Skip to main content

Tips dan Teknik Menjawab PSEE Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris

Terlibat dengan Peperiksaan Online SPA yang melibatkan Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris? Bukan semua jawatan dalam Perkhidmatan Awam wajib mengambil peperiksaan online yang melibatkan seksyen ini. Tetapi, jika ada ... kami nak berikan sedikit tips dan teknik untuk menjawab Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris ini.

Tips dan teknik menjawab ini adalah sebahagian panduan peperiksaan online yang telah kami sediakan dalam Ebook Rujukan Seksyen. Ia merupakan ebook rujukan disediakan oleh Tim Infokerjaya yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun membantu calon dalam peperiksaan SPA.

Tips dan Teknik Jawab Soalan PSEE Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris

Tips dan Teknik Jawab Soalan PSEE Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris

Format peperiksaan online yang kini dikenali sebagai Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) sentiasa berubah mengikut jawatan, gred serta keperluan Kementerian atau Jabatan.

Biasanya, peperiksaan ini akan melibatkan samada, salah satu atau gabungan di antaranya, atau kesemuanya sekali:

  1. Seksyen Pengetahuan Am
  2. Seksyen Daya Penyelesaian Masalah
  3. Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris

Seksyen C atau Kefahaman Bahasa Inggeris, mengikut pengalaman kami ... ramai yang 'gentar' dengan seksyen ni.

Apatah lagi untuk jawatan yang mengambil calon-calon berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada calon ini, seksyen ini agak sukar terutama pecahan yang melibatkan kefahaman teks yang disediakan. 

[Dah Baca?] Contoh-Contoh Soalan Ujian PSIKOMETRIK PSEE SPA

Sebenarnya tak susah kalau calon tahu macam mana ianya dinilai dan disoal.

Ini susunan penilaian. Penting untuk diketahui terutama mereka yang perlu menghadapi PSEE yang mengandungi seksyen ini.
Seksyen lain seperti seksyen Daya Penyelesaian Masalah, kebanyakkan soalan adalah berkaitan Matematik. Jawapan lebih straight forward asalkan tahu formula penyelesaian.
Tetapi seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris ada 'racunnya'

Walaupun ianya hanya 1 Seksyen dalam PSEE, tetapi dalam beberapa peperiksaan yang telah dibuat, terdapat 2 pecahan dalam seksyen ini yang ramai calon tidak sedar, terutama mereka yang tidak ada kesempatan mendapatkan rujukan yang kami sediakan.

Pecahan 1: Pengertian dan Kefahaman Esei Bahasa Inggeris

  • akan diberikan petikan Bahasa Inggeris atau esei ringkas
  • 5-10 soalan kefahaman diberikan. Ada pilihan jawapan (A,B,C,D)

Cara Menjawab

  • Baca soalan-soalan terlebih dahulu, jadi anda tahu apa jawapan yang nak dicari
  • Baca esesi yang diberikan, dan cari jawapan.
  • Jangan baca esei dulu, kalau tak anda rugi masa. Kalau ada masa tambahan nanti baru anda baca semula petikan
  • Fokus untuk habiskan jawab soalan dulu pada peringkat awal ini.

Pecahan 2: Tatabahasa (Grammar) Bahasa Inggeris

Bahagian ni calon kena studi sedikit asas grammar. Asasnya 8 pecahan ini;

  1. Pronoun (Kata Ganti)
  2. Noun (Kata Benda)
  3. Verb (Kata Kerja)
  4. Adjective (Kata Sifat)
  5. Adverb (Kata Keterangan)
  6. Determiner
  7. Preposition (Kata Depan)
  8. Conjunction (Kata Hubung)

Persediaan calon adalah dengan mengingati kembali sedikit sebanyak pelajaran grammar Bahasa Inggeris.

Untuk yang dah ada ebook rujukan, boleh semak di mukasurat 60 - 64. Ia diberikan nota ringkas dan contoh untuk semua 8 pecahan ini.

Jika anda adalah calon yang perlu berhadapan dengan seksyen ini dalam PSEE, boleh dapatkan rujukan penuh jika masih belum ada;


Ingat Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris ini tak susah kalau sudah faham bagaimana ianya dinilai.


Nak tahu apa rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan? Muat-turun Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan sekarang di sini - [Klik Sini untuk Dapatkannya]

Cara Nak Setel Hutang PTPTN secara Percuma! Nak Tahu? - [Klik Sini untuk Dapatkannya]


Klik Sini Untuk Dapatkan Rujukan Terkini Psikometrik SPA

Popular posts from this blog

Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik

Bagaimana cara nak lulus Ujian Psikometrik kemasukan perkhidmatan awam? Ramai calon yang mencari tips dan panduan untuk mengetahui cara nak lulus dalam ujian Psikometrik dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ujian Psikometrik adalah ujian wajib lulus bagi kebanyakkan gred jawatan kerja kerajaan. Dulunya, ujian ini lebih dikenali sebagai seksyen Sahsiah dan Minat dalam peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam. Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik Kemasukan Kerja Kerajaan Sejak pentadbiran negara bertukar, beberapa polisi pengambilan perjawatan dalam sektor awam telah dinilai dan dikemaskini mengikut keperluan dan kehendak semasa. Ini termasuklah ujian Psikometrik yang sebelum ini dijalankan sebagai salah satu seksyen peperiksaan online SPA. Ujian ini kini diasingkan, malah calon perlu menjawab ujian ini di laman web khas ujian ini. Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap calon, integriti calon, kompetensi calon

Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA

Bagaimana Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA? Ramai calon yang dipanggil untuk hadapi peperiksaan online oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) nak tahu cara dan tips untuk lulus di dalam peperiksaan online ini. Kami juga pasti, anda antara calon yang mencari tips tersebut. Almaklumlah, peperiksaan online SPA nampak mudah tetapi ianya adalah cara terawal pihak SPA menyingkirkan calon-calon yang memohon perjawatan dalam kerajaan. Maka, walaupun nampak mudah, tetapi tahap untuk lulus peperiksaan online SPA adalah sangat sukar. Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA Ramai calon yang telah hadapi peperiksaan online SPA gagal disebabkan satu faktor sahaja . Nak tahu apa faktor tersebut? Faktor Gagal Dalam Peperiksaan SPA Faktor tersebut adalah kurangnya persediaan untuk hadapi peperiksaan online SPA . Disebabkan oleh faktor ini, maka ramai calon yang gagal disebabkan tidak tahu cara menjawab, tidak tahu bentuk soalan, line internet kurang pantas, browser di komputer tidak

Contoh Soalan Psikometrik Format 2018

Ramai yang mencari contoh-contoh soalan untuk ujian Psikometrik , khususnya yang menepati format terkini tahun 2018. Malah, ada calon yang dipanggil untuk ujian ini tidak tahu pun bagaimana format soalan, dan bentuk soalan yang akan ditanya dalam ujian Psikometrik. Kami nak bantu. Ada rujukan khas untuk ujian Psikometrik . Rujukan ini lengkap dengan contoh soalan beserta jawapan untuk kemudahan mereka yang perlu mengambil ujian atau peperiksaan online Psikometrik . Contoh Soalan Psikometrik untuk Ujian Format 2018 Soalan Psikometrik simple sahaja tetapi nak menjawabnya agak mencabar. Apatah lagi kalau anda mudah terkeliru dengan bentuk soalan ditanya. Anda kena faham, soalan Psikometrik bukan mahu mengetahui sejauh mana kepandaian anda dalam akademik, tetapi kepada cara anda berhadapan dengan situasi serta cara menyelesaikan sesuatu masalah. Cuba lihat contoh-contoh soalan Psikometrik untuk kemasukan kerja kerajaan di bawah ... Nampak macam senang je kan soalan-soalan dit

Awas - Perangkap Soalan Ujian Psikometrik!

Ramai calon kemasukan kerja kerajaan dipanggil untuk hadapi peperiksaan khas Ujian Psikometrik .Ujian ini telah menjadi ujian wajib untuk ke peringkat seterusnya dalam permohonan kerja dalam sektor perkhidmatan awam. Jika sebelum ini, Ujian Psikometrik menjadi sebahagian daripada seksyen peperiksaan online SPA , tetapi kini ujian ini telah diasingkan dan menjadi ujian pertama untuk calon-calon kemasukan kerja kerajaan perlu lulus. Rujukan Ujian Psikometrik - Awas Dengan Perangkap Soalan Ujian Psikometrik telah menjadi ujian wajib dalam pengambilan banyak jawatan dalam perkhidmatan awam, antaranya jawatan Gred 41, jawatan Gred 19, jawatan Gred 29 malah ia turut menjadi sebahagian ujian untuk Pegawai Tadbir Negeri N41 dan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Pihak SPA yang bertanggungjawab mengendalikan peperiksaan dan ujian ini serius dalam menapis calon-calon yang benar-benar layak, paling penting boleh memberikan perkhidmatan terbaik pada setiap situasi. Ujian Psikometrik diadak

6 Kerja Gaji RM10000 Sebulan untuk Lepasan Sijil, Diploma dan juga Ijazah

Nak tak kami dedahkan bagaimana nak dapat gaji sehingga RM10K sebulan ? Tidak dinafikan masih ramai lepasan sijil, diploma serta ijazah yang menganggur dan tidak mendapat sebarang kerja. Kerja dan jawatan kosong diiklankan pula mempunyai kekosongan yang terhad. Persaingan memang cukup besar dan semakin sukar buat mereka yang langsung tiada pengalaman dalam pekerjaan. Namun, rezeki itu ada di mana-mana. Yang penting adalah keinginan untuk berusaha dan mempergunakan peluang yang ada - walaupun sebelum ini tidak pernah tahu dan mencuba. Enam Peluang Bekerja Dengan Gaji RM10000 Sebulan Untuk Lepasan Sijil, Diploma atau Ijazah Apakata, kami sediakan senarai kerja yang boleh anda lakukan yang mampu menghasilkan 'gaji' sehingga RM10,000 sebulan. Tak kira apa jua tahap pendidikan anda, samada lepasan sijil, diploma atau ijazah, dengan tips dan peluang di bawah ini, anda mampu untuk hasilkan gaji sendiri sehingga RM10K sebulan! Peluang kerjaya makan gaji menerusi Suruhanjaya Pe