Tugas dan Tanggungjawab Jurutera J41 Awam

Tahukah anda tugas dan tanggungjawab seorang Jurutera Awam J41 adalah luas? Apatah lagi jawatan ini berada di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) Malaysia. Dalam terbitan kali ini, kami akan senaraikan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan untuk Jurutera J41.

Amnya, seorang Jurutera J41 adalah bertanggungjawab merancang dan menyelaras pembangunan sistem pengairan, bekalan air, khidmat kejuruteraan awam, aktiviti peningkatan mutu perkhidmatan kejuruteraan awam, projek-projek khas dan urusan pentadbiranam pejabat.

Deskripsi Tugas Jurutera J41

Deskripsi Tugas Kerja Jurutera Awam J41

Tugas seorang Jurutera gred J41 melibatkan:

Aspek Pengurusan dan Pentadbiran Organisasi

  • Bertanggungjawab mengawal dan menyelia pelaksanaan kerjakerja di tapak projek dan berbincang dengan Jurutera, juruperunding dan kontraktor untuk mencari penyelesaian bagi apa-apa masalah teknikal di tapak projek.
  • Menyelaras pelaksanaan kerja di tapak projek dengan cadangan yang dikemukakan oleh kontraktor.
  • Merancang pelaksanaan projek pembangunan yang dipertanggungjawabkan sehingga tempoh siap dengan menggunakan beberapa kaedah pengurusan projek.
  • Mengawal dan menyelia penyelenggaraan bagi setiap projek disebabkan ketidaksempurnaan semasa kerja- kerja pembinaan dilakukan dan masih dalam tempoh memperbaiki kecacatan.
  • Mengawal selia kerja-kerja di tapak sejajar dengan penjagaan dan kawalan alam sekitar yang disyaratkan dan memantau pematuhan kontraktor ke atasnya.
  • Mengarah kontraktor untuk memperbaiki ketidaksempurnaan pembinaan dalam tempoh membaiki kecacatan.
  • Menyediakan laporan kemajuan semua projek pembangunan yang sedang/ belum dan akan dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan dan Kejuruteraan.
  • Menyediakan laporan projek pembangunan untuk dilaporkan kepada Kementerian Kewangan Unit Perancang Pelaksanaan dan lain-lain agensi yang berkaitan.
  • Memeriksa dan menyemak kertas perakuan, surat setuju terima sijil bayaran dan lain-lain.
  • Urus setia kepada mesyuarat jawatankuasa yang berkaitan dengan pelaksanaan projek supaya diadakan dengan sempurna dan lancar.
  • Membantu Jurutera untuk berbincang secara terus dengan perunding, kontraktor, jabatan/ agensi berkaitan bagi melancarkan pelaksanaan projek yang dipertanggungjawabkan.
  • Menyediakan kertas pertimbangan dan kertas makluman untuk Mesyuarat Lembaga Pengarah dan menjawab surat-surat berkaitan.
  • Mengurus pelaksanaan program pembangunan tanaman padi.
  • Mengenal pasti projek-projek pembangunan tanaman padi dan bukan padi untuk dilaksanakan di peringkat kawasan/ jajahan.
  • Mengurus peruntukan pembangunan, penyediaan inden kerja, dokumen sebut harga/ tender bagi kerja-kerja pembinaan prasarana/ bekalan peralatan yang diluluskan.
  • Menyelaras aktiviti-aktiviti pembahagian air dan kejenteraan ladang.
  • Menjalankan tugas-tugas pembinaan infrastruktur dan pembangunan untuk kawasan-kawasan pertanian.
  • Bertanggungjawab dalam semua hal ehwal pentadbiran pejabat di jajahan/daerah.
  • Bertanggungjawab mengawal semua aset-aset kerajaan di bawah jagaannya.
  • Bertanggungjawab mengatur bagi menyalur perkhidmatan dan keperluan kepada petani-petani secara keseluruhan.
  • Mengawas, memberi galakan motivasi dan membimbing ’mentor’ kakitangan sokongan.
  • Membantu menyediakan anggaran dan justifikasi belanjawan pembangunan, projek dan belanjawan mengurus mengikut garis panduan dan pekeliling.

Aspek Pengurusan Pengairan

  • Bertanggungjawab kepada Jurutera Kanan Pengurusan Air.
  • Bertanggungjawab sebagai Pengawal Dokumen dalam pelaksanaan Sistem Kualiti MS ISO 9001:2000 berkaitan Pengendalian Sistem Pengurusan Air di ibu pejabat, wilayah dan lokaliti berkaitan.
  • Bertanggungjawab ke atas pengurusan sumber air untuk memenuhi keperluan pengairan bagi kawasan-kawasan pertanian dan keperluan bekalan air domestik serta menjalankan analisis penggunaan air.
  • Menyelaras dan mengendalikan Sistem Pengurusan Air Berkomputer untuk pembekalan dan pengagihan air pengairan dalam Kawasan Muda dan kawasan-kawasan pertanian.
  • Menjalankan operasi banjir termasuk mengambil tindakan pengagihan air berlebihan dan penyediaan laporan banjir.
  • Menjalankan analisis terhadap laporan kemajuan aktiviti penanaman padi yang dikemukakan.
  • Bertanggungjawab terhadap pengendalian dan penyenggaraan infrastuktur pengairan dan saliran di bawah jagaan bahagian.
  • Memastikan dan menyemak laporan-laporan harian, bulanan dan tahunan Seksyen Penaksiran Air/ Tebatan Banjir serta yang diarahkan dari semasa ke semasa mengikut jadual/ seperti dikehendaki.
  • Mengetuai Seksyen Pengendalian dan Penyenggaraan Empangan serta Seksyen Keselamatan/ tadahan/ kolam takungan.
  • Memantau paras air dan pengendalian pelepasan air dari Empangan Pedu, Ahning dan Muda.
  • Merancang, menjalankan kerja pemeriksaan sertamemantau kerja-kerja penyenggaraan di Empangan Pedu, Ahning dan Muda.
  • Melaksanakan dan memantau kerja-kerja yang dilaksanakan dalam program pembangunan.

