Langkau ke kandungan utama

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 - Rekod Kesihatan (KKM)

Rujukan Contoh Soalan Psikometrik 2023
Anda cari contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Kesihatan) KKM? Anda beruntung, anda berada di blog yang akan bantu anda memberikan contoh-contoh soalan ini. Jika anda nak lulus di dalam peperiksaan Pegawai Tadbir ini, pastikan anda baca sehingga habis.

Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) untuk Pegawai Tadbir N41. Satu peperiksaan khas untuk jawatan ini akan dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), dijadualkan pada 22 Disember 2020. Ia adalah untuk mengisi kekosongan di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Panduan Hadapi Peperiksaan Online Pegawai Tadbir N41

Rujukan Contoh Soalan PSEE Pegawai Tadbir N41 - Rekod Perubatan

Peperiksaan Online untuk Pegawai Tadbir Gred N41
kali ini adalah untuk memenuhi keperluan di Bahagian Rekod Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia menjadi satu perjawatan yang penting memandangkan negara sedang dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Sepertimana pengambilan baharu untuk jawatan lain menerusi SPA, satu peperiksaan online dijalankan dalam proses untuk menyaring calon yang benar-benar berkelayakan dengan jawatan ini.

Mungkin anda dah sedia maklum bahawa jawatan Pegawai Tadbir Gred N41 adalah jawatan yang popular selain dari Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Ia merupakan antara jawatan dalam kerja kerajaan yang ramai dipohon oleh para graduan lepasan ijazah.

Untuk info, PSEE untuk Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) adalah pertama kali diadakan.

Sekilas Lalu Jawatan Pegawai Tadbir N41 - Rekod Perubatan

Jabatan/Unit Rekod Perubatan telah diwujudkan pada tahun 1985 di hospital kerajaan dengan kumpulan perintis pertama terdiri daripada Pembantu Perubatan Gred C9 yang ditawarkan jawatan Penolong Pegawai Rekod Perubatan B11.

Pada tahun 1986, jawatan tersebut telah ditawarkan kepada pegawai berkelulusan diploma dan Sijil Tinggi Pelajaran dan kemudiannya diletakkan di bawah skim Penolong Pegawai Rekod Perubatan Gred B11. Kini, secara umumnya kelayakan yang diperlukan bagi perjawatan ini adalah diploma dan ijazah sarjana muda.

Skim ini telah diklasifikasikan sebagai perkhidmatan tertutup oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan gelaran jawatan Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) Gred N6 apabila Sistem Saraan Baru (SSB) dilaksanakan. Jawatan Pengurusan & Profesional iaitu Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N41 diwujudkan pada tahun 2005.

Daripada info di atas, anda perlu sedia maklum bahawa keperluan jawatan tersebut pada tahun ini adalah mendesak disebabkan wabak Covid-19. Jadi, ia adalah peluang untuk anda bagi membolehkan anda memasuki perkhidmatan awam, dengan syarat anda LULUS PSEE dan seterusnya ke peringkat temuduga N41.

Info PSEE Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan)

PSEE Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) pada Disember 2020 akan membabitkan 3 seksyen utama iaitu:

Seksyen A - Pengetahuan Am
Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C - Kefahaman Bahasa Inggeris

Calon perlu menjawab semua soalan di dalam setiap seksyen dalam tempoh masa ditetapkan. Buat calon yang pertama kali mengambil PSEE untuk jawatan Pegawai Tadbir N41 - Rekod Perubatan, pasti akan hadapi masalah memandangkan tiada rujukan khusus pernah diterbitkan oleh mana-mana pihak sebelum ini.

Untuk hadapi PSEE ini, calon perlu buat persediaan. Calon perlu faham format soalan serta kepelbagaian bentuk soalan dalam setiap seksyen. Gagal memahami, ia pasti akan menyulitkan ketika peperiksaan sebenar diadakan.

Skop Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Gred N41

Soalan peperiksaan SPA yang bakal ditanya pastinya berkaitan dengan jawatan Pegawai Tadbir N41 itu sendiri. Di antaranya ialah:

  • Skop tugas dan tanggung jawab Pegawai Tadbir N41
  • Dasar-dasar awam berkaitan dengan pengurusan organisasi dan sumber tenaga manusia
  • Perancangan dan pentadbiran sosial
  • Ekonomi
  • Pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah
  • Hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara
  • Sumber kewangan
  • Pengurusan teknologi maklumat

Jadi, bagaimana dengan bentuk dan jenis soalan PSEE Pegawai Tadbir N41 untuk Rekod Perubatan di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia?

