Tak kenal jawatan, ia mungkin menjadi penyebab kegagalan calon melepasi tahap penilaian di dalam Ujian Psikometrik SPA!
Deskripsi Tugas Penolong Penguasa Penjara Gred KA5
Secara ringkasnya; seorang Penolong Penguasa Penjara bertanggungjawab dalam membantu melaksanakan tugas-tugas pengurusan am, pentadbiran, kewangan, penyelidikan, perancangan, pembangunan, latihan dan keselamatan institusi-institusi penjara.Dengan kata lain, beliau bertanggungjawab sebagai Ketua Unit, menyelaras pengurusan keselamatan sesebuah institusi, menyelaras prosedur penahanan dan pelaksanaan hukuman, menyelaras program-program pemulihan sebagaimana yang diarahkan oleh pihak pengurusan tertinggi institusi dan memastikan penghuni-penghuni diberi layanan yang adil selaras dengan undang-undang dan peraturan yang diperuntukkan.
Hubungan Kerja Luaran:
- Orang awam
- Jabatan/ agensi kerajaan
- Syarikat swasta
- Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
- Bekas banduan.
Hubungan Kerja Dalaman:
- Rakan sekerja di institusi penjara
- Pegawai dan kakitangan di dalam organisasi yang sama
- Penghuni penjara
Contoh Soalan Psikometrik Penolong Penguasa Penjara
Antara aspek dinilai seperti yang dinyatakan dalam deskripsi tugasan, ialah kebolehan calon berhadapan dengan situasi yang mengancam. Berikut antara contoh soalan yang menilai aspek atau trait personaliti ini:
Saya mampu kekal tenang walaupun dalam situasi yang tertekan.
- Setuju
- Tidak Setuju
Huraian: Kekal tenang dalam tekanan menunjukkan kestabilan emosi dan keupayaan untuk mengurus situasi yang mencabar dengan bijak.
Saya cenderung menyimpan perasaan negatif dan tidak berkongsi dengan orang lain.
- Setuju
- Tidak Setuju
Huraian: Berkongsi perasaan negatif secara terbuka dan sihat menunjukkan kematangan emosi dan keupayaan untuk mencari sokongan sosial.
Menggalas tanggunjawab sebagai seorang Penolong Penguasa Penjara yang membabitkan pengurusan banduan memerlukan sikap dedikasi dan disiplin yang tinggi. Berikut antara soalan yang akan mencungkil trait keserasian tersebut:
Saya cenderung mengabaikan peraturan kecil jika saya rasa ia tidak penting.
- Setuju
- Tidak Setuju
Huraian: Mengabaikan peraturan kecil menunjukkan kurangnya penghormatan terhadap peraturan dan kurangnya disiplin diri.
Sekarang adakah anda faham bagaimana soalan disediakan untuk memastikan skop kerja dan tanggungjawab disesuaikan dengan personaliti calon? Penting untuk kenal jawatan yang dipohon, barulah mampu memberikan respon yang terbaik dalam Ujian Psikometrik SPA ini.
Tak kenal jawatan antara punca utama ramai calon berulang kali mengambil ujian ini tetapi GAGAL melepasi tapisan!