50 Contoh Soalan Seksyen A - Pengetahuan Am Exam PTD M41

Seksyen Pengetahuan Am adalah salah satu seksyen utama dalam peperiksaan online dikendalikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia. Setiap jawatan yang memerlukan calon untuk lulus peperiksaan SPA ini, perlu menjawab lebih kurang 40 soalan pengetahuan am.

Seksyen Pengetahuan Am juga terdapat di dalam peperiksaan online untuk perjawatan berprestij perkhidmatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) gred M41. Bahagian ini pastinya mencabar buat calon yang kurang membaca atau kurang mengambil tahu isu semasa dan terkini.

Seksyen Pengetahuan Am Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Contoh Soalan Seksyen Pengetahuan Am Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Seksyen Pengetahuan Am adalah seksyen pertama dalam kertas penilaian dan merupakan seksyen yang mempunyai banyak soalan menguji pengetahuan anda. Kebiasaan format exam PTD M41, anda akan diberikan masa 40 minit untuk menjawab 50 soalan pengetahuan am yang disediakan. Pun begitu, ianya tertakluk kepada perubahan.

Jangan risau. secara umumnya itu adalah format yang digunapakai sehingga tahun ini (2020) seperti yang telah dinyatakan dalam edaran umum SPA. Soalan yang terangkum dalam bahagian ini meliputi skop yang sangat luas dan seringkali berada di luar jangkaan. Ianya menuntut anda mempunyai pengetahuan asas yang luas dan sebenarnya ianya berpaksikan kepada sejauh mana anda peka dengan persekitaran.

Itu adalah satu kriteria sebenarnya yang diuji dalam bahagian ini, bagaimana anda peka dan sensitif kepada isu-isu penting lebih-lebih lagi yang melibatkan isu-isu nasional.

Tetapi melalui analisis yang mendalam, sebenarnya soalan-soalan mencakupi beberapa bahagian yang penting yang menjadi paksi kepada pembahagian soalan-soalan dalam bahagian ini.


Topik Penting Pengetahuan Am Exam Online PTD

Beri perhatian kepada topik-topik di bawah, berkemungkinan besar soalan berkisar kepada topik di bawah.

1. Soalan KHUSUS Berkaitan Jawatan (PENTING!!!)
2. Soalan Berkaitan Struktur Pentadbiran Negeri & Pusat
3. Skop Tugasan Badan dan Penjawatan
4. Isu-isu Nasional
5. Dasar Pentadbiran Negara
6. Tarikh/Sejarah dan Fakta Penting
7. Lain-lain Isu di Luar Skop Penjawatan Anda

Di bawah kami sertakan beberapa contoh soalan Seksyen A - Pengetahuan AM PTD M41 untuk rujukan. Lihat contoh soalan dan cuba jawab sebaik mungkin.

1. Langkah - langkah yang diambil oleh kerajaan dalam memastikan penswastaan tidak memberikan kesan buruk kepada pihak-pihak yang terlibat ialah dengan cara

I. memastikan pihak swasta membayar cukai yang tinggi.
II. mengenakan bayaran tinggi pengambilalihan oleh pihak swasta.
III. mengenakan kawalan terhadap bayaran perkhidmatan yang diberikan.
IV. mengenakan syarat tiada pembuangan kerja untuk satu tempoh terhadap entiti yang diswastakan.

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I, III dan IV

2. Objektif persidangan dwi tahunan Persidangan Commonwealth Association for Public Administration and Management (CAPAM) 2014 adalah seperti berikut kecuali:

A. Mengupas isu-isu berkaitan pengurusan dan pentadbiran awam dalam kalangan negara anggota.
B. Platform untuk mengukuhkan jalinan kerjasama dan hubungan dalam bidang pentadbiran awam dan pengurusan.
C. Wacana perkongsian pengalaman dalam kalangan para peserta dari pelbagai latar belakang agama, bangsa dan negara.
D. Platform untuk berkongsi dan bertukar pandangan mengenai inisiatif dan program transformasi perkhidmatan awam Malaysia di dalam merealisasikan agenda transformasi negara.