Aspek Mekanikal dan Infrastruktur

  • Menyemak dan mengesahkan surat-menyurat berkenaan dengan pentadbiran kontrak, termasuk tuntutan bayaran ansuran, arahan perubahan kerja, sijil-sijil pelaksanaan, permohonan lanjutan masa dan lain-lain dokumen.
  • Mengesan kemajuan kontrak dan prestasi kontraktor, termasuk melawat tapak, mengkaji dan menyelesaikan masalah kecil, perbincangan dengan penyelia kontrak/ kontraktor dan mengesan tindakan susulan yang diputuskan.
  • Mengemaskinikan dan mengesahkan database pengurusan kontrak dan kewangan pembangunan.
  • Menyediakan dan mengesahkan Laporan SETIA, Laporan SIAP, Laporan Bulanan Kemajuan Kontrak- Kontrak, Laporan Kewangan Bulanan Rancangan Malaysia dan laporan-laporan lain yang ditugaskan.
  • Melawat tapak projek, menyiasat pelaksanaan dan memantau kemajuan kontrak.

Aspek Teknikal

  • Menjalankan kajian teknikal dan feasibility serta penyiasatan tapak projek kejuruteraan, awam seperti jalan raya, perparitan, pembetungan, lapangan terbang, cerun, geoteknik, struktur bangunan, marin dan jambatan.
  • Menyediakan Pelan Pengambilan Balik Tanah untuk jajaran jalan mengikut kehendak Akta.
  • Melaksanakan kerja-kerja analisa dan reka bentuk (konsep dan terperinci) dengan menggunakan perisian komputer berpandukan garis panduan, kod amalan dan piawaian kejuruteraan.
  • Menyedia dan memberi bimbingan kepada kakitangan sokongan dalam menyediakan lukisan kejuruteraan dan menyemaknya.
  • Mengurus perubahan atau pindaan reka bentuk kejuruteraan, dan memaklumkan pihak yang terlibat.
  • Mengurus, menyelia dan melakukan lawatan ke tapak bina, memberi nasihat dan menyelesaikan masalah berkaitan dengan reka bentuk dan pembangunan kejuruteraan.
  • Berkomunikasi dengan semua stakeholders seperti pelanggan, Juruukur Tanah, Arkitek, Juruukur Bahan, Jurutera Elekrikal dan Mekanikal, pembekal, perunding dan kontraktor.
  • Memberi khidmat nasihat teknikal dan kejuruteraan dengan profesional kepada pihak yang terbabit dalampembinaan projek di tapak.
  • Mengurus pelantikan perunding dan menyemak serta mengaudit reka bentuk yang dibuat oleh perunding.
  • Menyediakan laporan teknikal dan laporan reka bentuk projek, bahan-bahan taklimat, minit dan maklum balas mengikut piawaian.

Aspek Elektrikal

  • Membantu merancang dan mengurus kerja penyelenggaraan elektrik di rumah pam dan pintu air.
  • Membantu merancang dan mengurus kerja pembaikan dan senggaraan pemasangan elektrik di bangunan dan kuarters.
  • Membantu mereka bentuk, menyedia spesifikasi kerja dan menyelia kerja-kerja sokongan elektrik. d. Membantu merancang dan mengurus perbelanjaan senggaraan rumah pam dan memastikan stok peralatan sentiasa dalam simpanan.
  • Menyediakan laporan dan maklumat teknikal elektrik untuk cawangan/ kawasan.
  • Melatih dan memastikan kakitangan berkeupayaan mahir dalam tugas dan memastikan keselamatan di bengkeldan semasa penyelenggaraan diutamakan.

Sifat Bersesuaian Dengan Jawatan

Selain memahami tugas dan tanggungjawab, mereka yang bercita-cita untuk menjawat jawatan Jurutera Awam di Kementerian Kerja Raya, perlu memiliki ciri-ciri atau keperibadian serta kecenderungan berikut:
 
  • Integriti.
  • Esprit de Corps.
  • Bertanggungjawab
  • Profesionalisme.
  • Kebebasan, adil dan saksama.
  • Kualiti.
  • Kerahsiaan.
  • Kompetensi dan ketelitian.
  • Disiplin diri.

Perkara ini penting diketahui kerana ia akan banyak membantu dalam penilaian Ujian Psikometrik serta menjawab soalan-soalan temuduga kelak.

Semoga panduan ini bermanfaat untuk mereka yang ingin mengetahui huraian tugasan bagi seorang Jurutera gred J41 yang berkhidmat dalam kerajaan.

Tak Tahu Nak Prepare Apa Untuk Temuduga?

Dapatkan pakej rujukan Rahsia Temuduga Kerajaan dari Tim Infokerjaya.
Satu-satunya rujukan yang dah bantu puluhan ribu calon melepasi tapisan SPA sejak 2009 lagi.

Untuk tempahan rujukan terkini, boleh klik pautan ini - Pakej Rujukan Rahsia Temuduga Kerja Kerajaan