Langkau ke kandungan utama

Awas - Perangkap Soalan Ujian Psikometrik!

Rujukan Contoh Soalan Psikometrik 2023
Ramai calon kemasukan kerja kerajaan dipanggil untuk hadapi peperiksaan khas Ujian Psikometrik.Ujian ini telah menjadi ujian wajib untuk ke peringkat seterusnya dalam permohonan kerja dalam sektor perkhidmatan awam.

Jika sebelum ini, Ujian Psikometrik menjadi sebahagian daripada seksyen peperiksaan online SPA, tetapi kini ujian ini telah diasingkan dan menjadi ujian pertama untuk calon-calon kemasukan kerja kerajaan perlu lulus.

Rujukan Ujian Psikometrik - Awas Dengan Perangkap Soalan

Rujukan Psikometrik

Ujian Psikometrik telah menjadi ujian wajib dalam pengambilan banyak jawatan dalam perkhidmatan awam, antaranya jawatan Gred 41, jawatan Gred 19, jawatan Gred 29 malah ia turut menjadi sebahagian ujian untuk Pegawai Tadbir Negeri N41 dan Pegawai Tadbir Diplomatik M41.

Pihak SPA yang bertanggungjawab mengendalikan peperiksaan dan ujian ini serius dalam menapis calon-calon yang benar-benar layak, paling penting boleh memberikan perkhidmatan terbaik pada setiap situasi.

Ujian Psikometrik diadakan untuk menapis calon yang dapat memberikan perkhidmatan dalam keadaan tekanan, perlu kuat dari segi mental dan mampu memberikan penyelesaian yang positif bagi setiap masalah yang akan dihadapi dalam perjawatan.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik

Rujukan untuk Persediaan Ujian Psikometrik SPA 2022

Berikut adalah antara contoh soalan Psikometrik yang nampak biasa, tetapi kalau tidak berhati-hati boleh memerangkap calon.

1. Apabila peluang ada, kita tidak perlu lagi berusaha.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

2. Saya selalu didenda di zaman persekolahan dahulu.

A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti

3. Kilang MPS telah menghasilkan 35,496 buah kereta dalam masa seminggu. Jika bilangan kereta yang dihasilkan sama setiap hari kecuali hari Jumaat 3,564 buah kereta. Hitungkan jumlah kereta yang dihasilkan dari hari Isnin hingga Rabu.

A. 12987 buah
B. 14532 buah
C. 17306 buah
D. 15966 buah

Nampak bagaimana soalan Psikometrik ini ditanya kepada calon dalam masa yang terhad?

Soalan Psikometrik akan bermain dengan emosi dan perasaan, ia juga akan cuba melihat apakah reaksi kita pada setiap soalan ditanya itu positif atau negatif. Ini permainan psikologi!!

Kebanyakan soalan nampak mudah dan senang, tetapi ramai calon yang akan terperangkap untuk memilih jawapan yang benar-benar tepat. Jawapan dalam bentuk objektif kadangkala bermain pada perspektif dan cara kita berfikir.

Contoh Soalan Sebenar Ujian Psikometrik yang Memerangkap Calon

Cuba lihat soalan sebenar ujian Psikometrik di bawah, yang pernah disoal dalam ujian terdahulu:

"Ulat Dalam Batu Pun Boleh Dihidup"

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Apakah jawapan anda untuk soalan ujian Psikometrik ini? Berapa yakin anda yang jawapan anda berikan itu tepat dan mengikut skema permarkahan ditetapkan oleh pihak SPA?

Untuk soalan di atas ini, ada 2 jawapan berkemungkinan, ia berdasarkan apa yang anda akan faham daripada soalan sebenar "Ulat Dalam Batu Pun Boleh Dihidup"

Jawapan: SANGAT TIDAK SETUJU

Sebab apa?

Lihat balik ayat soalan ditanya. Perasan tak bahawa struktur ayat itu salah. Ayat yang betul adalah;

"Ulat Dalam Batu Pun Boleh Hidup"

Ayat ini merupakan peribahasa Melayu yang popular. Ia membawa maksud 'Orang yang rajin berusaha takkan mati kelaparan.' Tiada peribahasa Melayu dengan ayat "Ulat Dalam Batu Pun Boleh Dihidup". Ayat ini salah!

Tapi jika soalan tersebut menggunakan struktur yang  tepat iaitu "Ulat Dalam Batu Pun Boleh Hidup" maka jawapannya adalah:

Jawapan: SANGAT SETUJU

Sebab ia adalah satu peribahasa Melayu dengan susunan ayat yang betul.

Nampak tak bagaimana susunan soalan perangkap ini. Soalan yang lebih kurang sama tapi
penilaian berbeza; apatah lagi calon terpaksa berlumba dengan tempoh masa ditetapkan. Tak mustahil mereka yang memang dah lali dengan peribahasa pun boleh tersilap dan salah memberikan jawapan yang tepat.

Gunakan Rujukan Terkini untuk Persediaan Ujian Psikometrik

Nak lulus dalam ujian Psikometrik? Anda perlu buat latih-tubi dan selesakan diri dengan pelbagai bentuk soalan yang akan ditanya kelak. Anda perlukan rujukan terkini. Anda mesti pastikan soalan-soalan yang ditanya tak akan membuatkan anda terperangkap dan memberikan jawapan yang kurang tepat.

Mahu rujukan? Ingin dapatkan lebih banyak contoh soalan ujian Psikometrik seperti di bawah ini tak? Siap dengan jawapan! (Diambil daripada versi terdahulu)

Contoh Soalan Ujian Psikometrik

Satu-satunya rujukan yang terbaik dan telah bantu ramai calon kerja kerajaan sebelum ini adalah rujukan daripada Tim Infokerjaya. Akses kepada rujukan ini terkawal dan terhad. Ianya disediakan dalam bentuk fail PDF yang mudah untuk calon muat-turun dan baca serta-merta.

