Skip to main content

Contoh Soalan Peperiksaan Separa Perubatan 2020 Terkini

Ramai juga dipanggil untuk peperiksaan online Latihan Separa Perubatan edisi 2020. Sesi peperiksaan online pastinya menjadi penentu awal kejayaan untuk diserap ke Latihan Separa Perubatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jika tidak lulus dalam peperiksaan ini, calon peperiksaan kemasukan Latihan Separa Perubatan 2019 mungkin perlu tunggu di tahun hadapan (jika ada pengambilan). Nak pastikan lulus, kena buat persediaan awal sebelum hari peperiksaan online Latihan Separa Perubatan itu nanti.

Nak Lulus Peperiksaan Latihan Separa Perubatan? Cari Rujukan dan Contoh Soalan Terkini!!

Contoh Soalan Peperiksaan Separa Perubatan 2019 Terkini

Salah satu cara atau tips untuk lulus di dalam peperiksaan ini ialah dengan melihat contoh-contoh soalan peperiksaan Separa Perubatan dan seterusnya membuat latihan cara menjawab selain persiapkan diri dengan bentuk serta format soalan yang bakal ditanya.

Setiap tahun, setiap kali peperiksaan Separa Perubatan, pasti akan ada perubahan dibuat oleh pihak pentadbir peperiksaan ini.

Bukan mudah nak lulus. Hanya calon yang benar bersedia sahaja akan ditawarkan program Latihan Separa Perubatan. Peperiksaan inilah peringkat awal untuk saring calon yang layak.

Anda layak?

Mahu layak, kenalah lulus dalam peperiksaan ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan

Rujukan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan 2019 Terkini

Tahukah anda soalan Separa Perubatan yang bakal ditanya sudah pasti berkisar tentang bidang Separa Perubatan itu sendiri.

Untuk layak di panggil menghadiri temuduga Separa Perubatan, calon perlulah lulus dengan cemerlang Peperiksaan Online Separa Perubatan yang diadakan sebelumnya.

Sebagai seorang calon yang terlibat dengan peperiksaan ini anda perlulah membuat persediaan sebaik mungkin. Persediaan fizikal dan mental yang sebaiknya diperlukan.

Untuk pengetahuan anda, peperiksaan ini diadakan oleh pihak SPA Malaysia bagi pihak Kementerian Kesihatan. Oleh itu, anda perlu membuat persediaan dengan maklumat yang berkaitan dengan pentadbiran Malaysia, Kementerian-kementerian, Suruhanjaya-suruhanjaya Malaysia, Jabatan-jabatan kerajaan dan Agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

Maklumat ini amat besar dan luas jika hendak dicari dan diingati dalam masa yang singkat.

Berikut sedikit perkongsian mengenai Contoh Soalan Pengetahuan AM Separa Perubatan bagi membiasakan anda dengan format peperiksaan Separa Perubatan kali ini.

Format peperiksaan lengkap serta contoh-contoh soalan peperiksaan Latihan Separa Perubatan yang lain, boleh didapati menerusi pakej rujukan yang disediakan di akhir post ini.

Komponen Peperiksaan Separa Perubatan

Dalam setiap peperiksaan yang diuruskan oleh SPA, ada komponen peperiksaan Separa Perubatan yang boleh dijadikan panduan untuk calon-calon peperiksaan Separa Perubatan membuat persiapan awal.

Peperiksaan ini melibatkan 3 seksyen utama, dan ia adalah format TERKINI 2019 iaitu:
    • Seksyen A - Psikometrik
    • Seksyen B - Pengetahuan Am
    • Seksyen C - Pemahaman Bahasa Inggeris

      Kesemua seksyen perlu di jawab dengan betul dan menepati kriteria yang diperlukan oleh SPA.

      Anda yang terlibat dengan peperiksaan Separa Perubatan wajib lulus kesemua seksyen bagi membolehkan anda dipanggil untuk hadir ke tapisan temuduga.

      Format Peperiksaan Bahagian Pengetahuan Am

      Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji pengetahuan calon terhadap perkara-perkara yang berlaku di dunia amnya dan Malaysia khususnya berkaitan dengan isu-isu semasa, hal ehwal politik, dasar-dasar awam pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, serta keselamatan negara.

      Berikut merupakan contoh soalan Seksyen A Pengetahuan AM Separa Perubatan untuk rujukan anda.
      Anda boleh menjadikan set soalan di bawah untuk mendapatkan gambaran jenis soalan, topik dan tajuk yang mungkin di tanya dalam peperiksaan nanti.

      Contoh Soalan Pengetahuan Am Separa Perubatan

      1. Apakah cara yang selamat untuk mengelakkan kecederaan semasa bersenam?

      I. Bersenam dengan program senaman kecergasan yang mendapat nasihat doktor.
      II. Tambah 2 – 3 minit aktiviti senaman anda setiap minggu sehingga mencapat 30 minit.
      III. Senaman dimulakan dengan selang seli dari 2 – 3 minit, disusuli 2 – 3 minit sepanjang 15 minit.
      IV. Senaman dimulakan dengan peningkatan secara berperingkat-peringkat untuk minggu tertentu apabila anda semakin cergas.

      A. I dan II
      B. I, II dan III
      C. II, III dan IV
      D. I, II, III dan IV

      2. Bilakah masanya anda perlu berhenti dari bersenam?
      A. Bila anda berasa penat
      B. Bila anda sudah bosan
      C. Bila anda berasa sakit, pening dan tidak selesa
      D. Bila hari sudah mula panas atau matahari terbenam

      3. Berikut adalah senarai punca-punca keracunan makanan KECUALI
      A. Logam berat contohnya tembaga, plumbum dan raksa.
      B. Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus.
      C. Bahan kimia contohnya racun rumpai dan racun serangga.
      D. Asid askorbik, asid folik, vitamin B12 atau cobalamin.

