Tips Lulus Temuduga

Tips lulus temuduga. Anda tentu telah dipanggil untuk temuduga kerja, jika tidak anda tidak akan sampai ke blog ini untuk mengetahui mengenai tips lulus temuduga. Ok, ada sedikit tips untuk temuduga kerja yang akan dikongsikan. Semoga ia beri manfaat kepada anda supaya lebih bersedia untuk hadiri temuduga.

Tips Lulus Temuduga


Tips Lulus Temuduga

Untuk lulus temuduga kerja terutama kerja swasta, anda kena rajin sedikit mencari maklumat. Jika syarikat itu besar, maka anda perlu Google mendapatkan info-info berikut:
  • Bagaimana syarikat tersebut beroperasi
  • Sumber kewangan
  • Produk atau servis yang mereka sediakan
  • Saingan syarikat
  • Etika kerja
  • Ciri-ciri pekerja yang diperlukan oleh syarikat
Selalunya jika ada laman web syarikat, perkara-perkara ini mudah untuk anda temui.

Satu lagi tips penting untuk lulus temuduga ialah anda perlu berlatih. Berlatih dengan rakan anda, samada anda yang ditemuduga, atau anda menjadi penemuduga. Kadangkala, anda akan terfikir sendiri akan soalan-soalan temuduga yang ditanya.

Perlu berlatih supaya anda tidak gugup semasa ditemuduga. Ada calon temuduga gagal disebabkan mulut terkunci dan tersasar menjawab soalan kerana gugup. Jadi, kena tampikan diri dengan yakin, dan jawab soalan yang ditanya dengan lancar.

Untuk tips lain, anda boleh dapatkan Rahsia Temuduga Kerja yang kini boleh dibeli menerusi pautan ini - Tips Lulus Temuduga - Rahsia Bijak Temuduga