Langkau ke kandungan utama

10 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah PSEE PTD

Rujukan Contoh Soalan Psikometrik 2023
Latih-tubi contoh soalan Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah untuk Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE). Jika anda terbabit dengan PSEE dikendalikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), salah satu cara untuk memastikan anda tidak 'sesat' atau gugup semasa menjawab soalan peperiksaan adalah dengan membuat latihan latih-tubi.

Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah akan melibatkan penilaian berbentuk soalan matematik dan juga logik. Ramai calon gagal kerana mengambil masa terlalu lama untuk menjawab seksyen ini.

Contoh Soalan Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah PSEE PTD M41



Rujukan Contoh Soalan PSEE PTD M41

Untuk membantu calon yang bakal menghadapi peperiksaan online untuk Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), kami sediakan beberapa contoh soalan sebagai panduan dan bantuan melakukan latih-tubi.

Untuk rujukan yang lebih baik, lengkap serta contoh-contoh soalan yang lain (lengkap jawapan), bolehlah dapatkan pakej rujukan disediakan oleh Tim Infokerjaya.

Jom lakukan dan jawab beberapa contoh soalan PTD di bawah ini.

1. Sebalang gula-gula berharga RM35.50. Diskaun harga sebanyak 15 peratus akan diberikan untuk setiap pembelian 3 balang gula-gula tersebut. Raju membeli 5 balang gula-gula tersebut. Berapakah harga yang harus dibayarnya?

A) RM90.50
B) RM150.90
C) RM161.50
D) RM171.50

2. Terdapat 85 biji belon yang sama saiz berisi air mempunyai jumlah berat purata sebiji 1.45kg. Selepas beberapa ketika 1/5 biji belon tersebut telah pecah. Berapakah jumlah berat belon berisi air yang belum pecah?

A) 24.6kg
B) 98.6kg
C) 100.1kg
D) 101.5kg



3. Zali mempunyai wang sebanyak RM2,350. Ramli pula mempunyai wang kurang RM120 daripada Zali. Manakala Asri pula mempunyai wang lebih RM235 daripada Ramli. Berapakah jumlah wang mereka?

A) RM7,045
B) RM6,575
C) RM6,475
D) RM2,705

4. Di dalam sebuah kotak terdapat 1,120 bji gula-gula dan diagihkan sama banyak kepada 4 kumpulan pelajar. Kemudian, setiap kumpulan mendermakan 3/5 daripada bilangan diperolehi. Berapakah jumlah kesemua gula-gula yang masih ada pada setiap kumpulan?

A) 103
B) 112
C) 168
D) 169

Rujukan Cth Soalan PTD

5. 3 buah baldi yang setiap sebuah mengandungi 4.5 liter air. 4/7 bahaguan air tersebut digunakan untuk menyiram pokok bunga. Berapakah jumlah keseluruhan isipadu air yang tinggal di dalam baldi tersebut? (Bundarkan jawapan kepada nombor bulat)

A) 3,857ml
B) 5,786ml
C) 7,114ml
D) 7,714ml

6. Kotak P, Q dan R mengandungi 380, 450 dan 530 biji guli. Setiap kotak mengandungi 1/10 guli berwarna kuning, 3/10 berwarna hijau. Berapakah jumlah guli yang selebihnya?

A) 136
B) 160
C) 816
D) 952

7. Harga asal bola yang dijual di sebuah kedai ialah RM78.90 sebiji. Zali membeli 65 biji bola dengan potongan harga 15% manakala 320 biji bola lagi dibeli dengan potongan harga 5%. Berapakah jumlah harga pembelian bola tersebut? (Bundarkan kepada ringgit terhampir)

A) RM25,820
B) RM28,345
C) RM28,858
D) RM30,377
 

8. 10 bungkusan gula-gula diagihkan sama banyak kepada 5 orang kanak-kanak. terdapat 30 biji gula-gula di dalam satu bungkusan. Berapakah bilangan gula-gula diperolehi oleh seorang kanak-kanak tersebut?

A) 20
B) 40
C) 60
D) 90
 

9.18 buah bekas mengandungi campuran guli hijau, putih dan kuning yang berjumlah 95 biji bagi setiap bekas. 40% daripada jumlah keseluruhan guli tersebut berwarna kuning dan 30% berwarna hijau. Berapakah bilangan guli berwara putih?

A) 513
B) 684
C) 855
D) 1,197

10. Sebuah syarikat diamanahkan untuk mencetak sebanyak 5025 naskah Risalah Dakwah, 4150 Risalah Wakaf dan 3815 Risalah Maahad Tahfiz dalam masa sebulan. Purata masa untuk mencetak senaskah risalah ialah 25 saat. Berapa lamakah masa yang diperlukan bagi mencetak kesemua risalah tersebut?

A) 90 jam 2 minit 50 saat
B) 90 jam 12 minit 30 saat
C) 90 jam 30 minit 12 saat
D) 90 jam 50 minit 2 saat




Nak tahu apa rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan? Muat-turun Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan sekarang di sini - [Klik Sini untuk Dapatkannya]

Cara Nak Setel Hutang PTPTN secara Percuma! Nak Tahu? - [Klik Sini untuk Dapatkannya]


