Langkau ke kandungan utama

6 Kerja Gaji RM10000 Sebulan untuk Lepasan Sijil, Diploma dan juga Ijazah

Nak tak kami dedahkan bagaimana nak dapat gaji sehingga RM10K sebulan? Tidak dinafikan masih ramai lepasan sijil, diploma serta ijazah yang menganggur dan tidak mendapat sebarang kerja. Kerja dan jawatan kosong diiklankan pula mempunyai kekosongan yang terhad. Persaingan memang cukup besar dan semakin sukar buat mereka yang langsung tiada pengalaman dalam pekerjaan.

Namun, rezeki itu ada di mana-mana. Yang penting adalah keinginan untuk berusaha dan mempergunakan peluang yang ada - walaupun sebelum ini tidak pernah tahu dan mencuba.

Enam Peluang Bekerja Dengan Gaji RM10000 Sebulan Untuk Lepasan Sijil, Diploma atau Ijazah

Enam Peluang Bekerja Dengan Gaji RM10000 Sebulan
Apakata, kami sediakan senarai kerja yang boleh anda lakukan yang mampu menghasilkan 'gaji' sehingga RM10,000 sebulan. Tak kira apa jua tahap pendidikan anda, samada lepasan sijil, diploma atau ijazah, dengan tips dan peluang di bawah ini, anda mampu untuk hasilkan gaji sendiri sehingga RM10K sebulan!

Peluang kerjaya makan gaji menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah semakin tipis, tambahan dengan lambakan lepasan kolej dan universiti yang saban tahun bertambah. Masing-masing mahu masuk kerja lubuk yang sama, walhal lubuk itu kecil untuk menampung semua.

Nah. Jangan tunggu sahaja. Ambil peluang yang kami ingin kongsikan ini.


Modal kecil. Tak perlu ada pengalaman yang luas pun untuk bermula. Tidak perlu sebarang kelulusan akademik yang tinggi. Tiada temuduga. Tiada resume diperlukan.

Kerja gaji sehingga RM10K sebulan bukan mustahil. Nak memulakan kerja dengan gaji sehingga RM10,000 sebulan tak?

Apakata dengan berniaga kecil-kecilan. Bukan berniaga MLM, bukan forex .. ianya adalah perkongsian terbaik oleh Peniaga Jalanan.

Jual Nasi Bajet

Jual Nasi Bajet Income Lumayan Rm10K Sebulan
Menjual nasi bajet dengan harga RM4 sebungkus di kawasan penduduk ramai dengan menyediakan khidmat penghantaran. Anda boleh sediakan nasi dengan kuah dan ayam goreng serta sayur. Boleh je jual nasi berkuah dengan ikan.

Anda buat iklan di Facebook, kerana kebiasaan orang yang suka ber-FB ini akan kurang masa menyediakan dan memasak makanan. :) Jual pada penduduk dan orang sekitar - anda boleh setkan iklan FB untuk ciri ini.

Menurut Peniaga Jalanan, tidak mustahil untuk buat jualan sehingga 150 bungkus sehari dengan keuntungan biasa jualan nasi ialah 60%, jadi sehari bersih dalam tangan ialah RM360 × 30 hari = RM10,800 sebulan!

Jual Air Balang

Gaji RM10K Sebulan Jual Air
Kos berniaga jual air balang memang rendah. Malah, banyak kelengkapan ni ada dijual di kedai barangan terpakai mahupun pasaraya jimat seperti myHome, DIY dan sebagainya.

Anda cuma perlu cari lokasi yang sesuai tumpuan orang ramai. Anda jual air serendah RM1.

 
Anda boleh jual air RM1 secawan di depan sekolah sewaktu pelajar atau murid pulang. Nak lebih untung, cari sekolah yang ada dua sesi. Menjual 300 cawan untuk satu sesi itu bukan perkara yang mustahil, sehari paling tidak anda akan dapat RM600 secara kasar.

Kalau nak tahu, rata-rata penjual air memberitahu bahawa margin untung bersih jual air contohnya air Milo, air Sarsi, air Jagung, air Oren sekitar 80%, jadi sehari kita akan dapat RM480 × 21 hari persekolahan sebulan = RM10,080!

