Deskripsi Tugas Pegawai/Penolong Juruukur Bahan JA41/JA29

Kerjaya Pegawai/Penolong Juruukur gred J41/J29 adalah antara kerjaya yang terdapat di dalam banyak agensi, jabatan dan kementerian. Pengambilan baharu untuk jawatan ini samada dilakukan di peringkat persekutuan mahupun kerajaan negeri.

Jawatan ini berada di dalam kumpulan pelaksana di dalam pelbagai agensi, jabatan serta kementerian, termasuklah di dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Juruukur Bahan JA41/JA29

Deskripsi Tugas Juruukur Bahan JA41 - JA29

Deskripsi Tugas Pegawai Juruukur Bahan JA41

Jawatan ini bertaraf Ijazah Sarjana Muda dengan gaji permulaan RM2,529.

Secara amnya, jawatan ini bertanggungjawab dalam membuat kerja-kerja penilaian ukur bahan ke atas pelan-pelan untuk tawaran, kontrak, penilaian kontrak dan lain-lain tugas berkaitan.

Berikut adalah deskripsi tugas seorang Pegawai Juruukur Bahan JA41:
  • Bertanggungjawab memberi perkhidmatan dalam kerja-kerja pakar ukur bahan di peringkat pra dan pos kontrak, memberikan khidmat nasihat dan runding cara kos pembinaan, menjalankan pembangunan dan penyelidikan berkaitan dasar mengenai tender dan kontrak kerajaan serta memberi khidmat keurusetiaan tender, kontrak dan pelantikan perunding ikhtisas.

Deskripsi Tugas Penolong Juruukur Bahan JA29

Jawatan ini bertaraf Diploma/Sijil dengan permulaan gaji RM1,549 untuk sijil dan RM1,935 untuk lulusan Diploma. 

Secara amnya, seorang Penolong Juruukur Bahan bertanggungjawab membantu Juruukur Bahan memberi perkhidmatan dalam kerja-kerja pakar ukur bahan di peringkat pra dan pos kontrak, memberikan khidmat nasihat dan runding cara kos pembinaan, menjalankan pembangunan dan penyelidikan berkaitan dasar mengenai tender dan kontrak kerajaan serta memberi khidmat keurusetiaan tender, kontrak dan pelantikan perunding ikhtisas.

Berikut adalah tugas dan tanggungjawab seorang Penolong Juruukur Bahan JA29:
  • Bertanggungjawab mengendali pelaksanaan skop kerja ukur bahan berhubung pentadbiran kontrak termasuk menyediakan anggaran kos awal, membuat pengukuran kuantiti (taking off), menyediakan dokumen tender dan kontrak, menyedia perakuan bayaran interim, menyedia arahan perubahan kerja, perakuan akaun dan bayaran muktamad, mengemas kini sijil-sijil dan perakuan yang berkaitan dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Masih Mencari Rujukan Sesuai untuk Ujian Psikometrik JA29?

Jika anda terlibat dengan panggilan peperiksaan online Ujian Psikometrik untuk Penolong Jurutera, Penolong Juruukur Bahan, Penolong Pegawai Latihan Vokasional boleh gunakan rujukan di bawah sebagai bahan persediaan anda. 200 contoh soalan latihan psikometrik tersedia dengan pemilihan jawapan, serta huraian jawapan. Satu-satunya rujukan untuk persediaan penilaian psikometrik, baik di Jabatan dan Kementerian Persekutuan mahupun agensi Kerajaan Negeri.


Ciri-ciri untuk Menjadi Juruukur

  • Pengukuran dan Pengiraan: Kecekapan dalam mengambil ukuran dan mengira kos bahan pembinaan dengan tepat.
  • Pengetahuan Bahan Pembinaan: Pemahaman mendalam mengenai pelbagai jenis bahan pembinaan dan ciri-cirinya.
  • Penggunaan Perisian: Kemahiran dalam menggunakan perisian berkaitan seperti AutoCAD, BIM (Building Information Modeling), dan perisian pengurusan projek.
  • Analisis Pelan: Keupayaan menganalisis pelan binaan, termasuk pelan struktur dan rekabentuk.
  • Kemahiran Matematik: Keupayaan untuk membuat pengiraan yang tepat dan menggunakan matematik dalam pengukuran dan pengiraan kos.
  • Kemahiran Komunikasi: Kemampuan berkomunikasi dengan jelas dengan arkitek, kontraktor, dan ahli pasukan projek lain.
  • Ketelitian: Ketelitian dalam mengukur dan mengira kos untuk memastikan keputusan yang tepat.
  • Kemahiran Organisasi: Keupayaan menguruskan jadual projek, rekod, dan dokumentasi dengan baik.
  • Kemahiran Teknikal: Pemahaman mendalam mengenai kaedah pengukuran dan pemetaan tanah.
  • Kemahiran Teknik: Pengetahuan tentang teknologi pembinaan dan kaedah-kaedah dalam industri pembinaan.
  • Kreativiti: Kemampuan mencari penyelesaian kreatif terhadap cabaran teknikal dalam pengukuran dan pengiraan kos.