Langkau ke kandungan utama

10 Contoh Soalan Psikometrik Jurufotografi

Jawatan Jurufotografi adalah antara salah satu jawatan yang ditawarkan di laman web SPAi9. Jawatan ini tersedia untuk pelbagai gred iaitu B19, B21, B25, B29/B30, B31, B37, B39, B41, B43, dan juga Jurufotografi gred B53. Calon yang terpilih untuk jawatan ini akan ditempatkan di dalam kumpulan perlaksana dan diletakkan di dalam jabatan-jabatan atau agensi khusus yang memerlukan perkhidmatan jurufotografi.

Jawatan ini adalah antara jawatan yang mengetengahkan bakat dan juga minat. Kebiasaannya calon lantikan dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang seni foto, kamera filem atau seni lukis sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan. Ujian ini dikenali sebagai Ujian Bakat Jurufotografi dan calon yang terpilih mesti membawa kamera DSLR sendiri semasa ujian dijalankan.

Ujian Psikometrik untuk Jurufotografi

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurufotografi

Sebelum Ujian Bakat Jurufotografi dilaksanakan, calon-calon adalah perlu untuk memiliki merit yang cukup di dalam Ujian Psikometrik yang diadakan. Ujian ini adalah ujian penilaian kendiri untuk melihat sejauh mana kesesuaian calon dengan jawatan ini. Ia adalah salah satu kaedah penilaian yang holistik bagi tujuan menilai aspek sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon untuk menentukan kesesuaian individu bagi tujuan lantikan ke jawatan Jurufotografi.

10 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jawatan Jurufotografi

Berikut adalah antara contoh-contoh soalan yang berkaitan dengan jawatan Jurufotografi.

1. Saya seorang yang suka berdikari.

A. Benar
B. Tidak Benar
C. Tidak Pasti

2. Saya seorang yang sukakan keindahan desa.

A. Benar
B. Tidak Benar
C. Tidak Pasti

3. Saya tiada masalah untuk ditempatkan di kawasan terpencil.

A. Setuju
B. Tidak Setuju

4. Saya akan berusaha dengan tekun untuk mendapatkan hasil kerja yang bemutu.

A. Benar
B. Tidak Benar
C. Tidak Pasti

5. Saya lebih suka mengambil potret daripada landskap.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak pernah


6. Hobi bermula dengan minat.

A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti

7. Mengambil gambar orang lain adalah satu kesalahan.

A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti

8. Saya akan memuji hasil kerja rakan lain yang lebih baik.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak pernah

9. Saya seorang yang fokus kepada tugasan.

A. Setuju
B. Tidak Setuju

10. Saya mementingkan kualiti dari kuantiti

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju



Mahu dapatkan lebih 200 contoh soalan (jawapan disertakan) UJIAN PSIKOMETRIK Terkini? [Klik Sini untuk Info]

Nak tahu apa rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan? Muat-turun Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan sekarang di sini - [Klik Sini untuk Dapatkannya]

Klik Sini untuk Info

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia Lulus Ujian Psikometrik

Apakah rahsia untuk lulus Ujian Psikometrik SPA? Tips paling penting untuk lulus di dalam ujian ini ialah dengan melakukan banyak latihan latih-tubi menjawab soalan ujian ini. Ianya adalah satu-satunya cara bagi memastikan calon benar-benar faham kehendak soalan dan memastikan calon mampu memilih jawapan yang benar-benar sesuai. Walaupun soalan kelihatan mudah dan senang, namun banyak kali berlaku kesilapan di mana calon telah memilih jawapan yang memberikan markah merit yang rendah sehingga gagal melepasi jumlah keseluruhan markah merit yang ditetapkan. Rahsia Lulus Ujian Psikometrik SPA Soalan Ujian Psikometrik adalah berkaitan ujian kendiri - berkaitan diri calon. Ia akan menilai minat kecenderungan, selain reaksi-respon terhadap sesuatu yang berkaitan, samada berkaitan kerjaya, persekitaran mahupun keperibadian calon. Tujuannya bagi melihat sejauh mana kesesuaian calon untuk jawatan yang dipohon. Calon perlu melakukan banyak latihan latih tubi contoh soalan untuk membantu calon me

Awas .. Perangkap Soalan Ujian Psikometrik

Ramai calon kemasukan kerja kerajaan dipanggil untuk hadapi peperiksaan khas Ujian Psikometrik .Ujian ini telah menjadi ujian wajib untuk ke peringkat seterusnya dalam permohonan kerja dalam sektor perkhidmatan awam. Jika sebelum ini, Ujian Psikometrik menjadi sebahagian daripada seksyen peperiksaan online SPA , tetapi kini ujian ini telah diasingkan dan menjadi ujian pertama untuk calon-calon kemasukan kerja kerajaan perlu lulus. Rujukan Ujian Psikometrik - Awas Dengan Perangkap Soalan Ujian Psikometrik telah menjadi ujian wajib dalam pengambilan banyak jawatan dalam perkhidmatan awam, antaranya jawatan Gred 41, jawatan Gred 19, jawatan Gred 29 malah ia turut menjadi sebahagian ujian untuk Pegawai Tadbir Negeri N41 dan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Pihak SPA yang bertanggungjawab mengendalikan peperiksaan dan ujian ini serius dalam menapis calon-calon yang benar-benar layak, paling penting boleh memberikan perkhidmatan terbaik pada setiap situasi. Ujian Psikometrik diadak

9 Tips Temuduga Separa Perubatan

Jika anda seorang calon yang dipanggil untuk temuduga bagi Latihan Separa Perubatan , mungkin tips temuduga berikut perlu anda baca, dan ambil perhatian dengan serius. Elakkan diri dari terlalu konfiden walaupun anda sudah berpuluh kali ditemuduga. Ada sebab kenapa sudah beratus kali ditemuduga tetapi gagal mendapatkan kerja. Panduan dan tips temuduga yang akan dikongsikan ini khas untuk mereka yang akan hadiri sesi temuduga Separa Perubatan. Ianya telah dikongsikan oleh salah seorang calon yang akhirnya berjaya menjawat jawatan yang dipohon menerusi Latihan Separa Perubatan kelolaan SPA. 9 Tips Temuduga Separa Perubatan Berikut adalah 9 tips temuduga untuk Latihan Separa Perubatan yang dikongsikan secara am. Baca dan hadam. Anda mesti bersedia dari segi soalan yang bakal ditanya. Sebagai contoh saya fokuskan untuk latihan pegawai perubatan sahaja. Anda mesti tahu soalan-soalan yang bakal ditanya dan sebagainya. Caranya anda boleh searchgoogle atau bertanyakan kawan yang dah