3. Tapak Warisan Dunia kategori Tapak Semula Jadi yang diiktiraf oleh UNESCO ialah

I. Taman Negara Mulu.
II. Taman Negara Pahang.
III. Taman Negara Kinabalu.
IV. Taman Negara Kelantan.

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV

4. Belanjawan Negara Malaysia mempunyai dua komponen utama hasil dan perbelanjaan negara. Kesemua di bawah adalah merupakan kategori bagi perbelanjaan negara kecuali

A. Perbelanjaan perbekalan.
B. Perbelanjaan tanggungan.
C. Perbelanjaan pembangunan.
D. Perbelanjaan jangka pendek.

Klik Sini Rujukan PSEE PTD M41

5. Pernyataan yang tidak benar mengenai Dewan Negara ialah

A. Setiap ahli mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara.
B. Setiap ahli mewakili kawasan Parlimen yang dimenangi semasa pilihan raya.
C. Tugas Dewan Negara ialah membahas dan meluluskan Rang Undang-Undang.
D. Kedudukan ahli Dewan Negara tidak berubah secara automatik dengan pembubaran Parlimen.

I. Taman Negara Mulu.
II. Taman Negara Pahang.
III. Taman Negara Kinabalu.
IV. Taman Negara Kelantan.

6. Setiap teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) adalah diketuai oleh seorang ketua yang akan melaporkan pencapaian kepada YAB Perdana Menteri. Ketua yang dilantik untuk setiap teras ialah

A. Menteri.
B. Ahli Parlimen.
C. Ketua Pengarah Jabatan.
D. Ketua Setiausaha Kementerian.

7. Di bawah RMK-10, Malaysia disasarkan beralih kepada ekonomi berpendapatan tinggi. Apakah sumber paling penting yang perlu diberi perhatian bagi membolehkan sasaran tersebut dicapai?

A. Sumber kewangan
B. Pelaburan Swasta
C. Teknologi tinggi
D. Modal Insan

8. Berdasarkan padanan di bawah, yang manakah benar tentang jawatan dan pihak berkuasa melantik?

I. Setiausaha Politik: Jemaah Menteri
II. Pengerusi KWSP: Menteri Kewangan
III. Pegawai Undang-Undang: Ketua Setiausaha Negara
IV. Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia: Yang di-pertuan Agong

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV

9. Kerajaan telah menubuhkan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) untuk mempercepatkan proses pelaksanaan projek-projek di bawah Dasar Penswastaan Negara. Unit tersebut dikawal selia di bawah

A. Kementerian Kewangan.
B. Kementerian Kerja Raya.
C. Jabatan Perdana Menteri.
D. Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

10. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar berkenaan bentuk penswastaan yang telah dijalankan oleh Kerajaan melalui Dasar Penswastaan?

A. Pajakan – Kerajaan menyewakan aset kepada pihak swasta.
B. Penjualan Ekuiti - Kerajann menjual pegangan dalam entiti yang diswastakan.
C. Bina-Kendiri – Kerajaan membina aset/ kemudahan yang hendak diswastakan dan menyerahkan aset tersebut kepada pihak swasta.
D. Bina-Kendiri-Pindah – Sektor swasta membina aset/ kemudahan yang dikendalikan oleh Kerajaan dan kemudiannya dipindah milik semula kepada sektor swasta.

11. Matlamat “Order Baru Ekonomi Dunia” bertujuan untuk

A. memberi bantuan teknologi dan pemindahan teknologi.
B. memberi pinjaman kepada negara - negara membangun.
C. membetulkan ketidaksamaan dalam struktur ekonomi antarabangsa yang sedia ada.
D. meningkatkan bantuan kewangan negara – negara perindustrian kepada negara – negara Dunia Ketiga.

