Info dan Soalan Latihan Psikometrik Penolong Pegawai Latihan Vokasional

Jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional DG29 berada di bawah kumpulan pelaksana dan bertanggungjawab dalam membantu Pegawai Latihan melaksanakan tugas-tugas berkaitan latihan kemahiran vokasional.

Calon yang berkelayakkan akan menjalani ujian Psikometrik untuk menilai samada sesuai dan berkebolehan memikul tanggungjawab yang telah dinyatakan.

Info Psikometrik Penolong Pegawai Vokasional DG29

Soalan Latihan Psikometrik Penolong Pegawai Latihan Vokasional

Bagi memastikan hanya calon yang sesuai menjawat jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional, calon perlu melepasi jumlah markah merit keseluruhan yang ditetapkan dalam ujian Psikometrik SPA.

Adalah sangat penting, calon yang dipanggil untuk menjalani ujian psikometrik mengenal-pasti tugas dan tanggungjawab jawatan, selain memastikan mempunyai ciri-ciri atau trait personaliti yang diperlukan bagi menjawat jawatan yang dipohon.

Ujian Psikometrik akan menguji calon samada mempunyai trait-trait personaliti ini - sesuai atau tidak dengan jawatan.

Antara ciri penting untuk menjawat jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional termasuklah bertanggungjawab, bersedia untuk bekerja secara berpasukan, ada kemahiran menyelia, serta paling penting mempunyai minat dalam mengajar dan memberikan latihan selain mesra kepada persekitaran terutama pelajar.

Deskripsi Huraian Tugas Penolong Pegawai Latihan Vokasional DG29

  1. Melaksanakan tugas-tugas berkaitan latihan kemahiran, mengenal pasti dan menghasilkan produk dan perkhidmatan.
  2. Merancang dan menjalankan aktiviti promosi bagi meningkatkan jualan produk dan perkhidmatan. Menjalankan penyelidikan (R&D) bagi pembangunan latihan kemahiran dan pembangunan produk/ perkhidmatan.
  3. Membantu melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan tugas mengajar, pengendalian latihan vokasional, pengendalian kemudahan latihan, tatacara dan program keselamatan dan kebersihan, pengendalian pelajar dan kemahiran penyeliaan.

Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Latihan Vokasional

Dalam ujian Psikometrik, tiada markah lulus atau gagal diguna-pakai, tetapi calon perlu melepasi tahap penilaian psikometrik yang pastinya berbeza antara jawatan dan gred. Tahap penilaian ini dinilai berdasarkan kepada markah merit yang berjaya dikumpul calon.

Tips Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Latihan Vokasional


Semua soalan mahupun jawapan di dalam ujian psikometrik diberikan pemberat merit yang tertentu. Dengan kata lain, semua jawapan adalah betul, tiada yang salah. Yang membezakannya adalah markah atau nilai pemberat merit.

Keputusan melepasi tahap penilaian bergantung kepada jumlah calon yang akan mengambil ujian ini, selain melihat kepada jumlah kekosongan jawatan yang ada.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik

1. Untuk mempelajari peralatan elektronik baru, saya mencubanya dahulu, kemudian baru membaca manual yang disediakan.

A. Sangat setuju
B. Setuju
C. Tidak pasti
D. Tidak setuju
E. Sangat tidak setuju

2. Walaupun saya tidak mahir dalam sesuatu perkara, saya selalu berkelakuan seperti seorang yang pandai

A. Sangat setuju
B. Setuju
C. Tidak pasti
D. Tidak setuju
E. Sangat tidak setuju

3. Saya tidak berminat terhadap permasalahan yang memerlukan kajian

A. Sangat menggambarkan diri saya
B. Menggambarkan diri saya
C. Agak menggambarkan diri saya 
D. Tidak menggambarkan diri saya
E. Sangat tidak menggambarkan diri saya

4. Saya lebih banyak mendengar dari berkata-kata

A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

5. Dalam membincangkan sesuatu yang serius, saya masih boleh berjenaka

A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

Mahu Lebih Banyak Soalan Latihan Psikometik?

Tim Infokerjaya berpengalaman sejak 2009 membantu ribuan calon melepasi peperiksaan SPA dari dewan peperiksaan sehinggalah ke ujian secara online. Satu-satunya Tim yang menyediakan rujukan yang dikemaskini dan diberikan update PERCUMA selama 3 TAHUN kepada pembeli rujukan!

Untuk calon 2023, ebook rujukan terkini menyediakan lebih 200 soalan latihan, dengan jawapan serta huraian jawapan sesuai dengan format SPA. Malah ada bonus 200 contoh soalan 2022 untuk pakej upgrade!

Untuk menempah, boleh gunakan link disediakan ini - KLIK SINI UNTUK RUJUKAN PSIKOMETRIK TERKINI