Boleh dikatakan setiap tahun terdapat pengambilan baharu untuk jawatan ini, seperti diiklankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) samada menerusi portal rasmi SPA mahupun di laman media sosial Facebook SPA. Ia berikutan jawatan ini tersedia di dalam pelbagai jabatan dan kementerian.
Deskripsi Tugas Seorang Pegawai Penguatkuasa KP41
Berikut adalah antara tugas dan tanggungjawab seorang Pegawai Penguatkuasa (tertakluk kepada jabatan/kementerian tertentu):
- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (Jabatan Perkhidmatan Haiwan) - Menyelaras dan membuat pengesanan terhadap Pentadbiran Am dan perlaksanaan aktiviti Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan di peringkat Cawangan/Unit Penguatkuasaan Negeri serta membantu Pengarah dalam melaksanakan Pentadbiran Am Bahagian Penguatkuasaan.
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Bertanggungjawab ke atas Unit Tugas-tugas Khas yang berkaitan dengan Penguatkuasaan Undang-undang, Unit Perlesenan serta Unit Pendakwaan dan Kompaun.
- Bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) serta Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan, mengurus, memantau, mengkaji segala aktiviti penguatkuasaan operasi, pendakwaan dan siasatan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.
Bagi Pegawai Penguatkuasa KP41 di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, skop dan tugas meliputi pengawalan import dan eksport ternakan dan hasil haiwan termasuk juga perkhidmatan kuarantin. Jawatan ini juga terbabit mengetuai jabatan dalam perkara aduan serta siasatan dan pendakwaan.
Pegawai Penguatkuas KP41 juga menjalankan penyeliaan perkhidmatan kaunter dan pertanyaan daripada orang awam dan agensi kerajaan berhubungan dengan pendakwaan/operasi/aduan dan siasatan.
Sifat Calon Untuk Jawatan Pegawai Penguatkuasa KP41
Berikut adalah sifat-sifat yang perlu ada untuk menjawat jawatan KP41:- Integriti.
- Bertanggungjawab.
- Profesionalisme.
- Kebebasan, adil dan saksama.
- Kualiti.
- Kerahsiaan.
- Kompetensi dan ketelitian.
- Disiplin diri.
- Kejujuran.
- Intelektual.