12. Pihak manakah yang melindungi penyimpan daripada kehilangan sebahagian atau kesemua deposit di bank- bank Malaysia?

A. Bursa Malaysia
B. Bank Negara Malaysia
C. Kementerian Kewangan Malaysia
D. Perbadanan Insurans Deposit Malaysia

13. Fokus utama bidang pembangunan Bio-teknologi negara ialah

I. pertanian
II. industry
III. kosmetik
IV. penjagaan kesihatan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. I, III dan IV

14. Keahlian seseorang anggota Dewan Rakyat dianggap sebagai terhenti apabila

A. mengeluarkan perkataan yang boleh menjejaskan perpaduan kaum.
B. gagal memmatuhi arahan YDP Dewan Rakyat dalam aturan mesyuarat.
C. diarah oleh YDP Dewan Rakyat supaya keluar dari dewan semasa persidangan.
D. tidak hadir dalam persidangan Dewan Rakyat selama 6 bulan secara berterusan tanpa keizinan YDP Dewan Rakyat.

15. Pentadbiran Tanah Negeri dan Daerah bertanggungjawab dalam aktiviti berikut kecuali

A. Mengutip cukai pintu
B. Mendaftarkan hak milik strata
C. Memproses permohonan menggadai tanah
D. Memproses permohonan memecah sempadan




16. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia ditandatangani oleh wakil-wakil Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Wakil - wakil daripada Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada

I. Goh Keng Swee
II. V. T Sambanthan
III. Tunku Abdul Rahman
IV. Datu Mustapha Bin Datu Harun

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

17. Sistem telekomunikasi merupakan rangkaian dan jambatan yang menyambungkan semua sistem komputer serta sistem telekomunikasi di seluruh dunia. Ia merupakan kombinasi beberapa teknologi berikut kecuali

A. Protokol/ Seni bina Telekomunikasi (OSI).
B. Teknologi Telekomunikasi/ Rangkaian (SMS).
C. Teknologi Media Penghantaran (Gentian Optik).
D. Perisian Bebas/ Sumber Terbuka (Open Office).

18. Penerima pingat yang dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara akan membawa gelaran

A. Tun
B. Datuk
C. Tan Sri
D. Dato’ Seri

19. Tanggungjawab bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri ialah

I. kebajikan masyarakat
II. perparitan dan pengairan
III. perdagangan dan perusahaan
IV. perancangan kampung dan Bandar

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I, II dan IV

20. Semua hasil cukai pintu dan cukai hiburan di sesebuah negeri terletak di bawah bidang kuasa

A. Kerajaan Negeri
B. Kerajaan Tempatan
C. Kerajaan Persekutuan
D. Jabatan Hasil Dalam Negeri

21. Diperkenalkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada tahun 2009 dan menggariskan dua objektif utama iaitu menjadikan kerajaan lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan memacu Malaysia ke arah masyarakat yang maju. Pernyataan ini adalah merujuk kepada

A. 1 Malaysia
B. Model Ekonomi Baru
C. Rancangan Malaysia Ke-10
D. Program Transformasi Kerajaan

22. Manakah antara yang berikut dikategorikan sebagai jawatan dalam Perkhidmatan Awam?

I. Ketua Menteri
II. Ketua Hakim Negara
III. Ketua Setiausaha Negara
IV. Ketua Setiausaha Kementerian

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

23. Agensi yang diberi tanggungjawab untuk meningkatkan dan membantu usaha pertumbuhan serta perkembangan perdagangan luar Malaysia, terutama eksport barangan yang mempunyai nilai tambah dan perkhidmatan ialah

A. MITI
B. MIDA
C. MIDF
D. MATRADE

24. Objektif pelan Integriti Nasional (PIN) adalah sebagai garis panduan

A. mengenai etika kerja kepada semua kakitangan kerajaan.
B. mengenai pembentukan masyarakat yang kukuh moral dan etikanya.
C. untuk anggota swasta yang beum mempunyai pelan etika kerja yang selaras.
D. untuk meyelaraskan etika kerja semua kakitangan awamdan swasta ke arah pembentukan kakitangan yang berdisiplin dan beretika.

