Skop Tugasan Penolong Pegawai Penerangan Gred S5

Dipanggil Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk mengambil Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Ujian Psikometrik jawatan Penolong Pegawai Penerangan S5

Tips percuma - Mahu melepasi tapisan ujian ini, anda perlu pastikan anda kenal dengan jawatan dipohon, Penolong Pegawai Penerangan S5. Anda perlu tahu berkaitan skop tugasan dan tanggungjawab yang perlu dilaksana sebagai seorang Penolong Pegawai Penerangan.

Deskripsi Skop Tugas Penolong Pegawai Penerangan S5

Deskripsi Skop Kerja Penolong Pegawai Penerangan


Kami akan memberikan nota serba ringkas tugasan dan tanggungjawab jawatan S5 ini sebagai panduan dan rujukan anda. Ia penting supaya anda kenal jawatan ini.

Sepertimana yang dimaklumkan SPA dalam siri jelajah Program Kembara Kerjaya, ramai calon tidak berjaya melepasi tahap penilaian psikometrik disebabkan tidak melakukan persediaan berkaitan perjawatan dipohon - tidak kenal jawatan, tidak tahu skop kerja dan sifat-sifat yang diperlukan untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

Ringkasan Tugas Penolong Pegawai Penerangan

Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti dan objektif jabatan, menjalankan tugas pentadbiran dan kewangan di daerah, menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa tetap dan ad hoc di daerah dan menyediakan laporan-laporan dan analisis-analisis berhubung dengan isu-isu semasa.

Skop Fungsi dan Bidang Tugas

Aspek Kewangan dan Operasi
  • Melaksanakan dan menyediakan perbelanjaan mengurus tahunan.
  • Bertindak sebagai pegawai operasi aktiviti dan program jabatan di peringkat bahagian, negeri dan daerah.
  • Melaksanakan aktiviti penyebaran maklumat mengenaifalsafah, dasar dan wawasan negara dijalankan menggunakan pendekatan komunikasi bersemuka, media cetak dan elektronik.
  • Mengawal selia pelaksanaan program dan aktiviti di peringkat daerah. 
  • Mengurus program dan aktiviti yang dijalankan.
Aspek Perancangan
  • Melaksanakan program dan aktiviti di peringkat negeri dan daerah melalui komunikasi bersemuka, perhubungan awam dan komunikasi visual.
  • Melaksanakan program dan aktiviti penyebaran maklumat di peringkat negeri dan daerah.
  • Melaksanakan secara bersepadu program dan aktiviti mengenai dasar-dasar kerajaan kepada rakyat yang berbilang kaum bagi memupuk semangat cintakan negara. 
  • Menjalankan aktiviti risikan dan penyediaan laporan kaji selidik aktiviti di peringkat negeri dan daerah. 
  • Menjalankan aktiviti naziran dan perancangan strategik berkenaan perhubungan awam, media dan publisiti serta aktiviti-aktiviti jabatan. 
Aspek Penyelidikan dan Pembangunan
  • Menyediakan laporan aktiviti dan program di peringkat negeri dan daerah ke arah memenuhi keperluan stakeholder dan kumpulan sasaran.
  • Mendapatkan maklum balas mengenai pelaksanaan program dan aktiviti dalam bidang penerangan. 
  • Membantu menyediakan rangkaian dan jaringan penyebaran maklumat dan pengumpulan maklum balas secara sistematik. 
  • Menyediakan laporan mengenai program gerak saraf selaras dengan perubahan dan persekitaran semasa. 
  • Menyediakan laporan pemantauan dan perisikan terhadap pendapat dan maklum balas awam mengenai isu-isu semasa sama ada di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.
Aspek Latihan
  • Menjalankan program latihan kepada kakitangan bahagian, negeri dan daerah mengikut keperluan dan kemahiran.
  • Melaksanakan program keperluan tenaga manusia jabatan agar mencapai matlamat dan objektif jabatan.
  • Menyediakan laporan latihan kakitangan di bawah Dasar Latihan.

Seorang Penolong Pegawai Penerangan perlu ada daya tahan berkaitan penerimaan masyarakat terhadap maklumat yang disampaikan, selain memastikan diri bebas dari rasuah dan mampu menangani persaingan dan globalisasi maklumat.

Sekarang, secara ringkasnya anda dah tahu berkaitan skop tangggungjawab atau tugas seorang Penolong {egawai Penerangan gred S5. Sertai channel Telegram (https://t.me/groupsupportpsee2022) kami untuk info perjawatan lain dan mungkin panduan serta tips percuma bagaimana untuk melepasi tahap penilaian Ujian Psikometrik.


Sertai Group Telegram Calon Psikometrik [klik sini] untuk dapatkan FREE PREVIEW Ebook Rujukan Contoh Soalan