15 Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan Gred S5

Adakah anda merupakan calon Ujian Psikometrik untuk jawatan Penolong Pegawai Penerangan gred S5? Tak tahu nak buat persediaan apa sebelum peperiksaan online sebenar jawatan S5 ini? Kami ada contoh soalan psikometrik dan rujukan yang boleh dijadikan panduan!

Tips penting untuk melepasi Ujian Psikometrik SPA - Pastikan anda telah kenal jawatan dipohon. Jangan assume. Anda kena cakna mengenai tugas dan tanggungjawab seorang  Penolong Pegawai Penerangan gred S5.

Rujukan Ujian Psikometrik Pegawai Penerangan Gred S5

Rujukan Psikometrik 2023

Secara ringkasnya, jawatan ini memerlukan anda bertanggungjawab melaksanakan aktiviti dan objektif jabatan, menjalankan tugas pentadbiran dan kewangan di daerah, menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa tetap dan ad hoc di daerah dan menyediakan laporan-laporan dan analisis-analisis berhubung dengan isu-isu semasa.

Skop tugas seorang Penolong Pegawai Penerangan akan meliputi aspek kewangan dan operasi, perancangan, penyelidiikan dan pembangunan serta berkaitan latihan kepada kakitangan bahagian, negeri dan daerah mengikut keperluan dan kemahiran.

Penolong Pegawai Penerangan juga terlibat dalam penyediaan laporan samada berkaitan aktiviti dan program dalaman mahupun melibatkan orang awam atau masyarakat.

Maka, soalan-soalan psikometrik akan membabitkan aspek-aspek yang menguji kecenderungan dan keserasian calon berdasarkan fungsi dan skop tugasan yang perlu digalas. Soalan juga akan ke aras berkaitan ancaman rasuah, mengendali persepsi dan maklum balas masyarakat serta cara mengatasi masalah persaingan dan globalisasi maklumat.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik

Berikut adalah beberapa contoh soalan ujian penilaian Psikometrik:

1. Dalam membuat undian untuk pemilihan calon, saya akan memilih calon yang saya tahu sedikit mengenai dirinya
  • Ya
  • Tidak 
2. Saya seorang yang suka bertanya jika tidak tahu
  • Ya
  • Tidak
3. Saya setuju urusan kerja tidak perlu dicampur-aduk dengan urusan peribadi
  • Ya
  • Tidak
4. Jika turut serta dalam pertandingan badminton, saya lebih suka bersuka-suka daripada memperoleh kemenangan
  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tidak Pasti
  • Kadang-kadang
  • Tidak Pernah
5. Saya ingin mengetahui apa yang akan berlaku kepada kepompong rama-rama
  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tidak Pasti
  • Kadang-kadang
  • Tidak Pernah
6. Usaha keras perlu dihargai dan dinilai dengan hadiah
  • Setuju 
  • Tidak Pasti
  • Tidak Setuju
7. Masyarakat perlu mendapatkan maklumat hanya dari saluran kerajaan sahaja
  • Setuju 
  • Tidak Pasti
  • Tidak Setuju
8. Sumber maklumat daripada media sosial biasanya tidak tepat
  • Setuju 
  • Tidak Pasti
  • Tidak Setuju
9. Saya mudah marah apabila kenyataan saya disangkal
  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tidak Pasti
  • Kadang-kadang
  • Tidak Pernah
10. Saya akan berasa kurang selesa berada di dalam dewan yang dipenuhi orang
  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tidak Pasti
  • Kadang-kadang
  • Tidak Pernah
11. Saya tidak berminat terhadap permasalahan yang memerlukan kajian
  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tidak Pasti
  • Kadang-kadang
  • Tidak Pernah

12. Ganjaran mendorong kejayaan seseorang
  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

13 Saya berbual dengan jiran apabila ada kelapangan
  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tidak Pasti
  • Kadang-kadang
  • Tidak Pernah

14. Saya gemar membaca majalah teknologi berbanding majalah hiburan
  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

15. Saya tidak perlu mempunyai banyak sumber untuk menyelesaikan sesuatu masalah
  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tidak Pasti
  • Kadang-kadang
  • Tidak Pernah
Ebook Rujukan Contoh Soalan Psikometrik Terkini SPA

Dapatkan 200+ set soalan Ujian Psikometrik dengan format terkini SPA. Lengkap dengan tips menjawab soalan selain huraian jawapan pada setiap soalan.


Proven. Banyak testimoni calon (samada berjaya mahupun gagal), syorkan rujukan ini yang banyak membantu dalam persediaan PSEE Psikometrik SPA.

Dapatkan pakej rujukan ini sekarang menerusi pautan - [Tempah Rujukan Psikometrik].



Mana Nak Dapatkan Pakej Rujukan Ujian Psikometrik (PDF)? Boleh layari kedai online kami - [Sumber Rujukan PSEE] untuk dapatkan pelbagai rujukan contoh soalan Psikometrik mengikut jawatan tertentu