Infokerjaya Pegawai Penyelidik Q41 di Kementerian Pertahanan Malaysia

Apakah skop dan tanggungjawab seorang Pegawai Penyelidik gred Q41 di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia? Pasti ramai graduan yang tidak mengetahui dengan jelas mengenai perkara ini.

Sebenarnya jawatan Pegawai Penyelidik Q41 di Kementerian Pertahanan Malaysia terdiri dari beberapa cabang tertentu, antaranya ialah Pegawai Penyelidik Kejuruteraan Metalurgi, Pegawai Penyelidik Kejuruteraan Hidrografi, Pegawai Penyelidik Penyelidikan Operasi dan Pengurusan Strategik serta Pegawai Penyelidik Sains Kimia.

Info Perjawatan Pegawai Penyelidik Q41 Kementerian Pertahanan Malaysia

Pegawai Penyelidik Q41 Kementerian Pertahanan

Jawatan ini berada di dalam klasifikasi perkhidmatan Penyelidikan dan Pembangunan (Q) di dalam kumpulan pekhidmatan Pengurusan dan Profesional. 

Secara amnya, tugas dan tanggungjawab Pegawai Penyelidik Q41 adalah menjalankan tugas-tugas penyelidikan dan pembangunan (R&D), memberi perkhidmatan kepakaran, latihan, khidmat perundangan dan penerbitan artikel dalam bidang yang berkaitan.

Selain itu, seorang Pegawai Penyelidik Kementerian Pertahanan juga terlibat dengan pembentangan, dan diagnostik (termasuk laporan teknikal, research highlights, policy brief) yang berkaitan dengan sumber di dalam kementerian.

Deskripsi Tugas Pegawai Penyelidik Q41

  • menjalankan kerja-kerja penyelidikan pembangunan (R & D) dalam bidang mikroelektronik dan teknologi maklumat atau dalam bidang berkaitan.
  • menjalankan penyelidikan asas dan gunaan, khidmat nasihat kepakaran, menyebar maklumat-maklumat berkenaan teknologi berkaitan dalam negara.
  • melaksanakan kajian dan penyelidikan mengenai jaminan kualiti, penyelidikan serta pemindahan sains dan teknologi dan pembangunan serta latihan, kursus-kursus bagi pengguna-pengguna dalam negara.
  • bertanggungjawab menjalankan penyelidikan secara profesional dan menulis laporan berkualiti, membuat pembentangan dan menerbitkan kertas kerja serta memberi latihan, khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stake holders.

Ciri Calon Pegawai Penyelidik Q41 Kementerian Pertahanan

Antara ciri-ciri yang diperlukan untuk perjawatan ini ialah:
  • Perlu seseorang yang berintegriti dan bertanggungjawab
  • Menjaga kerahsiaan
  • Perlu seorang yang ada kompetensi dan ketelitian
  • Profesionalisme yang tinggi
  • Mampu tanggani percanggahan kepentingan
  • Berdisiplin tinggi
  • Sanggup menghadapi risiko kepada bahan berbahaya dan agen penyakit
  • Boleh menangani tekanan kerja dengan baik

Terlibat dengan Penilaian Psikometrik SPA? Tak tahu nak baca apa? Klik Sini Untuk Rujukan 2023