25. Manakah antara yang berikut termasuk di dalam 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)?

A. Minyak, gas dan tenaga serta minyak sawit
B. Perhutanan, perikanan dan Industri Kecil Sederhana
C. Perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan perniagaan
D. Elektronik dan elektrik, kandungan dan infrastruktur komunikasi serta Greater Kuala Lumpur

26. Negara yang tidak membuat tuntutan terhadap Kepulauan Spratly ialah

A. China
B. Vietnam
C. Cambodia
D. Brunei Darussalam

27. Padanan kenyataan yang manakah tidak benar tentang pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri seperti dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan?

A. Kerajaan Negeri: Agama Islam, pertanian dan Kerajaan Tempatan.
B. Kerajaan Negeri: Bekalan air, penyu dan penangkapan ikan di sungai.
C. Kerajaan Persekutuan: Kewangan, pertahanan, tanah dan perhutanan.
D. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri: Kebajikan masyarakat dan ternakan haiwan.

28. Perlembagaan Malaysia memberi perlindungan seperti berikut kecuali

A. Kedudukan istimewa orang Melayu.
B. Hak bebas semua rakyat melawat mana - mana negara lain.
C. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
D. hak yang sama rata bagi semua rakyat di sisi undang – undang.

29. Free Trade atau perdagangan bebas merupakan

I. perdagangan antarabangsa yang tidak tertakluk kepada campur tangan kerajaan atau peraturan sebagai contohnya ialah pengenaan sebarang duti.
II. perkongsian dagangan yang bertujuan membangunkan pengeluar – pengeluar di tahap sederhana dan mundur.
III. perdagangan antara negara – negara tanpa adanya halangan seperti tarif dan kuota.
IV. perdagangan berasaskan kepada ideologi neo-liberalisme.

A. III dan IV
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV




30. Prinsip – prinsip asas Dasar Luar Malaysia ialah

i. kewujudan bersama secara harmoni.
ii. kesamaan kedaulatan dan perasaan saling menghormati terhadap keutuhan wilayah.
iii. menyelesaikan pertelingkahan secara aman serta manfaat bersama dalam hubungan.
iv. mencampuri urusan dalaman negara luar terutamanya dalam konteks hubungan serantau.

A. I dan II
B. III dan IV
C. I, II dan III
D. II, III dan IV

31. Apakah industri yang dimaksudkan berasaskan Bukan Sumber?

A. Farmaseutikal
B. Berasaskan kayu
C. Berasaskan getah
D. Eletrik dan eletronik

32. Microsoft Office dan Open Office merupakan perisian pejabat yang digunakan untuk memudahkan sesuatu kerja. Manakah merupakan padanan yang betul?

I. Microsoft Excel – BASE
II. Microsoft Access – CALC
III. Microsoft Word – WRITER
IV. Microsoft Power Point – IMPRESS

A. I dan III
B. II dan III
C. III dan IV
D. I, II dan IV

33. Berikut ialah agensi yang terdapat dalam Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu, kecuali

A. Food Aid Organization (FAO)
B. International Labour Organization (ILO)
C. North Atlantic Treaty Organization (NATO)
D. International Civil Aviation Organization (ICAO)

34. Greater KL merupakan kluster pertumbuhan ekonomi yang penting serta menyumbang lapan kali ganda KDNK berbanding bandar lain di Malaysia. Berikut adalah program yang bakal dilaksanakan sepanjang tempoh RMK-10 kecuali

A. membangunkan Sime Darby Vision Valfey
B. mewujudkan rangkaian ruang awam terbuka
C. meningkatkan akses kepada pasaran antarabangsa
D. mewujudkan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur

35. Seni Khat ialah seni yang dikaitkan dengan

A. Seni lukis yang berlatarbelakang kesenian Islam.
B. Seni dan budaya Islam yang menggunakan tulisan Arab.
C. Seni bina bangunan yang berlatarbelakangkan kesenian Islam.
D. Seni lukis yang menggunakan alat tulis khat yang diperbuat daripada daun lontar.