Berniaga Jual Buah-Buahan Potong

Berniaga jual buah pendapatan lumayan lepasan graduan
Anda boleh berniaga jual buah-buahan potong samada di lokasi statik mahupun bergerak menggunakan motorsikal. Jika bergerak, anda boleh mencari lokasi tumpuan ramai orang; contohnya kanak-kanak sekolah, orang tua (warga emas), kawasan taman permainan, kawasan tapak pembinaan, kawasan taman rekreasi, pasar malam dan sebagainya.

Menurut Peniaga Jalanan, berniaga menjual buah-buahan potong ini boleh mendapat keuntungan sehingga 50 - 60 peratus daripada modal.

Katakan anda jual buah potong dengan harga RM1/sebungkus/seplastik. Target jualan 600 bungkus sehari di tempat tumpuan ramai orang. Paling sikit pun, anda mampu mendapat keuntungan sehingga RM350 sehari.

Jadi, pendapatan anda boleh mencapai - RM350 sehari x 30 hari = RM10,500 sebulan!

Servis Potong Rumput

Buat bisnes mesin rumput lepasan graduan
Satu lagi kerja yang ada permintaan tinggi terutama di kawasan perumahan lama - terutama yang ramai warga emas dan orang berduit .. :)

Guna pekerja 2 orang dengan gaji RM130 sehari termasuk minyak mesin, upah satu halaman rumah biasa sekitar RM60, kerja hanya 2 jam sebuah laman rumah. Tugas anda hanya perlu melakukan pengiklanan di kawasan perumahan, deal pelanggan, ambil hantar pekerja dan kutip bayaran servis.

Sehari kena gigih cari 5 buah rumah untuk seorang pekerja, jadi anda akan dapat sehari RM340 × 30 hari = RM10,200!


Berniaga Apam Balik

Kuih manis ini menjadi minat ramai orang berbilang bangsa di Malaysia. Anda patut tahu, ada peniaga yang berniaga apam balik hanya di pasar malam, boleh menerima keuntungan sehingga 80%.

Katakan pasar malam di tempat anda ada 4 kali (tempat) seminggu dengan jualan 400 keping apam balik setiap malam yang berharga RM2 sekeping, setiap malam boleh nilai jualan RM 800× 4 seminggu × 4 minggu sebulan = jualan kasar rm12,800 tolak modal 20% (RM2,560) = RM10,240

Jual Produk Digital

Samada anda hasilkan produk digital sendiri (biasanya ebook) atau jadi agen jualan untuk produk digital ini. Dengan jual produk digital, anda boleh mendapat keuntungan melebihi RM50/item.

Anda boleh gunakan FB Ads (tak tau guna FB Ads? Boleh belajar di SINI).

Sehari letak kos iklan cukup RM80, tak perlu lebih, jangan tamak! Push sale sekurang-kurangnya 11 item close deal.

Katakan setiap hari akan ada orang bank-in sebanyak RM550 untuk produk yang anda jual secara online - hanya menerusi FB sahaja. Anda tidak perlu kos penghantaran, sebab jual produk digital macam ebook hanya gunakan email sahaja.

Tolak kos harian iklan RM80 dan kos buat ebook dalam RM110. Bersih RM360 × 30 hari = RM10,800!

 
Memang terdapat banyak peluang menjana pendapatan dan gaji bulanan sehingga RM10,000 sebulan. Persoalannnya, nak dengan tak nak untuk memulakan sahaja.

Fikirlah. Daripada anda hanya buang masa, tenaga dan kos untuk mencari kerja, apakata wujudkan kerja untuk diri sendiri dengan berniaga sepertimana contoh dan syor yang telah diberikan di atas. Tak susah kalau kita ada tekad untuk melakukannya.

Ramai yang berjaya kerana mereka berani dan cepat bertindak, selain mendapatkan ilmu berkaitan. Aha .. apalagi? Jangan tunggu sampai orang lain memandang serong dan bercakap-cakap sesuatu yang anda tidak suka dengar.

Sudah-sudah menanti benda yang tak pasti. Jom berusaha, moh dapatkan gaji sehingga RM10,000 sebulan!


