Semua soalan ini adalah sebahagian daripada pakej rujukan Ujian Psikometrik WK1.
Soalan Psikometrik Pembantu Penguasa Kastam WK1
Sepertimana maklum, ujian psikometrik adalah ujian wajib melepasi tahap penilaian di mana calon perlu mencapai jumlah merit keseluruhan tertentu yang telah ditetapkan untuk pengisian jawatan ini. Ujian akan menilai tahap kecenderungan calon dari pelbagai aspek atau trait personaliti ditentukan.
SPA menggunapakai kaedah penilaian yang holistik bagi tujuan menilai aspek sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon untuk menentukan kesesuaian individu bagi tujuan lantikan sesuatu jawatan.
Bagi konsep Ujian Psikometrik (penilaian personaliti/kompetensi), ia direkabentuk untuk mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) serta sifat kerja berpasukan (team-fit).
Apa Bakal Dinilai Dalam Psikometrik WK1?
Secara ringkasnya, seorang Pembantu Penguasa Kastam perlulah seorang yang berpengetahuan, amanah, ikhlas dan berdedikasi. Jawatan ini juga memerlukan seseorang yang mesra pelanggan, mempunyai semangat berpasukan dan mudah bekerjasama.
Contoh Soalan Psikometrik WK1
1. Apabila peluang ada, kita tidak lagi berusaha
- Ya
- Tidak
- Tidak Pasti
2. Saya selalu didenda di zaman persekolahan dahulu
- Ya
- Tidak
- Tidak Pasti
3. Saya tidak perlu membalas budi rakan saya apabila membantu kerana beliau dalah rakan karib saya
- Ya
- Tidak
- Tidak Pasti
4. Saya menolak sebarang bentuk sogokan walaupun dalam jumlah yang kecil
- Sangat Tidak Setuju
- Tidak Setuju
- Setuju
- Sangat Setuju
5. Integriti lebih penting daripada kepentingan peribadi
- Sangat Tidak Setuju
- Tidak Setuju
- Setuju
- Sangat Setuju
6. Saya percaya Pegawai Kastam mesti menolak apa-apa hadiah daripada pihak luar semasa bertugas
- Tidak Setuju
- Setuju
- Sangat Setuju
7. Saya percaya lebih baik menepati masa setiap hari daripada menonjol dengan prestasi sekali sekala
- Sangat Tidak Setuju
- Tidak Setuju
- Setuju
- Sangat Setuju
8. Saya akan menunggu arahan daripada ketua walaupun tahu tindakan perlu disegerakan
- Sangat Tidak Setuju
- Tidak Setuju
- Setuju
- Sangat Setuju
9. Idea saya banyak tetapi sukar untuk dikeluarkan
- Ya
- Tidak
- Tidak Pasti
10. Apabila ada keadaan atau seseorang yang mencurigakan, saya akan berhati-hati
- Ya
- Tidak
- Tidak Pasti




