Rujukan PSEE Pembantu Tadbir N19 Perak

Adakah anda merupakan calon yang dipanggil untuk mengisi jawatan Pembantu Tadbir gred N19 negeri Perak? Tahukah anda, bahawa anda perlu lulus di dalam Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) sebelum ke peringkat seterusnya?

Exam online ini adalah peperiksaan penting bagi menapis calon yang telah disenarai-pendek berdasarkan kelayakan akademik untuk mengisi jawatan Pembantu Tadbir N19.

Rujukan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir gred N19 - Perak

Rujukan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir gred N19

Peperiksaan online atau PSEE telah menjadi antara proses penting dalam pengambilan perjawatan dalam perkhidmatan awam, samada untuk jawatan dalam negeri mahupun pada peringkat Persekutuan.

Sukar untuk lulus jika calon tidak tahu format peperiksaan, apatah lagi bentuk soalan yang akan ditanya di dalam PSEE ini kelak.

Secara amnya, soalan peperiksaan akan berkisar dengan tugas dan tanggungjawab seorang Pembantu Tadbir N19. Antara lain:

Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.

Bidang tugas pula melibatkan antara lain:
  • Pentadbiran pejabat.
  • Pengurusan personel.
    – perjawatan, pembangunan organisasi dan perancangan sumber manusia
    – perkhidmatan, latihan dan kerjaya
    – gaji, elaun dan kemudahan
    – faedah persaraan
  • Pengurusetiaan
  • Menaip dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan.
  • Pengurusan Rekod
  • Pengurusan Kewangan
  • Pengurusan Fail 

Seandainya anda merupakan calon yang bertuah untuk menjalani Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam Pembantu Tadbir ini, gunakan rujukan di bawah sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan online ini nanti.

Klik Di Sini Untuk Buat Tempahan Pakej Rujukan PSEE

Gunakan kesempatan ini untuk memahami bentuk soalan ditanya.

Jika tak pasti, ada set-set contoh soalan yang telah tersedia untuk anda melakukan latih-tubi serta ulangkaji. Dapatkan juga tips lulus peperiksaan yang disediakan.

Semoga berjaya.