Nak tahu apa rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan? Muat-turun Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan sekarang di sini - [Klik Sini untuk Dapatkannya]

Cara Nak Setel Hutang PTPTN secara Percuma! Nak Tahu? - [Klik Sini untuk Dapatkannya]


Klik Sini Untuk Dapatkan Rujukan Terkini Psikometrik SPA

Catatan popular daripada blog ini

Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik

Bagaimana cara nak lulus Ujian Psikometrik kemasukan perkhidmatan awam? Ramai calon yang mencari tips dan panduan untuk mengetahui cara nak lulus dalam ujian Psikometrik dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ujian Psikometrik adalah ujian wajib lulus bagi kebanyakkan gred jawatan kerja kerajaan. Dulunya, ujian ini lebih dikenali sebagai seksyen Sahsiah dan Minat dalam peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam. Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik Kemasukan Kerja Kerajaan Sejak pentadbiran negara bertukar, beberapa polisi pengambilan perjawatan dalam sektor awam telah dinilai dan dikemaskini mengikut keperluan dan kehendak semasa. Ini termasuklah ujian Psikometrik yang sebelum ini dijalankan sebagai salah satu seksyen peperiksaan online SPA. Ujian ini kini diasingkan, malah calon perlu menjawab ujian ini di laman web khas ujian ini. Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap calon, integriti calon, kompetensi calon

Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA

Bagaimana Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA? Ramai calon yang dipanggil untuk hadapi peperiksaan online oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) nak tahu cara dan tips untuk lulus di dalam peperiksaan online ini. Kami juga pasti, anda antara calon yang mencari tips tersebut. Almaklumlah, peperiksaan online SPA nampak mudah tetapi ianya adalah cara terawal pihak SPA menyingkirkan calon-calon yang memohon perjawatan dalam kerajaan. Maka, walaupun nampak mudah, tetapi tahap untuk lulus peperiksaan online SPA adalah sangat sukar. Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA Ramai calon yang telah hadapi peperiksaan online SPA gagal disebabkan satu faktor sahaja . Nak tahu apa faktor tersebut? Faktor Gagal Dalam Peperiksaan SPA Faktor tersebut adalah kurangnya persediaan untuk hadapi peperiksaan online SPA . Disebabkan oleh faktor ini, maka ramai calon yang gagal disebabkan tidak tahu cara menjawab, tidak tahu bentuk soalan, line internet kurang pantas, browser di komputer tidak

Awas - Perangkap Soalan Ujian Psikometrik!

Ramai calon kemasukan kerja kerajaan dipanggil untuk hadapi peperiksaan khas Ujian Psikometrik .Ujian ini telah menjadi ujian wajib untuk ke peringkat seterusnya dalam permohonan kerja dalam sektor perkhidmatan awam. Jika sebelum ini, Ujian Psikometrik menjadi sebahagian daripada seksyen peperiksaan online SPA , tetapi kini ujian ini telah diasingkan dan menjadi ujian pertama untuk calon-calon kemasukan kerja kerajaan perlu lulus. Rujukan Ujian Psikometrik - Awas Dengan Perangkap Soalan Ujian Psikometrik telah menjadi ujian wajib dalam pengambilan banyak jawatan dalam perkhidmatan awam, antaranya jawatan Gred 41, jawatan Gred 19, jawatan Gred 29 malah ia turut menjadi sebahagian ujian untuk Pegawai Tadbir Negeri N41 dan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Pihak SPA yang bertanggungjawab mengendalikan peperiksaan dan ujian ini serius dalam menapis calon-calon yang benar-benar layak, paling penting boleh memberikan perkhidmatan terbaik pada setiap situasi. Ujian Psikometrik diadak

Contoh Soalan Psikometrik Format 2018

Ramai yang mencari contoh-contoh soalan untuk ujian Psikometrik , khususnya yang menepati format terkini tahun 2018. Malah, ada calon yang dipanggil untuk ujian ini tidak tahu pun bagaimana format soalan, dan bentuk soalan yang akan ditanya dalam ujian Psikometrik. Kami nak bantu. Ada rujukan khas untuk ujian Psikometrik . Rujukan ini lengkap dengan contoh soalan beserta jawapan untuk kemudahan mereka yang perlu mengambil ujian atau peperiksaan online Psikometrik . Contoh Soalan Psikometrik untuk Ujian Format 2018 Soalan Psikometrik simple sahaja tetapi nak menjawabnya agak mencabar. Apatah lagi kalau anda mudah terkeliru dengan bentuk soalan ditanya. Anda kena faham, soalan Psikometrik bukan mahu mengetahui sejauh mana kepandaian anda dalam akademik, tetapi kepada cara anda berhadapan dengan situasi serta cara menyelesaikan sesuatu masalah. Cuba lihat contoh-contoh soalan Psikometrik untuk kemasukan kerja kerajaan di bawah ... Nampak macam senang je kan soalan-soalan dit