Skip to main content

Psikometrik Latihan Separa Perubatan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mengumumkan bahawa tiada lagi penilaian yang melibatkan Pengetahuan Am dan Daya Menyelesaikan Masalah, tetapi menumpukan kepada penilaian secara kendiri, iaitu Ujian Psikometrik.

Menurut SPA menerusi siaran langsung video di platform Facebook baru-baru ini, Ujian Psikometrik akan menjadi penilaian utama kepada calon untuk memasuki perkhidmatan awam. Penilaian ini dianggap lebih tepat dalam memilih calon yang bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.

Ujian Psikometrik untuk Latihan Separa Perubatan

Psikometrik Latihan Separa Perubatan

Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap calon, integriti calon, kompetensi serta nilai positif yang ada dalam diri calon menerusi kepelbagaian bentuk soalan dengan pilihan jawapan yang boleh mengelirukan calon.

Maka, dalam hal ini, ia akan menguji samada anda adalah calon yang layak untuk Latihan Separa Perubatan, sebelum dipanggil untuk sesi temuduga. Dengan kata lain, calon akan disaring sebelum disaring sekali lagi.

Bermaksud, SPA serius untuk memastikan hanya calon-calon yang benar-benar sesuai, mempunyai integriti, bertanggungjawab dan memenuhi kriteria serta kehendak Kementerian dan Jabatan sahaja yang akan diambil untuk berada di dalam sektor perkhidmatan awam. Ia juga akan menilai samada calon mempunyai daya tahan yang baik untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam kerajaan.

Berkaitan Ujian Psikometrik ini, calon perlu cakna bahawa ujian ini disediakan dalam pelbagai bentuk .. pelbagai situasi, pelbagai emosi

Ada pilihan jawapan, yang hanya perlu memilih Ya atau Tidak;

Ada pula yang menyertakan pilihan jawapan sehingga 4-5 pilihan;

Ada pula dengan pilihan jawapan dalam bentuk skala kekuatan/kecenderungan - iaitu 1-10 atau 1-7;

Cara atau teknik penilaian seperti ini sebenarnya salah satu metod untuk mengelirukan calon dan cuba untuk bermain dengan minda separa sedar.

Memandangkan soalan-soalan adalah soalan kendiri yang tampak lebih mudah, berbeza dengan peperiksaan sebelum ini; kecederungan calon untuk memilih jawapan tanpa berfikir panjang adalah tinggi. Bermakna, calon tidak berhati-hati dan bersikap gopoh dalam menyelesaikan sesuatu tugasan - juga satu penilaian sikap.

Untuk Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan, soalan-soalan akan berkisar kesesuaian calon terhadap skop latihan yang akan disertai, seterusnya penilaian kepada kesesuaian calon untuk mengisi kekosongan jawatan yang dipohon. Contohnya, soalan berkaitan kesabaran dan kesediaan berkerja shift akan ditanya untuk jawatan Jururawat; Soalan berkaitan ketelitian akan ditanya untuk jawatan Penolong Pegawai Perubatan dan Juruteknologi dan seumpamanya.


Ujian Psikometrik nampak mudah tetapi sebenarnya agak sukar!

Nasihat pihak SPA, calon perlu buat persediaan. Antara persediaan penting ialah mengetahui mengenai skop dan deskripsi tugas.

Deskripsi Tugas Latihan Separa Perubatan

Berikut adalah link atau pautan yang boleh anda rujuk untuk mengetahui deskripsi tugasan yang tersedia untuk Latihan Separa Perubatan:

