Deskripsi Skop Tugas Penolong Penguasa Kastam WK5

Dipanggil Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk mengambil Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Ujian Psikometrik jawatan Penolong Penguasa Kastam WK5?

Tips percuma - Mahu melepasi tapisan ujian ini, anda perlu pastikan anda kenal dengan jawatan dipohon, Penolong Penguasa Kastam WK5. Anda perlu tahu berkaitan skop tugasan dan tanggungjawab yang perlu dilaksana sebagai seorang Penolong Penguasa Kastam.

Deskripsi Skop Tugas Penolong Penguasa Kastam WK5

Deskripsi Skop Tugas Penolong Penguasa Kastam WK5

Kami akan memberikan nota serba ringkas tugasan dan tanggungjawab jawatan WK5 ini sebagai panduan dan rujukan anda. Ia penting supaya anda kenal jawatan ini.

Sepertimana yang dimaklumkan SPA dalam siri jelajah Program Kembara Kerjaya, ramai calon tidak berjaya melepasi tahap penilaian psikometrik disebabkan tidak melakukan persediaan berkaitan perjawatan dipohon - tidak kenal jawatan, tidak tahu skop kerja dan sifat-sifat yang diperlukan untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

Bidang Tugas Penolong Penguasa Kastam Gred Wk5

Jawatan Penolong Penguasa Kastam WK5 berada dalam kumpulan pelaksana/pengurusan dan profesional dalam Skim Perkhidmatan Bersepadu.

Skop Tugas Penolong Penguasa Kastam


Bidang tugas WK5 terdiri atau terbahagi kepada beberapa skop fungsi:
  1. Penolong Pegawai Penaksiran
  2. Penolong Pegawai Operasi Pencegah
  3. Penolong Pegawai Perlesenan
  4. Penolong Pegawai Auditan
  5. Penolong Pegawai Fasilitasi Perdagangan dan Perindustrian
  6. Penolong Pegawai Pengurusan Jabatan

Berikut adalah ringkasan deskripsi tugas-tugas seorang Penolong Penguasa Kastam
  • Menyediakan laporan-laporan harga serta menyelenggara doket-doket harga agensi, surat-surat pekeliling Jabatan, surat-surat jaminan bank. 
  • Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi tujuan pungutan duti.
  • Mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai, memproses permohonan-permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jualan.
  • Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan dalam stor-stor pencegah.
  • Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai jualan dipatuhi. 
  • Menyelenggara penyata-penyata bayaran cukai jualan/cukai perkhidmatan/kad-kad lejer bayaran-bayaran cukai pelesenan dan menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan perkastaman yang lain.

Sekarang, secara ringkasnya anda dah tahu berkaitan skop tangggungjawab atau tugas seorang Penolong Penguasa Kastam gred WK5. Sertai channel Telegram (https://t.me/groupsupportpsee2022) kami untuk info perjawatan lain dan mungkin panduan serta tips percuma bagaimana untuk melepasi tahap penilaian Ujian Psikometrik ini.

Jangan lupa follow FB page kami - https://www.facebook.com/IkerjayaGraduan/

Sertai Group Telegram Calon Psikometrik [klik sini] untuk dapatkan FREE PREVIEW Ebook Rujukan Contoh Soalan