Deskripsi Skop Tugas Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP5

Jawatan Penolong Pegawai Pertahanan Awam gred KP5 adalah merupakan kumpulan Pelaksana dalam klasifikasi perkhidmatan Keselamatan dan Pertahanan Awam. Ia merupakan jawatan dengan kelayakan  akademik minima STPM/STAM/Matrikulasi/Diploma.

Mereka yang memohon jawatan ini perlu melepasi tapisan Ujian Psikometrik dalam Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) dan juga perlu memenuhi Ujian Fizikal sebelum ke peringkat temuduga.

Deskripsi dan Skop Tugasan Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP5

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Pertahanan Awam

Secara ringkasnya, tugas seorang Penolong Pegawai Pertahanan Awam - bertanggungjawab dalam aspek pentadbiran dan perancangan bagi peringkat negeri pada keseluruhan dalam semua aspek pertahanan awam iaitu latihan dan gerakan. 

Selain itu, skop tugas turut membabitkan menyelia dan mengkoordinasi tugas-tugas dan tanggungjawab pegawai-pegawai latihan dan ketua-ketua cawangan.

Skop Fungsi dan Bidang Tugas Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP5 

Aspek Pengurusan dan Operasi
  • Menyedia, mengurus, merangka dan memantau urusan serta pelaksanaan pasukan-pasukan sokongan yang meliputi:
    • Pegawai Kehormat dan Bersekutu. 
    • Kadet Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA). 
    • Civil Defence Emergency Response Team (CDERT). 
    • Kadet IPTS/Institut Latihan.
    • Kadet Pertahanan Awam Sekolah.
  • Menyedia, menerbit dan mengurus percetakan bahan dokumen, garis panduan, manual dan prosedur berkaitan pasukan-pasukan sokongan.
  • Mengurus hal-hal pentadbiran perkhidmatan, perolehan peralatan, kelengkapan dan keperluan bagi pasukanpasukan sokongan
  • Mengurus, menyelaras dan menyelia penganjuran majlis, program dan acara bagi aktiviti pasukan-pasukan sokongan.
  • Mengurus dan menyelia rekod, data serta statistik pasukanpasukan sokongan seluruh negara.
  • Memantau pelaksanaan latihan yang dijalankan oleh pihak yang dipertanggungjawabkan.
  • Memastikan setiap tindakan angkatan memenuhi akta dan kaedah serta menyelia Jawatankuasa Latihan.
  • Menentukan pelaksanaan CDERT serta bertanggungjawab ke atas tatatertib anggota pasukan.

Semoga info kerjaya berkaitan jawatan KP5 ini bermanfaat untuk anda. Pastikan anda follow FB page kami untuk maklumat lain berkaitan perjawatan dan tips untuk lulus Ujian Psikometrik SPA.

Kerjaya Pegawai Pertahanan Awam Malaysia


Sertai Group Telegram Calon Psikometrik [klik sini] untuk dapatkan FREE PREVIEW Ebook Rujukan Contoh Soalan