Melihat kepada jawatan, pastinya akan ada soalan-soalan terutama seksyen Pengetahuan Am yang menumpukan kepada Kementerian Kesihatan. Pastinya, soalan seperti pengurusan rekod akan ditanya di seksyen ini.

Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah juga akan menyulitkan jika calon tidak mempunyai rujukan khusus berkaitan rumus dan formula matematik, kerana rata-rata soalan di seksyen ini akan menyenaraikan soalan-soalan penyelesaian masalah matematik.

Memadangkan jawatan ini berkaitan dengan pengurusan rekod, pastinya akan ada soalan berkaitan statistik yang sering digunakan untuk pelaporan rekod kesihatan.

Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris akan membuat penilaian berkaitan pengetahuan calon dalam Bahasa Inggeris terutama dalam memahami situasi dan cerita. Kadangkala, ia akan membabitkan teks berfakta. Soalan akan ditanya mengenai grammar, penggunaan ayat dan sebagainya.

Pasti sukar untuk membuat persediaan sebelum peperiksaan sebenar jika tiada rujukan khusus yang dapat membantu. Apatah lagi masa untuk mengulangkaji dan membuat latih-tubi adalah terhad.

Rujukan Khusus Untuk Kegunaan Calon N41 - Rekod Perubatan

Pakej Rujukan Exam Pegawai Tadbir N41 - Rekod Perubatan

Berita baik!

Satu rujukan khusus akan dikeluarkan oleh Tim Infokerjaya untuk membantu calon-calon terlibat dengan PSEE Pegawai Tadbir N41 Disember ini. Ia disusun untuk menepati kehendak perjawatan iaitu N41 Bahagian Rekod Kesihatan.

Pakej rujukan ini disediakan dalam bentuk ebook (format pdf), dan boleh ditempah dengan harga serendah RM40 (basic).

Rujukan akan mengandungi penerangan format setiap seksyen, CONTOH SOALAN (dgn jawapan), penerangan jawapan untuk seksyen Daya Menyelesaikan Masalah, helaian rumus dan formula matematik dan banyak lagi.

Cara Mendapatkan Rujukan

Tempahan untuk rujukan ini akan dibuka pada jam 10:00 pagi 18hb Disember 2020. Ia adalah rujukan terhad dan berkuota. Ia tidak dibuka untuk semua, hanya untuk calon yang terbabit dengan peperiksaan online ini sahaja.

Tempahan Ebook Pakej Rujukan - PSEE Pegawai Tadbir N41 (rekod perubatan) kini dibuka dan boleh diakses menerusi link ini:

[+] http://bit.ly/PSEEN41-KKM

Pastikan anda jadi yang terawal dan buat persediaan.


Nak tahu apa rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan? Muat-turun Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan sekarang di sini - [Klik Sini untuk Dapatkannya]

Cara Nak Setel Hutang PTPTN secara Percuma! Nak Tahu? - [Klik Sini untuk Dapatkannya]


Klik Sini Untuk Dapatkan Rujukan Terkini Psikometrik SPA

Catatan popular daripada blog ini

6 Kerja Gaji RM10000 Sebulan untuk Lepasan Sijil, Diploma dan juga Ijazah

Nak tak kami dedahkan bagaimana nak dapat gaji sehingga RM10K sebulan ? Tidak dinafikan masih ramai lepasan sijil, diploma serta ijazah yang menganggur dan tidak mendapat sebarang kerja. Kerja dan jawatan kosong diiklankan pula mempunyai kekosongan yang terhad. Persaingan memang cukup besar dan semakin sukar buat mereka yang langsung tiada pengalaman dalam pekerjaan. Namun, rezeki itu ada di mana-mana. Yang penting adalah keinginan untuk berusaha dan mempergunakan peluang yang ada - walaupun sebelum ini tidak pernah tahu dan mencuba. Enam Peluang Bekerja Dengan Gaji RM10000 Sebulan Untuk Lepasan Sijil, Diploma atau Ijazah Apakata, kami sediakan senarai kerja yang boleh anda lakukan yang mampu menghasilkan 'gaji' sehingga RM10,000 sebulan. Tak kira apa jua tahap pendidikan anda, samada lepasan sijil, diploma atau ijazah, dengan tips dan peluang di bawah ini, anda mampu untuk hasilkan gaji sendiri sehingga RM10K sebulan! Peluang kerjaya makan gaji menerusi Suruhanjaya Pe

Awas - Perangkap Soalan Ujian Psikometrik!