Klik Sini Untuk Dapatkan Rujukan Terkini Psikometrik SPA

Catatan popular daripada blog ini

6 Kerja Gaji RM10000 Sebulan untuk Lepasan Sijil, Diploma dan juga Ijazah

Nak tak kami dedahkan bagaimana nak dapat gaji sehingga RM10K sebulan ? Tidak dinafikan masih ramai lepasan sijil, diploma serta ijazah yang menganggur dan tidak mendapat sebarang kerja. Kerja dan jawatan kosong diiklankan pula mempunyai kekosongan yang terhad. Persaingan memang cukup besar dan semakin sukar buat mereka yang langsung tiada pengalaman dalam pekerjaan. Namun, rezeki itu ada di mana-mana. Yang penting adalah keinginan untuk berusaha dan mempergunakan peluang yang ada - walaupun sebelum ini tidak pernah tahu dan mencuba. Enam Peluang Bekerja Dengan Gaji RM10000 Sebulan Untuk Lepasan Sijil, Diploma atau Ijazah Apakata, kami sediakan senarai kerja yang boleh anda lakukan yang mampu menghasilkan 'gaji' sehingga RM10,000 sebulan. Tak kira apa jua tahap pendidikan anda, samada lepasan sijil, diploma atau ijazah, dengan tips dan peluang di bawah ini, anda mampu untuk hasilkan gaji sendiri sehingga RM10K sebulan! Peluang kerjaya makan gaji menerusi Suruhanjaya Pe

Awas - Perangkap Soalan Ujian Psikometrik!

Ramai calon kemasukan kerja kerajaan dipanggil untuk hadapi peperiksaan khas Ujian Psikometrik .Ujian ini telah menjadi ujian wajib untuk ke peringkat seterusnya dalam permohonan kerja dalam sektor perkhidmatan awam. Jika sebelum ini, Ujian Psikometrik menjadi sebahagian daripada seksyen peperiksaan online SPA , tetapi kini ujian ini telah diasingkan dan menjadi ujian pertama untuk calon-calon kemasukan kerja kerajaan perlu lulus. Rujukan Ujian Psikometrik - Awas Dengan Perangkap Soalan Ujian Psikometrik telah menjadi ujian wajib dalam pengambilan banyak jawatan dalam perkhidmatan awam, antaranya jawatan Gred 41, jawatan Gred 19, jawatan Gred 29 malah ia turut menjadi sebahagian ujian untuk Pegawai Tadbir Negeri N41 dan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Pihak SPA yang bertanggungjawab mengendalikan peperiksaan dan ujian ini serius dalam menapis calon-calon yang benar-benar layak, paling penting boleh memberikan perkhidmatan terbaik pada setiap situasi. Ujian Psikometrik diadak

Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik

Bagaimana cara nak lulus Ujian Psikometrik kemasukan perkhidmatan awam? Ramai calon yang mencari tips dan panduan untuk mengetahui cara nak lulus dalam ujian Psikometrik dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ujian Psikometrik adalah ujian wajib lulus bagi kebanyakkan gred jawatan kerja kerajaan. Dulunya, ujian ini lebih dikenali sebagai seksyen Sahsiah dan Minat dalam peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam. Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik Kemasukan Kerja Kerajaan Sejak pentadbiran negara bertukar, beberapa polisi pengambilan perjawatan dalam sektor awam telah dinilai dan dikemaskini mengikut keperluan dan kehendak semasa. Ini termasuklah ujian Psikometrik yang sebelum ini dijalankan sebagai salah satu seksyen peperiksaan online SPA. Ujian ini kini diasingkan, malah calon perlu menjawab ujian ini di laman web khas ujian ini. Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap calon, integriti calon, kompetensi calon

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Gred 41

Penilaian Ujian Psikometrik adalah merupakan salah satu keperluan wajib untuk memasuki Perkhidmatan Awam Malaysia. Calon yang terpilih dan dipanggil untuk menjalani ujian ini adalah WAJIB LULUS sebelum ke peringkat seterusnya. Biasanya, ujian ini akan dilaksanakan setelah calon terpilih melepasi peringkat Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) iaitu Ujian Aptitud dengan baik. Ujian ini merupakan peringkat saringan calon bagi menilai kesesuaian calon terhadap jawatan yang dipilih/dipohon. Ujian ini merupakan salah satu dari kaedah penilaian yang holistik bagi tujuan menilai aspek sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon untuk menentukan kesesuaian individu bagi tujuan lantikan sesuatu jawatan selain daripada PSEE dan juga temuduga. Ujian Psikometrik untuk Jawatan Gred 41 Calon yang terpilih untuk Ujian Psikometrik bagi jawatan Gred 41 adalah wajib lulus dan perlu melepasti markah merit yang telah ditentukan. Markah merit untuk penentu

Ujian Psikometrik Pustakawan S41

Tak tahu nak baca apa untuk UJIAN PSIKOMETRIK jawatan PUSTAKAWAN GRED S41 PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA ? Ok, jangan gusar, usah kalut... kami ada sediakan rujukan untuk anda buat persediaan yang perlu bagi menghadapi Ujian Psikometrik ini. Ujian Psikometrik adalah ujian kendiri yang memerlukan anda bersikap jujur dan konsisten dengan setiap jawapan bagi setiap soalan penilaian yang diberikan. Ia adalah penilaian berkaitan dengan kebolehan, sikap, respon, pendapat dan seumpamanya yang dinilai sesuai untuk jawatan yang dipohon. Rujukan Persediaan Ujian Psikometrik Pustakawan S41 Ujian ini secara amnya tidaklah sukar kerana ia tidak melibatkan rumus matematik atau soalan penyelesaian masalah yang biasanya terdapat dalam PSEE SPA . Juga tiada soalan pengetahuan am khusus yang akan ditanya. Cuma, anda perlu suka sedikit pengetahuan 'common sense' yang berkaitan, terutama saling kait kehidupan dengan kerjaya yang dipohon. Misalnya, dalam kehidupan seharian, anda seorang yang c