Apr 30, 2019

Bentuk Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Gred N41

Bagaimana bentuk soalan untuk peperiksaan Pegawai Tadbir gred N41 ini? Baik. Dalam post kali ini, kami akan kongsikan beberapa tips berkaitan bentuk soalan-soalan yang akan ditanya bagi jawatan yang sememangnya mendapat perhatian daripada lepasan ijazah dan graduan.

Dalam peperiksaan format terkini untuk Pegawai Tadbir N41, ia melibatkan beberapa seksyen. Antara seksyen utama ialah Seksyen A - Pengetahuan AM dan Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah. Dalam peperiksaan Pegawai Tadbir N41 Negeri Perak, ada Seksyen C iaitu Kefahaman Bahasa Inggeris.

Bentuk Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir gred N41

Bentuk Soalan Pegawai Tadbir Gred N41
Berikuta adalah contoh bentuk soalan yang biasanya ditanya untuk peperiksaan Pegawai Tadbir gred N41.

Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia dan organisasi, perancangan dan pentadbiran sosial/ infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ tanah/ daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, hubungan antarabangsa & hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan semasa di dalam dan luar negara.

Contoh Soalan

Sesebuah negara itu dianggap mengalami kemelesetan ekonomi jika pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah negatif berturut-turut selama

A. dua suku tahun
B. tiga suku tahun
C. dua tahun
D. tiga tahun

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut: 
  • Kemahiran Logik
  • Kemahiran Menginterpretasi Data
  • Konsep Matematik dan Akaun 

Kemahiran Logik

Calon diuji dari aspek pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat

Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon diuji dengan menggunakan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis.

Konsep Matematik dan Akaun

Calon diuji dengan konsep Matematik dan Akaun, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif.

Contoh Soalan

Sebuah mesin dapat mencetak 20 keping kad ucapan dalam masa 15 saat. Berapa kepingkah kad ucapan yang dapat dicetak oleh mesin itu dari 10.15 pagi hingga 11.10 pagi pada hari yang sama

A. 3,400
B. 3,600
C. 4,000
D. 4,400 

Oh ya, anda terbabit dengan panggil peperiksaan untuk Pegawai Tadbir Negeri Perak gred N41? Jika ya, dapatkan rujukan dan panduan exam tersebut menerusi pautan di bawah:

[+] http://jvsecurepay.com/affiliates/n41perak/2624

Rujukan ini mempunyai ringkasan dan penerangan format serta bentuk soalan-soalan yang akan ditanya bagi jawatan Pegawai Tadbir gred N41. Malah, ada nota pantas untuk pengetahuan am berkaitan pentadbiran negeri Perak.

Jadi, ia adalah rujukan terbaik sebagai persediaan hadapi exam Pegawai Tadbir gred N41.

Artikel Terkait