  1. Jururawat - https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/diploma-stpm-stam-hsc/jururawat
  2. Penolong Pegawai Perubatan - https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/diploma-stpm-stam-hsc/penolong-pegawai-perubatan-gredu29
  3. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran - https://www.spa.gov.my/spa/index.php/ms/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/diploma-stpm-stam-hsc/penolong-pegawai-kesihatan
  4. Juru Xray - https://www.spa.gov.my/spa/index.php/ms/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/diploma-stpm-stam-hsc/juru-x-ray-u29
  5. Jurupulih Perubatan Fisioterapi - https://www.spa.gov.my/spa/index.php/ms/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/diploma-stpm-stam-hsc/jurupulih-perubatan-gred-u29-fisioterapi
  6. Jurupulih Perubatan Cara Kerja - https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/diploma-stpm-stam-hsc/jurupulih-perubatan-gred-u29-cara-kerja
  7. Juruteknologi Makmal Perubatan - https://www.spa.gov.my/spa/index.php/ms/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/diploma-stpm-stam-hsc/juruteknologi-makmal-perubatan-gred-u29
  8. Penolong Pegawai Farmasi - https://www.spa.gov.my/spa/index.php/ms/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/diploma-stpm-stam-hsc/penolong-pegawai-farmasi-gred-u29

Apakah persediaan terbaik yang perlu dibuat oleh calon yang akan berhadapan dengan kepelbagaian soalan Ujian Psikometrik ini?

Selain mengetahui serba sedikit mengenai tugasan perjawatan, calon perlu memastikan minda dan fizikal berada di dalam keadaan terbaik.

Sebaik-baiknya, calon perlu membiasakan diri dengan bentuk soalan psikometrik. Ia penting untuk meransang nilai-nilai peribadi yang ada dalam calon. Buatlah banyak latihan menjawab soalan ujian berkaitan psikometrik. Calon tanpa latihan, bakal mudah terperangkap dengan soalan atau jawapan.

Tiada jalan mudah untuk berjaya dalam ujian ini.



Rujukan Contoh Soalan Psikometrik 2023


Nak tahu apa rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan? Muat-turun Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan sekarang di sini - [Klik Sini untuk Dapatkannya]

Cara Nak Setel Hutang PTPTN secara Percuma! Nak Tahu? - [Klik Sini untuk Dapatkannya]


Klik Sini Untuk Dapatkan Rujukan Terkini Psikometrik SPA

Popular posts from this blog

Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik

Bagaimana cara nak lulus Ujian Psikometrik kemasukan perkhidmatan awam? Ramai calon yang mencari tips dan panduan untuk mengetahui cara nak lulus dalam ujian Psikometrik dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ujian Psikometrik adalah ujian wajib lulus bagi kebanyakkan gred jawatan kerja kerajaan. Dulunya, ujian ini lebih dikenali sebagai seksyen Sahsiah dan Minat dalam peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam. Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik Kemasukan Kerja Kerajaan Sejak pentadbiran negara bertukar, beberapa polisi pengambilan perjawatan dalam sektor awam telah dinilai dan dikemaskini mengikut keperluan dan kehendak semasa. Ini termasuklah ujian Psikometrik yang sebelum ini dijalankan sebagai salah satu seksyen peperiksaan online SPA. Ujian ini kini diasingkan, malah calon perlu menjawab ujian ini di laman web khas ujian ini. Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap calon, integriti calon, kompetensi calon

Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA

Bagaimana Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA? Ramai calon yang dipanggil untuk hadapi peperiksaan online oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) nak tahu cara dan tips untuk lulus di dalam peperiksaan online ini. Kami juga pasti, anda antara calon yang mencari tips tersebut. Almaklumlah, peperiksaan online SPA nampak mudah tetapi ianya adalah cara terawal pihak SPA menyingkirkan calon-calon yang memohon perjawatan dalam kerajaan. Maka, walaupun nampak mudah, tetapi tahap untuk lulus peperiksaan online SPA adalah sangat sukar. Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA Ramai calon yang telah hadapi peperiksaan online SPA gagal disebabkan satu faktor sahaja . Nak tahu apa faktor tersebut? Faktor Gagal Dalam Peperiksaan SPA Faktor tersebut adalah kurangnya persediaan untuk hadapi peperiksaan online SPA . Disebabkan oleh faktor ini, maka ramai calon yang gagal disebabkan tidak tahu cara menjawab, tidak tahu bentuk soalan, line internet kurang pantas, browser di komputer tidak

