Deskripsi Tugas Penguasa Bomba KB41

Jawatan Penguasa Bomba Gred KB41 adalah salah satu jawatan yang boleh menjadi pilihan ramai graduan. Ini adalah kerana jawatan ini mensyaratkan kelayakan akademik yang pelbagai - samada ijazah sarjan muda, ijazah sarjana muda kepujian - samada dari pelbagai disiplin termasuk kejuruteran, senibina malah mereka yang berkelulusan sarjana muda undang-undang.

Jawatan ini turut juga dibuka kepada mereka yang merupakan bekas anggota tentera berpangkat sekurang-kurangnya Leftenan yang mampu mengendalikan kapal terbang atau helikopter.

Penguasa Bomba KB41

Deskripsi Tugas Tanggungjawab Penguasa Bomba

Jawatan Penguasa Bomba Gred KB41 diletakkan dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional di dalam Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Selain mempunyai kelayakan akademik yang baik, calon yang mahu menjawat jawatan ini perlu lulus di dalam ujian fizikal selepas melepasi tapisan penilaian psikometrik.

Kelayakan Fizikal Penguasa Bomba

Antara ciri atau syarat fizikal yang perlu dipenuhi ialahL

  1. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita;
  2. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  4. mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  5. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata; pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  6. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

Skop Tugas Seorang Penguasa Bomba Gred KB41

Deskripsi Tugas Penguasa Bomba KB41

Secara ringkasnya, seorang Penguasa Bomba KB41 bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas pengurusan am, pentadbiran, pemantauan dan mengawal selia aktiviti-aktiviti yang melibatkan aspek operasi, penguatkuasaan, pencegahan dan keselamatan kebakaran, merangka dan menjalankan program latihan, menguruskan penyelidikan, perancangan dan pembangunan.

  1. Aspek Operasi
    • Memantau dan memastikan operasi pemadaman dan penyelamatan mencapai standard dan prosedur ditetapkan.
    • Mengawalselia urusan pengurusan khdimat tugas-tugas khas berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988
  2. Aspek Penguatkuasaan
    • Mengawalselia dan membuat pemeriksaan bagi tujuan penghapusan bahaya kebakaran di premis berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988
  3. Aspek Pencegahan dan Keselamatan Kebakaran
    • Menjalankan pemprosesan pelan bangunan baru yang dikemukakan kepada jabatan berdasarkan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
  4. Aspek Latihan
    • Menjalankan program latihan dalam perkhidmatan kepada pegawai dan anggota
  5. Aspek Penyelidikan, Perancangan dan Pembangunan
    • Menguruskan pembinaan balai-balai bomba baru dan rumah kakitangan di seluruh Malaysia selaras dengan pembangunan negara


Koleksi Soalan Latihan Psikometrik Penguasa Bomba