Soalan Psikometrik Pegawai Kesihatan Persekitaran U9

Info ini adalah untuk panduan dan rujukan kepada calon yang bakal mengambil peperiksaan online Ujian Psikometrik SPA bagi jawatan Pegawai Kesihatan Persekitaran. Adalah penting untuk calon yang memohon dan bakal mengambil ujian psikometrik mengetahui serba sedikit secara ringkas berkatan jawatan Pegawai Kesihatan Persekitaran gred U9 ini.

Tak kenal jawatan, ia mungkin menjadi penyebab kegagalan calon melepasi tahap penilaian di dalam Ujian Psikometrik SPA!

Tugas dan Tanggungjawab Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U9

Psikometrik Pegawai kesihatan Persekitaran

Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U9 ialah pegawai yang bertanggungjawab merancang dan mengurus program kawalan penyakit (berjangkit, tidak berjangkit, bawaan vektor) dan penilaian program kesihatan awam.

Tanggungjawab dan tugas utama sebagai seorang Pegawai Kesihatan Persekitaran adalah merancang, mengurus dan menilai program kesihatan awam; selain menjalankan program kawalan penyakit, termasuk penyakit berjangkit, tidak berjangkit, dan penyakit bawaan vektor.

Tugas Pegawai Kesihatan Perskitaran melibatkan hubungan kerja luar dan dalam pejabat. Ini bermakna, trait personaliti yang bakal dicari adalah dinamik dalam menjalankan tanggungjawab.

Hubungan Kerja

Dalaman
  • Pegawai di bahagian lain di dalam organisasi yang sama.
  • Pegawai di bahagian/ unit yang sama.

Luaran
  • Komuniti.
  • Jabatan Kerajaan dan agensi-agensi lain serta NGOs.
  • Badan Profesional Tempatan dan peringkat antarabangsa
  • Institut Pengajian Tinggi Tempatan dan Luar Negara.
  • Pekerja.
Menerusi aspek hubungan kerja pula, trait personaliti yang bakal dicari adalah kemahiran berkomunikasi kerana melibatkan persekitaran luar dan dalaman. Sudah pasti kemahiran berkomunikasi dengan khalayak atau orang awam menjadi antara keutamaan.

Contoh Soalan Psikometrik Bagi Pegawai Kesihatan Persekitaran

Berikut adalah beberapa contoh soalan yang berkaitan dengan trait personaliti dicari:

Saya lebih suka berkomunikasi melalui e-mel daripada secara bersemuka.
  • Setuju
  • Tidak Setuju
Jawapan Cadangan: Tidak Setuju
Huraian: Menunjukkan kesediaan untuk berkomunikasi secara bersemuka, yang penting untuk interaksi interpersonal yang efektif.

Saya memastikan bahawa mesej saya difahami dengan meminta penerima untuk mengulang kembali apa yang telah saya katakan.
  • Setuju
  • Tidak Setuju
Jawapan Cadangan: Setuju
Huraian: Menunjukkan pendekatan proaktif dalam memastikan komunikasi yang berkesan dan mengelakkan salah faham.

Saya lebih suka menyimpan idea saya sendiri daripada berkongsi dengan pasukan.
  • Setuju
  • Tidak Setuju
Jawapan Cadangan: Tidak Setuju
Huraian: Menunjukkan kesediaan untuk berkongsi idea dan berkolaborasi dengan rakan sekerja.

Dapat sesuatu? Pastikan anda faham dan mengetahui berkaitan tanggungjawab dan tugas seorang Pegawai Keshiatan Persekitaran, barulah anda tahu apakah aspek personaliti yang penting bagi melepasi tapisan ujian ini.

Tak kenal jawatan mungkin menyebabkan anda gagal melepasi Ujian Psikometrik Pegawai Kesihatan Persekitaran gred U9!

Tempah dan Muat-Turun 200+ Contoh Soalan Ujian Psikometrik Terkini + Huraian Jawapan?
Mahu pastikan anda benar bersedia untuk Ujian Psikometrik? Ingin pastikan anda ada kelebihan dari calon lain?
Guna rujukan ini, terbukti dah bantu ramai calon beroleh kejayaan :


Rujukan dalam bentuk ebook dan boleh dimuat-turun di mana-mana sahaja peranti. Link untuk muat-turun ebook rujukan akan diberikan menerusi email dan boleh diguna-pakai selama 3 tahun dengan update percuma!
Sertai Group Telegram Calon Psikometrik [klik sini] untuk dapatkan FREE PREVIEW Ebook Rujukan Contoh Soalan