Contoh Soalan Psikometrik Format 2018

Ramai yang mencari contoh-contoh soalan untuk ujian Psikometrik , khususnya yang menepati format terkini tahun 2018. Malah, ada calon yang dipanggil untuk ujian ini tidak tahu pun bagaimana format soalan, dan bentuk soalan yang akan ditanya dalam ujian Psikometrik. Kami nak bantu. Ada rujukan khas untuk ujian Psikometrik . Rujukan ini lengkap dengan contoh soalan beserta jawapan untuk kemudahan mereka yang perlu mengambil ujian atau peperiksaan online Psikometrik . Contoh Soalan Psikometrik untuk Ujian Format 2018 Soalan Psikometrik simple sahaja tetapi nak menjawabnya agak mencabar. Apatah lagi kalau anda mudah terkeliru dengan bentuk soalan ditanya. Anda kena faham, soalan Psikometrik bukan mahu mengetahui sejauh mana kepandaian anda dalam akademik, tetapi kepada cara anda berhadapan dengan situasi serta cara menyelesaikan sesuatu masalah. Cuba lihat contoh-contoh soalan Psikometrik untuk kemasukan kerja kerajaan di bawah ... Nampak macam senang je kan soalan-soalan dit

Awas - Perangkap Soalan Ujian Psikometrik!

Ramai calon kemasukan kerja kerajaan dipanggil untuk hadapi peperiksaan khas Ujian Psikometrik .Ujian ini telah menjadi ujian wajib untuk ke peringkat seterusnya dalam permohonan kerja dalam sektor perkhidmatan awam. Jika sebelum ini, Ujian Psikometrik menjadi sebahagian daripada seksyen peperiksaan online SPA , tetapi kini ujian ini telah diasingkan dan menjadi ujian pertama untuk calon-calon kemasukan kerja kerajaan perlu lulus. Rujukan Ujian Psikometrik - Awas Dengan Perangkap Soalan Ujian Psikometrik telah menjadi ujian wajib dalam pengambilan banyak jawatan dalam perkhidmatan awam, antaranya jawatan Gred 41, jawatan Gred 19, jawatan Gred 29 malah ia turut menjadi sebahagian ujian untuk Pegawai Tadbir Negeri N41 dan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Pihak SPA yang bertanggungjawab mengendalikan peperiksaan dan ujian ini serius dalam menapis calon-calon yang benar-benar layak, paling penting boleh memberikan perkhidmatan terbaik pada setiap situasi. Ujian Psikometrik diadak

6 Kerja Gaji RM10000 Sebulan untuk Lepasan Sijil, Diploma dan juga Ijazah

Nak tak kami dedahkan bagaimana nak dapat gaji sehingga RM10K sebulan ? Tidak dinafikan masih ramai lepasan sijil, diploma serta ijazah yang menganggur dan tidak mendapat sebarang kerja. Kerja dan jawatan kosong diiklankan pula mempunyai kekosongan yang terhad. Persaingan memang cukup besar dan semakin sukar buat mereka yang langsung tiada pengalaman dalam pekerjaan. Namun, rezeki itu ada di mana-mana. Yang penting adalah keinginan untuk berusaha dan mempergunakan peluang yang ada - walaupun sebelum ini tidak pernah tahu dan mencuba. Enam Peluang Bekerja Dengan Gaji RM10000 Sebulan Untuk Lepasan Sijil, Diploma atau Ijazah Apakata, kami sediakan senarai kerja yang boleh anda lakukan yang mampu menghasilkan 'gaji' sehingga RM10,000 sebulan. Tak kira apa jua tahap pendidikan anda, samada lepasan sijil, diploma atau ijazah, dengan tips dan peluang di bawah ini, anda mampu untuk hasilkan gaji sendiri sehingga RM10K sebulan! Peluang kerjaya makan gaji menerusi Suruhanjaya Pe