Langkau ke kandungan utama

Bidang Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik

Rujukan Contoh Soalan Psikometrik 2023
Apakah bidang tugas seorang Pegawai Tadbir Diplomatik? Calon-calon peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik harus tahu skop dan bidang tugas seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Ia penting kerana ia mungkin soalan yang akan ditanya di dalam peperiksaan nanti.
Bidang Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik

Bidang Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik

Secara umumnya, di antara tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh seorang PTD termasuklah;
merancang, penggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah, daerah, tempatan, tanah, perancangan dan pentadbiran sosial.

Selain itu, mereka terlibat dengan tugas-tugas lebih mencabar meliputi;
hubungan antarabangsa dan hal ehwal negara, keselamatan, pertahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Ramai graduan yang berjaya mendapat kerjaya kerajaan Pegawai Tadbir Diplomatik akan dapat peluang berkhidmat sebagai pegawai kedutaan, dan juga di pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di luar negara. Peluang ini dianggap peluang keemasan dalam kerjaya PTD kerana tingkatan dan gred gaji adalah lebih tinggi dan lebih baik. Malah, mereka menerima beberapa elaun khas serta insentif tertentu kerana berkhidmat di luar negara.
Selalunya calon-calon graduan PTD yang berjaya layak untuk khidmat di luar negara mempunyai skor yang baik di dalam peperiksaan online terutama seksyen C yang secara amnya berkaitan keperibadian calon PTD.

Keperluan Diri Untuk Menjadi Duta Menerusi PTD

Mahu Jadi Duta? Pegawai Khas Kedutaan? Pastikan ada kelebihan ini pada diri:
  1. Memiliki daya keyakinan yang tinggi.
  2. Ilmu pengetahuan.
  3. Mudah menyesuaikan diri.
  4. Berdikari.
  5. Boleh berinteraksi dengan baik.
  6. Kreatif.

Ia penting kerana jawatan kerjaya kerajaan sebagai pegawai kedutaan adalah berkaitan dengan perhubungan, dan pastinya seorang PTD yang menjawat jawatan tersebut perlulah tampil dengan keperibadian yang berkaliber dan berkeyakinan.

8 Bidang Tugas Teras Pegawai Tadbir Diplomatik

Secara ringkasnya, ada 8 bidang tugas teras dalam jawatan PTD ini, iaitu:
  1. Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
  2. Pengurusan Kewangan,
  3. Keselamatan dan Pertahanan Negara,
  4. Pengurusan Teknologi Maklumat,
  5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
  6. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
  7. Pengurusan Ekonomi dan
  8. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.
Berdasarkan 8 bidang tugas teras ini, seorang calon peperiksaan PTD harus mencari rujukan dan nota yang sesuai bagi membolehkan skop persediaan peperiksaan dapat dibuat dengan rapi, terancang dan tidak secara semborono.

Untuk calon-calon exam PTD 2016, pastikan anda mendapat panduan dan rujukan lengkap peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik yang dikeluarkan oleh Tim Infokerjaya. Ada banyak nota dan juga contoh soalan peperiksaan yang boleh dijadikan rujukan untuk anda melakukan persediaan rapi sebelum peperiksaan berlangsung.


Nak tahu apa rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan? Muat-turun Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan sekarang di sini - [Klik Sini untuk Dapatkannya]

Cara Nak Setel Hutang PTPTN secara Percuma! Nak Tahu? - [Klik Sini untuk Dapatkannya]


Klik Sini Untuk Dapatkan Rujukan Terkini Psikometrik SPA

Catatan popular daripada blog ini

Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik

Bagaimana cara nak lulus Ujian Psikometrik kemasukan perkhidmatan awam? Ramai calon yang mencari tips dan panduan untuk mengetahui cara nak lulus dalam ujian Psikometrik dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ujian Psikometrik adalah ujian wajib lulus bagi kebanyakkan gred jawatan kerja kerajaan. Dulunya, ujian ini lebih dikenali sebagai seksyen Sahsiah dan Minat dalam peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam. Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik Kemasukan Kerja Kerajaan Sejak pentadbiran negara bertukar, beberapa polisi pengambilan perjawatan dalam sektor awam telah dinilai dan dikemaskini mengikut keperluan dan kehendak semasa. Ini termasuklah ujian Psikometrik yang sebelum ini dijalankan sebagai salah satu seksyen peperiksaan online SPA. Ujian ini kini diasingkan, malah calon perlu menjawab ujian ini di laman web khas ujian ini. Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap calon, integriti calon, kompetensi calon

Awas - Perangkap Soalan Ujian Psikometrik!

