Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Psikologi Gred S29

Jawatan Penolong Pegawai Psikologi, secara ringkasnya bertanggungjawab membantu pelaksanaan program-program psikologi/kaunseling kepada klien terutama untuk kalangan penjawat awam Perkhidmatan Awam Malaysia.

Malah, tugasan seorang Penolong Pegawai Psikologi turut melibatkan institusi luar serta masyarakat setempat. Dan untuk gred jawatan yang lebih tinggi, tanggungjawab diperluas sehingga membabitkan pembabitan NGO dan organisasi antarabangsa.

Skop dan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Psikologi S29

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Psikologi

Bagi mereka yang bercita-cita menjawat jawatan ini, perlu ada pengetahuan mengenai psikologi dan kaunseling, selain berkemahiran dalam menguruskan pelaksanaan program-program psikologi/ kaunseling. 

Penolong Pegawai Psikologi juga perlu mempunyai pengetahuan dalam menyediakan laporan keberkesanan pelaksanaan sesuatu program dan mampu mengendalikan ujian psikologi.

Skop tugasan seorang Penolong Pegawai Psikologi gred S29 termasuklah:
  1. Membantu dalam menyediakan khidmat rundingan dan konsultasi.
  2. Membantu melaksanakan program pembangunan, pencegahan dan pemulihan klien.
  3. Membantu kaunselor menyediakan program bagi mempertingkatkan kompetensi dan profesionalisme Penolong Pegawai Psikologi.
  4. Membantu melaksanakan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran berkaitan dengan perkhidmatan psikologi dan kaunseling di kementerian/ jabatan. 
  5. Membantu dalam menyediakan laporan program-program psikologi dan kaunseling di kementerian/ jabatan. 
  6. Membantu menguruskan dan menyimpan semua fail dan rekodklien yang dikategorikan sebagai sulit seperti laporan sesi kaunseling untuk tindakan susulan dan statistik. 
  7. Membantu melaksanakan sistem pemantauan maklumat pegawai (SISPEMA) di kementerian/ jabatan. 
  8. Membantu memperkenalkan dan mempromosi perkhidmatan psikologi dan kaunseling kepada semua warga kementerian/ jabatan melalui penyediaan.

Nak tahu rahsia lulus temuduga kerja kerajaan? Guna pakej rujukan ini - Pakej Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan edisi 2023, ia dah bantu puluhan ribu calon sebelum ini. Rujukan terbaik dalam bentuk pdf dari Tim Infokerjaya sejak 2009 lagi!

Sifat-Sifat Bersesuaian Dengan Jawatan

Melihat kepada skop tugasan, jawatan ini memerlukan seseorang yang berkemahiran mengenalpasti masalah individu atau organisasi dan ini sekaligus memerlukan seseorang yang ada kemahiran komunikasi dan hubungan interpersonal yang baik.
  • Berpengetahuan kendiri.
  • Berpengetahuan luas dan berfikiran terbuka. 
  • Berkeperibadian dan berkeyakinan yang tinggi. 
  • Pendengar yang baik, sabar, mesra, prihatin, peka, jujur dan ikhlas.