Ramai calon kemasukan kerja kerajaan dipanggil untuk hadapi peperiksaan khas Ujian Psikometrik .Ujian ini telah menjadi ujian wajib untuk ke peringkat seterusnya dalam permohonan kerja dalam sektor perkhidmatan awam. Jika sebelum ini, Ujian Psikometrik menjadi sebahagian daripada seksyen peperiksaan online SPA , tetapi kini ujian ini telah diasingkan dan menjadi ujian pertama untuk calon-calon kemasukan kerja kerajaan perlu lulus. Rujukan Ujian Psikometrik - Awas Dengan Perangkap Soalan Ujian Psikometrik telah menjadi ujian wajib dalam pengambilan banyak jawatan dalam perkhidmatan awam, antaranya jawatan Gred 41, jawatan Gred 19, jawatan Gred 29 malah ia turut menjadi sebahagian ujian untuk Pegawai Tadbir Negeri N41 dan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Pihak SPA yang bertanggungjawab mengendalikan peperiksaan dan ujian ini serius dalam menapis calon-calon yang benar-benar layak, paling penting boleh memberikan perkhidmatan terbaik pada setiap situasi. Ujian Psikometrik diadak

Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik

Bagaimana cara nak lulus Ujian Psikometrik kemasukan perkhidmatan awam? Ramai calon yang mencari tips dan panduan untuk mengetahui cara nak lulus dalam ujian Psikometrik dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ujian Psikometrik adalah ujian wajib lulus bagi kebanyakkan gred jawatan kerja kerajaan. Dulunya, ujian ini lebih dikenali sebagai seksyen Sahsiah dan Minat dalam peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam. Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik Kemasukan Kerja Kerajaan Sejak pentadbiran negara bertukar, beberapa polisi pengambilan perjawatan dalam sektor awam telah dinilai dan dikemaskini mengikut keperluan dan kehendak semasa. Ini termasuklah ujian Psikometrik yang sebelum ini dijalankan sebagai salah satu seksyen peperiksaan online SPA. Ujian ini kini diasingkan, malah calon perlu menjawab ujian ini di laman web khas ujian ini. Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap calon, integriti calon, kompetensi calon

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Gred 41

Penilaian Ujian Psikometrik adalah merupakan salah satu keperluan wajib untuk memasuki Perkhidmatan Awam Malaysia. Calon yang terpilih dan dipanggil untuk menjalani ujian ini adalah WAJIB LULUS sebelum ke peringkat seterusnya. Biasanya, ujian ini akan dilaksanakan setelah calon terpilih melepasi peringkat Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) iaitu Ujian Aptitud dengan baik. Ujian ini merupakan peringkat saringan calon bagi menilai kesesuaian calon terhadap jawatan yang dipilih/dipohon. Ujian ini merupakan salah satu dari kaedah penilaian yang holistik bagi tujuan menilai aspek sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon untuk menentukan kesesuaian individu bagi tujuan lantikan sesuatu jawatan selain daripada PSEE dan juga temuduga. Ujian Psikometrik untuk Jawatan Gred 41 Calon yang terpilih untuk Ujian Psikometrik bagi jawatan Gred 41 adalah wajib lulus dan perlu melepasti markah merit yang telah ditentukan. Markah merit untuk penentu

Ujian Psikometrik Pustakawan S41

Tak tahu nak baca apa untuk UJIAN PSIKOMETRIK jawatan PUSTAKAWAN GRED S41 PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA ? Ok, jangan gusar, usah kalut... kami ada sediakan rujukan untuk anda buat persediaan yang perlu bagi menghadapi Ujian Psikometrik ini. Ujian Psikometrik adalah ujian kendiri yang memerlukan anda bersikap jujur dan konsisten dengan setiap jawapan bagi setiap soalan penilaian yang diberikan. Ia adalah penilaian berkaitan dengan kebolehan, sikap, respon, pendapat dan seumpamanya yang dinilai sesuai untuk jawatan yang dipohon. Rujukan Persediaan Ujian Psikometrik Pustakawan S41 Ujian ini secara amnya tidaklah sukar kerana ia tidak melibatkan rumus matematik atau soalan penyelesaian masalah yang biasanya terdapat dalam PSEE SPA . Juga tiada soalan pengetahuan am khusus yang akan ditanya. Cuma, anda perlu suka sedikit pengetahuan 'common sense' yang berkaitan, terutama saling kait kehidupan dengan kerjaya yang dipohon. Misalnya, dalam kehidupan seharian, anda seorang yang c