakukan aktiviti yang menimbulkan kegembiraan

A. Sangat menggambarkan diri saya
B. Menggambarkan diri saya
C. Agak menggambarkan diri saya
D. Tidak menggambarkan diri saya
E. Sangat tidak menggambarkan diri saya

2. Saya suka apabila ada ramai di sekeliling saya

A. Ya
B. Tidak

3. Saya sedia mendengar masalah orang lain walaupun pada masa sama saya mempunyai masalah sendiri

A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

4. Berjenaka boleh membantu mengurangkan tekanan

A. Sangat setuju
B. Setuju
C. Tidak pasti
D. Tidak setuju
E. Sangat tidak setuju

5. Saya tidak rasa teruja melihat bendera Malaysia berkibar

A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

6. Teguran dan nasihat saya diterima

A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

7. Saya suka melakukan aktiviti yang memajukan saya

A. Ya
B. Tidak pasti
C. Tidak

8. Walaupun saya tidak mahir dalam sesuatu perkara, saya selalu berkelakukan seperti orang yang pandai

A. Ya
B. Tidak pasti
C. Tidak

9. Saya akan menyampah bila orang lain berperangai pelik

A. Ya
B. Tidak pasti
C. Tidak

10. Saya tahu atau mahu belajar cara menyelia kerja-kerja orang lain

A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Soalan Latihan Psikometrik 2023?

Ada lebih 200 contoh soalan Psikometrik, lengkap dengan huraian jawapan. Satu-satunya rujukan dengan update percuma 3 tahun! Proven membantu ramai calon berjaya ke kerja kerajaan.

Untuk tempahan rujukan, boleh klik pautan ini - Pakej Rujukan Psikometrik 2023