Ramai calon kemasukan kerja kerajaan dipanggil untuk hadapi peperiksaan khas Ujian Psikometrik .Ujian ini telah menjadi ujian wajib untuk ke peringkat seterusnya dalam permohonan kerja dalam sektor perkhidmatan awam. Jika sebelum ini, Ujian Psikometrik menjadi sebahagian daripada seksyen peperiksaan online SPA , tetapi kini ujian ini telah diasingkan dan menjadi ujian pertama untuk calon-calon kemasukan kerja kerajaan perlu lulus. Rujukan Ujian Psikometrik - Awas Dengan Perangkap Soalan Ujian Psikometrik telah menjadi ujian wajib dalam pengambilan banyak jawatan dalam perkhidmatan awam, antaranya jawatan Gred 41, jawatan Gred 19, jawatan Gred 29 malah ia turut menjadi sebahagian ujian untuk Pegawai Tadbir Negeri N41 dan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Pihak SPA yang bertanggungjawab mengendalikan peperiksaan dan ujian ini serius dalam menapis calon-calon yang benar-benar layak, paling penting boleh memberikan perkhidmatan terbaik pada setiap situasi. Ujian Psikometrik diadak

Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA

Bagaimana Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA? Ramai calon yang dipanggil untuk hadapi peperiksaan online oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) nak tahu cara dan tips untuk lulus di dalam peperiksaan online ini. Kami juga pasti, anda antara calon yang mencari tips tersebut. Almaklumlah, peperiksaan online SPA nampak mudah tetapi ianya adalah cara terawal pihak SPA menyingkirkan calon-calon yang memohon perjawatan dalam kerajaan. Maka, walaupun nampak mudah, tetapi tahap untuk lulus peperiksaan online SPA adalah sangat sukar. Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA Ramai calon yang telah hadapi peperiksaan online SPA gagal disebabkan satu faktor sahaja . Nak tahu apa faktor tersebut? Faktor Gagal Dalam Peperiksaan SPA Faktor tersebut adalah kurangnya persediaan untuk hadapi peperiksaan online SPA . Disebabkan oleh faktor ini, maka ramai calon yang gagal disebabkan tidak tahu cara menjawab, tidak tahu bentuk soalan, line internet kurang pantas, browser di komputer tidak

Contoh-Contoh Soalan Ujian Psikometrik dan Konsep Penilaian

Ujian Psikometrik adalah salah satu penilaian yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk memilih calon yang benar-benar sesuai dari segi minat dan sahsiah selain respon tingkah-laku atau sikap. Ujian Psikometrik juga melibatkan kaedah penilaian bagi membuat penilaian dari aspek kemahiran, pengetahuan serta personaliti calon. Dan kesesuaian ini bergantung dengan kehendak jawatan, gred jawatan serta tugas serta tanggungjawab sesuatu jawatan. Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pihak SPA akan menilai calon dari segenap segi yang diperlukan untuk sesuatu jawatan. Penilaian ini direka untuk membolehkan calon menjawab dalam keadaan separa sedar dan memerlukan respon pantas. Ini antara sebab mengapa jumlah soalan untuk Ujian Psikometrik SPA mencecah hingga 200 soalan dalam tempoh kurang 60 minit (adakala lebih/kurang). Bagi konsep ujian psikometrik (penilaian personaliti/kompetensi), ia direkabentuk untuk mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terha

Contoh Soalan Psikometrik Format 2018

Ramai yang mencari contoh-contoh soalan untuk ujian Psikometrik , khususnya yang menepati format terkini tahun 2018. Malah, ada calon yang dipanggil untuk ujian ini tidak tahu pun bagaimana format soalan, dan bentuk soalan yang akan ditanya dalam ujian Psikometrik. Kami nak bantu. Ada rujukan khas untuk ujian Psikometrik . Rujukan ini lengkap dengan contoh soalan beserta jawapan untuk kemudahan mereka yang perlu mengambil ujian atau peperiksaan online Psikometrik . Contoh Soalan Psikometrik untuk Ujian Format 2018 Soalan Psikometrik simple sahaja tetapi nak menjawabnya agak mencabar. Apatah lagi kalau anda mudah terkeliru dengan bentuk soalan ditanya. Anda kena faham, soalan Psikometrik bukan mahu mengetahui sejauh mana kepandaian anda dalam akademik, tetapi kepada cara anda berhadapan dengan situasi serta cara menyelesaikan sesuatu masalah. Cuba lihat contoh-contoh soalan Psikometrik untuk kemasukan kerja kerajaan di bawah ... Nampak macam senang je kan soalan-soalan dit