Oct 1, 2018

Contoh-Contoh Soalan Ujian Psikometrik

Dah siap buat latih-tubi soalan-soalan ujian Psikometrik? Anda kena rajin buat latihan dan sentiasa bersedia dengan pelbagai contoh soalan Psikometrik yang boleh memerangkap anda.

Tahun 2018, ujian Psikometrik dibuat kepada hampir semua jawatan dalam kerajaan termasuklah jawatan jawatan Pembantu Awam H11, Pembantu Arkib S19, Penghantar Notis H11, Pembantu Pegawai Latihan E19,  Pembantu Pendaftaran KP19,  Pembantu Perawatan Kesihatan U11 dan juga Pembantu Tadbir (Kewangan) W19.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik

Contoh-Contoh Soalan Ujian Psikometrik
Kerajaan baharu mahu calon yang benar-benar layak sahaja. Tiada lagi kabel. Tiada lagi 'pintu belakang'. Itu sebab tahun-tahun sebelum ini, calon-calon tak berhadapan dengan ujian Psikometrik secara berasingan.

Kali ini, ujian Psikometrik dibuat secara berasingan meliputi lebih 100 soalan!!

Anda dah sedia untuk menjawab soalan-soalan ujian Psikometrik ini?

Contoh-Contoh Soalan Ujian Psikometrik Kerja Kerajaan

Di bawah disertakan beberapa contoh soalan ujian Psikometrik khas untuk rujukan anda. Contoh soalan di bawah boleh dijadikan rujukan asas untuk membiasakan diri anda dengan jenis soalan yang bakal anda hadapi nanti.

Contoh soalan ujian Psikometrik adalah seperti yang berikut :

1. Dalam sebuah acara atau aktiviti, anda biasanya berbual dengan :
A. Ramai orang termasuk orang yang belum dikenali.
B. Segelintir orang yang sudah dikenali sahaja.

2. Anda lebih menumpukan pada orang yang
A. Waras fikiran (sensible)
B. Imaginatif

3. Di antara perkara yang kurang diterima ialah
A. Hidup tanpa arah tuju
B. Hidup seperti biasa

4. Semasa membuat penilaian, anda biasanya terpengaruh oleh
A. Undang-undang berbanding kondisi
B. Kondisi berbanding dengan undang-undang

5. Anda lebih memberi perhatian kepada hal-ehwal yang
A. Memberi keyakinan
B. Memberi perasaan terharu

6. Anda lebih menggemari acara yang dimulakan dengan
A. Masa yang tepat
B. Secara santai

7. Pilihan anda dibuat secara
A. Teliti
B. Rawak

8. Dalam kelompok sosial anda, maklumat yang anda terima biasanya
A. Terima maklumat awal
B. Terima maklumat akhir

9. Fakta yang anda baca, terima dan dengar
A. Fakta yang benar
B. Fakta yang salah

10. Penulis sepatutnya menghasilkan artikel berdasarkan
A. Fakta dan isi yang benar
B. Analogi dan imaginasi rekaan

11. Anda lebih gemar jika dikelaskan sebagai individu yang
A. Sabar
B. Mesra

12. Anda membuat keputusan dengan
A. Moral
B. Logik

13. Pengalaman dalam kehidupan terjadi secara
A. Dirancang
B. Rawak

14. Anda perlu bersikap
A. Serius dan bercita-cita tinggi
B. Santai dan senang berbincang

15. Apabila bergaul dengan orang ramai
A. Anda memberi salam dahulu
B. Menunggu orang memberi salam

Artikel Terkait