36. Apakah matlamat penubuhan ASEAN Free Trade Area (AFTA)?

A. Menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan kerjasama ekonomi antara negara ASEAN.
B. Menyemai konsep memakmurkan jiran sesuai dengan semangat kerjasama ekonomi antara negara ASEAN.
C. Menghapuskan birokrasi pentadbiran berkaitan urusan import dan eksport barangan negara – negara ASEAN.
D. Membantu negara – negara ASEAN memantapkan seumber pendapatan eksport melalui kerjasama antara sektor swasta.

37. Gempa bumi dan tsunami telah berlaku di negara Jepun pada 11 hb Mac 2011 yang mengakibatkan kebocoran loji nuklear. Di manakah letaknya loji nuklear tersebut?

A. Chiba
B. Kyoto
C. Takashi Kurita
D. Fukushima Daiichi

38. Selepas kapal angkasa yang membawa Angkasawan Negara meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), di manakah kapal tersebut telah mendarat?

A. Moscow, Rusia
B. Arkyik, Kazakhstan
C. Astana, Kazakhstan
D. Baikonour, Kazakhstan

39. Salah satu aspek yang ditekankan oleh Inisiatif Pembaharuan Strategik dalam Model Baru Ekonomi adalah

A) Mengukuhkan sektor awam
B) Menyatukan semua rakyat
C) Membina infrastruktur bertaraf dunia
D) Menjadikan rakyat lebih kaya dan berpelajaran

40) Manakah antara berikut merupakan empat tonggak asas yang telah dilancarkan dalam Dasar Teknologi Hijau Negara?

I. Tenaga
II. Ekonomi
III. Alam sekitar
IV. Sains dan Teknologi

A. I dan II
B. I, II dan III
C. I, II dan IV
D. I, III dan IV

41. Malaysia menyokong Pergerakan Negara – negara berkecuali untuk

I. mendaulatkan keutuhan wilayah sesebuah negara.
II. menyelesaikan pertelingkahan antarabangsa secara perundingan.
III. meningkatkan kerjasama ekonomi dua hala dengan negara – negara maju.
IV. mengelakkan campur tangan negara maju dalam hal ehwal negara – negara lain.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

42. Objektif Program Transformasi Kerajaan (GTP) adalah untuk

I. mengamalkan budaya 1 Malaysia ke arah kehidupan yang lebih harmoni.
II. bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat.
III. memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju dan bersatu padu
IV. mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan.

A) I, II dan III
B) I, II dan IV
C) I, III dan IV
D) II, III dan IV

43. Defisit perdagangan sering menjadi perbincangan ahli ekonomi. Imbangan perdagangan sesebuah negara dikira dengan kaedah

A. Jumlah pendapatan negara ditolak perbelanjaan negara.
B. Pendapatan negara ditolak perbelanjaan syarikat – syarikat tempatan.
C. Jumlah pendapatan eksport negara ditolak jumlah perbelanjaan import.
D. Pendapatan eksport perkhidmatan ditolak pendapatan import perkhidmatan.

