Info dan Maklumat Perjawatan Pembantu Tadbir Gred N19

Maklumat dan info perjawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) gred N19. Antara jawatan popular yang dipohon menerusi laman web SPA8i adalah jawatan Pembantu Tadbir gred N19. Dulu, jawatan ini lebih popular dikenali sebagai kerani pejabat kerajaan.

Sebelum Merdeka, Pembantu Tadbir merupakan jawatan tertinggi diberikan kepada penduduk Malaya di dalam sistem pemerintahan British ketika itu. Ia satu jawatan yang dihormati malah menjadi titik tolak kemerdekaan Malaya adalah asalnya dari kefahaman dan pengetahuan pentadbiran dari jawatan 'kecil' ini.

Info & Maklumat Ringkas Perjawatan Pembantu Tadbir Gred N19

Maklumat Ringkas Perjawatan Pembantu Tadbir Gred N19
Jawatan ini adalah jawatan popular dan menjadi pilihan para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga sebilangan kecil lepasan Diploma dan Sijil Kemahiran yang setaraf, untuk memulakan kerjaya dalam sektor perkhidmatan awam.

Gaji permulaan untuk jawatan Pembantu Tadbir gred N19 adalah RM 1,352 - mengikut jabatan dan kementerian yang ditetapkan.

Tugas Tanggungjawab Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19



Tugas dan tanggungjawab Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) gred N19 secara amnya adalah dengan menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.

Untuk maklumat ringkas berkaitan perjawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) gred N19, kami simpulkan seperti di bawah:

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/ Jabatan / Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Perlis, Melaka dan Pulau Pinang
  • Jadual Gaji:
    • Gaji Minimum: RM1,352.00
    • Gaji Maksimum: RM4,003.00
    • Kadar Kenaikan: RM100


Syarat Lantikan Pembantu Tadbir N19:

  • Syarat Lantikan:
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      • warganegara Malaysia;
      • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan:
  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    • mempunyai kelayakan di perenggan i(c) di atas; atau
    • lulus Peperiksaan Khas; dan
    • had umur pelantikan:
      • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Info dan maklumat ini penting sebagai pengetahuan am bagi mereka yang menjadi calon untuk peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam (PSEE) jawatan Pembantu Tadbir N19. Ia mungkin akan ditanya dalam salah satu soalan peperiksaan atau juga mungkin semasa temuduga kelak.

Penting untuk calon yang memohon jawatan ini mengetahui serba ringkas berkaitan tugas dan tanggungjawab, gaji permulaan dan syarat lantikan ke jawatan ini.

Pakej Rujukan KHAS PSEE Pembantu Tadbir N19

Pakej Rujukan KHAS PSEE Pembantu Tadbir N19
Untuk memastikan calon siap sedia dengan peperiksaan online PSEE Pembantu Tadbir N19, boleh gunakan pakej rujukan di bawah ini sebagai persediaan awal hadapi peperiksaan PSEE SPA.

[+] http://infotambahan.com/tadbirn19/2624

atau web ini:

[+] http://jvsecurepay.com/affiliates/tadbirn19/2624

Pakej rujukan ini bukan sekadar menyediakan anda dengan tips untuk lulus exam PSEE, tetapi juga info dan maklumat terkini berkaitan format peperiksaan PSEE tahun 2019 selain contoh-contoh soalan untuk latih tubi calon.

Bukan itu sahaja, ia juga menyediakan nota-nota padat dan ringkas sebagai rujukan pantas calon yang dipanggil untuk jalani PSEE SPA Pembantu Tadbir gred N19 ini.

banner pembantu tadbir 2019