Tak perlu buang masa cari di kedai buku, yang anda kurang pasti samada ianya soalan ujian Psikometrik terkini atau yang telah dikemaskini. Gunakan rujukan ini kerana ianya rujukan proven yang dah bantu ramai calon.

Akses segera sebelum terlewat, buat persediaan seawal mungkin.

[+] Klik Untuk Download Rujukan Psikometrik

Jangan tunggu saat akhir, kerana anda bakal berhadapan dengan soalan ujian Psikometrik merangkumi soalan-soalan penyelesaian masalah Matematik. Aha.. satu lagi bentuk soalan ujian Psikometrik yang boleh memerangkap calon dalam tempoh menjawab yang terhad.

Semoga berjaya.



Nak tahu apa rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan? Muat-turun Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan sekarang di sini - [Klik Sini untuk Dapatkannya]

Cara Nak Setel Hutang PTPTN secara Percuma! Nak Tahu? - [Klik Sini untuk Dapatkannya]


Klik Sini Untuk Dapatkan Rujukan Terkini Psikometrik SPA

Catatan popular daripada blog ini

Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik

Bagaimana cara nak lulus Ujian Psikometrik kemasukan perkhidmatan awam? Ramai calon yang mencari tips dan panduan untuk mengetahui cara nak lulus dalam ujian Psikometrik dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ujian Psikometrik adalah ujian wajib lulus bagi kebanyakkan gred jawatan kerja kerajaan. Dulunya, ujian ini lebih dikenali sebagai seksyen Sahsiah dan Minat dalam peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam. Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik Kemasukan Kerja Kerajaan Sejak pentadbiran negara bertukar, beberapa polisi pengambilan perjawatan dalam sektor awam telah dinilai dan dikemaskini mengikut keperluan dan kehendak semasa. Ini termasuklah ujian Psikometrik yang sebelum ini dijalankan sebagai salah satu seksyen peperiksaan online SPA. Ujian ini kini diasingkan, malah calon perlu menjawab ujian ini di laman web khas ujian ini. Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap calon, integriti calon, kompetensi calon

Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA

Bagaimana Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA? Ramai calon yang dipanggil untuk hadapi peperiksaan online oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) nak tahu cara dan tips untuk lulus di dalam peperiksaan online ini. Kami juga pasti, anda antara calon yang mencari tips tersebut. Almaklumlah, peperiksaan online SPA nampak mudah tetapi ianya adalah cara terawal pihak SPA menyingkirkan calon-calon yang memohon perjawatan dalam kerajaan. Maka, walaupun nampak mudah, tetapi tahap untuk lulus peperiksaan online SPA adalah sangat sukar. Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA Ramai calon yang telah hadapi peperiksaan online SPA gagal disebabkan satu faktor sahaja . Nak tahu apa faktor tersebut? Faktor Gagal Dalam Peperiksaan SPA Faktor tersebut adalah kurangnya persediaan untuk hadapi peperiksaan online SPA . Disebabkan oleh faktor ini, maka ramai calon yang gagal disebabkan tidak tahu cara menjawab, tidak tahu bentuk soalan, line internet kurang pantas, browser di komputer tidak

Contoh-Contoh Soalan Ujian Psikometrik dan Konsep Penilaian

Ujian Psikometrik adalah salah satu penilaian yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk memilih calon yang benar-benar sesuai dari segi minat dan sahsiah selain respon tingkah-laku atau sikap. Ujian Psikometrik juga melibatkan kaedah penilaian bagi membuat penilaian dari aspek kemahiran, pengetahuan serta personaliti calon. Dan kesesuaian ini bergantung dengan kehendak jawatan, gred jawatan serta tugas serta tanggungjawab sesuatu jawatan. Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pihak SPA akan menilai calon dari segenap segi yang diperlukan untuk sesuatu jawatan. Penilaian ini direka untuk membolehkan calon menjawab dalam keadaan separa sedar dan memerlukan respon pantas. Ini antara sebab mengapa jumlah soalan untuk Ujian Psikometrik SPA mencecah hingga 200 soalan dalam tempoh kurang 60 minit (adakala lebih/kurang). Bagi konsep ujian psikometrik (penilaian personaliti/kompetensi), ia direkabentuk untuk mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terha

Contoh Soalan Psikometrik Format 2018

Ramai yang mencari contoh-contoh soalan untuk ujian Psikometrik , khususnya yang menepati format terkini tahun 2018. Malah, ada calon yang dipanggil untuk ujian ini tidak tahu pun bagaimana format soalan, dan bentuk soalan yang akan ditanya dalam ujian Psikometrik. Kami nak bantu. Ada rujukan khas untuk ujian Psikometrik . Rujukan ini lengkap dengan contoh soalan beserta jawapan untuk kemudahan mereka yang perlu mengambil ujian atau peperiksaan online Psikometrik . Contoh Soalan Psikometrik untuk Ujian Format 2018 Soalan Psikometrik simple sahaja tetapi nak menjawabnya agak mencabar. Apatah lagi kalau anda mudah terkeliru dengan bentuk soalan ditanya. Anda kena faham, soalan Psikometrik bukan mahu mengetahui sejauh mana kepandaian anda dalam akademik, tetapi kepada cara anda berhadapan dengan situasi serta cara menyelesaikan sesuatu masalah. Cuba lihat contoh-contoh soalan Psikometrik untuk kemasukan kerja kerajaan di bawah ... Nampak macam senang je kan soalan-soalan dit