44. Kerajaan Negeri bertanggungjawab kepada perkara – perkara berikut kecuali

A. Permit dan lesen cari gali perlombongan.
B. Pengambilan tanah secara paksa.
C. Kebajikan orang asli.
D. Hutan

45. Badan Kehakiman tertinggi di Malaysia ialah

A. Mahkamah Tinggi
B. Mahkamah Sesyen
C. Mahkamah Rayuan
D. Mahkamah Persekutuan

46. Pernyataan berikut adalah benar mengenai liabiliti, kecuali

A. Liabiliti bukan semasa ialah pinjaman kepada pekerja.
B. Liabiliti semasa ialah overdraf bank dan hasil terdahulu.
C. Liabiliti ialah hutang pihak perniagaan kepada pihak luar.
D. Liabiliti terbahagi kepada liabiliti semasa dan liabiliti bukan semasa

47. Dasar Kependudukan Malaysia mempunyai tujuan ke arah

I. membantu dari segi politik dan pertahanan.
II. penyediaan untuk menampung penduduk seramai 70 juta orang.
III. penyediaan tenaga kerja yang mencukupi untuk pembangunan negara.
IV. memastikan pertumbuhan penduduk sejajar dengan pertumbuhan ekonomi.

A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan III
D. I, III dan IV

48. ASEAN mengamalkan ZOPHAN yang membawa singkatan nama bagi

A. Kawasan perdagangan bebas
B. Kawasan perairan antarabangsa
C. Kawasan negara – negara berkecuali
D. Kawasan aman, bebas dan berkecuali

49. Status kerajaan tempatan bertaraf bandar raya dianugerahkan oleh

A. Menteri Besar
B. Perdana Menteri
C. Yang di-Pertuan Agong
D. Majlis Kerajaan Tempatan

50. Antara berikut yang manakah merupakan undang – undang tidak bertulis di Malaysia?

I. Adat resam
II. Undang – undang Inggeris
III. Keputusan – keputusan mahkamah
IV. Undang – undang Kecil Kerajaan Tempatan

A. I dan II
B. II dan III
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

[Baca Juga] 40 Set Soalan Seksyen B - Daya Menyelesaian Masalah Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

==

Boleh anda memberikan jawapan kepada semua soalan pengetahuan am PTD M41?

Jika anda tidak melakukan persediaan dan tanpa nota padat untuk panduan serta rujukan, memang agak sukar untuk menjawab. Apatah lagi anda perlu menjawab dalam tempoh yang ditetapkan. Anda perlukan panduan menjawab pantas selain rujukan terkini untuk peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik sesi OGOS 2020.

Nak lulus, kena buat persediaan seawal mungkin.


Andai anda mahu mendapatkan rujukan, pihak kami mengesyorkan untuk mendapatkan pakej rujukan PTD 2020 yang disediakan di bawah oleh Tim Infokerjaya. Rujukan ini telah dikemaskini dengan 90+ nota ringkas terbaru termasuk nota-nota Matematik.

Anda boleh membuat tempahan kepada beberapa pakej disediakan mengikut kemampuan anda. Tiada paksaan di situ. Namun, untuk lebih yakin ... dapatkan pakej penuh kerana semua kemaskini selepas ini akan diberikan secara percuma kepada anda.

Pakej rujukan adalah dalam bentuk ebook (pdf). Ia akan dihantar terus ke email anda sebaik sahaja pengesahan tempahan dibuat. Anda tidak perlu menunggu lama.

Pakej Rujukan + Nota Padat + Contoh Soalan + Jawapan

Rujukan 2021 PSEE Pegawai Tadbir Diplomatik M41


Kandungan ebook ni lebih kepada nota dan tips persediaan. Soalan dan jawapan soalan cuma salah satu komponen dari ebook tu. Jadi, ia satu pakej rujukan lengkap.

Berminat? Boleh terus ke laman ini - [+] https://affiliates.jvsecurepay.com/go/ptd-m41/2624

Tempahan telah dibuka. Namun, ianya adalah terhad dan akan ditutup sehari sebelum peperiksaan online sebenar. Gunakan peluang ini untuk menelaah dengan lebih baik.

Pakej rujukan ini lengkap dengan nota, contoh soalan, persamaan matematik, penerangan pecahan seksyen dan banyak lagi.

Semoga bermanfaat.