      4. Berikut ialah simpton keracunan makanan KECUALI
      A. Pening
      B. Sakit kepala
      C. Muntah-muntah
      D. Berpeluh/demam

      5. Bagaimanakah makanan boleh menjadi punca kepada keracunan makanan?
      A. Makanan dimasak tidak sedap
      B. Makanan dimasak oleh warga asing
      C. Makanan tidak dimasak dengan baik
      D. Makanan dimasak oleh tukang masak tidak mahir

      Bagaimana Nak Jawab Seksyen Pengetahuan Am Separa Perubatan?

      Bidang Separa Perubatan diuruskan oleh KKM. Oleh itu anda harus tahu apa maklumat yang berkaitan dengan KKM seperti sejarah penubuhan, misi dan visi, piagam pelanggan, carta organisasi dan perkhidmatan yang disediakan oleh KKM.

      Selain itu anda harus tahu beberapa perbezaan di antara hospital dan klinik. Ambil inisiatif untuk mencari maklumat mengenai rancangan-rancangan kerajaan yang berkaitan dengan kesihatan dan perubatan.

      Istilah-istilah perubatan yang asas juga harus diambil kira. Anda mungkin tidak biasa dengannya tetapi ini adalah peluang yang terbaik untuk mengkaji bidang Separa Perubatan.

      Di antara istilah-istilah yang perlu diketahui ialah :

      • Forensik – Pembedahan dan kajian mayat untuk memperolehi maklumat berkenaan punca kematian contohnya jenayah dan kes-kes lain
      • Obstetrik dan Ginekologi – Perbidanan, sakit puan dan perkara berkaitan penyakit perempuan
      • Onkologi klinikal – Penyakit kanser, terapi radiasi, terapi hormon dan kemoterapi
      • Patologi kimia – Kajian dalam makmal berkenaan cecair badan
      • Ortopedik – Penyakit dan pembedahan sendi dan tulang
      • Pediatrik – Bidang khusus untuk penyakit kanak-kanak
      • Histopatologi – Kajian tisu dan sel dalam makmal
      • Oftalmologi – Penyakit dan pembedahan mata
      • Nefrologi – Sakit ginjal atau buah pinggang
      • Radiologi – Khas tentang penggunaan x-ray
      • Gastroenterologi – Saluran pencernaan
      • Dermatologi – Penyakit kulit
      • Kardiologi – Jantung

      Banyak yang perlu anda lakukan jika mahu lulus untuk peperiksaan online Latihan Separa Perubatan ini.

      Rasa risau tak ada panduan dan rujukan yang dapat bantu? Jangan bimbang, keperluan anda untuk membuat persediaan sebelum peperiksaan ini ada disediakan.

      Jika berminat, boleh buat tempahan segera menerusi link ini - https://affiliates.jvsecurepay.com/go/separa-perubatan/2624

      Rujukan ini khas untuk calon yang akan hadapi peperiksaan Separa Perubatan 2019. Rujukan ini terhad, dan hanya dibuka tempahan untuk yang berminat sahaja.

      Lakukan tempahan sekarang, kerana ianya akan ditutup tidak lama lagi.

      Terus ke sini - https://affiliates.jvsecurepay.com/go/separa-perubatan/2624

      Semoga berjaya.
      Nak tahu apa rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan? Muat-turun Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan sekarang di sini - [Klik Sini untuk Dapatkannya]

      Cara Nak Setel Hutang PTPTN secara Percuma! Nak Tahu? - [Klik Sini untuk Dapatkannya]


      Klik Sini Untuk Dapatkan Rujukan Terkini Psikometrik SPA

      Popular posts from this blog

      Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik

      Bagaimana cara nak lulus Ujian Psikometrik kemasukan perkhidmatan awam? Ramai calon yang mencari tips dan panduan untuk mengetahui cara nak lulus dalam ujian Psikometrik dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ujian Psikometrik adalah ujian wajib lulus bagi kebanyakkan gred jawatan kerja kerajaan. Dulunya, ujian ini lebih dikenali sebagai seksyen Sahsiah dan Minat dalam peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam. Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik Kemasukan Kerja Kerajaan Sejak pentadbiran negara bertukar, beberapa polisi pengambilan perjawatan dalam sektor awam telah dinilai dan dikemaskini mengikut keperluan dan kehendak semasa. Ini termasuklah ujian Psikometrik yang sebelum ini dijalankan sebagai salah satu seksyen peperiksaan online SPA. Ujian ini kini diasingkan, malah calon perlu menjawab ujian ini di laman web khas ujian ini. Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap calon, integriti calon, kompetensi calon

      Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA

      Bagaimana Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA? Ramai calon yang dipanggil untuk hadapi peperiksaan online oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) nak tahu cara dan tips untuk lulus di dalam peperiksaan online ini. Kami juga pasti, anda antara calon yang mencari tips tersebut. Almaklumlah, peperiksaan online SPA nampak mudah tetapi ianya adalah cara terawal pihak SPA menyingkirkan calon-calon yang memohon perjawatan dalam kerajaan. Maka, walaupun nampak mudah, tetapi tahap untuk lulus peperiksaan online SPA adalah sangat sukar. Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA Ramai calon yang telah hadapi peperiksaan online SPA gagal disebabkan satu faktor sahaja . Nak tahu apa faktor tersebut? Faktor Gagal Dalam Peperiksaan SPA Faktor tersebut adalah kurangnya persediaan untuk hadapi peperiksaan online SPA . Disebabkan oleh faktor ini, maka ramai calon yang gagal disebabkan tidak tahu cara menjawab, tidak tahu bentuk soalan, line internet kurang pantas, browser di komputer tidak

      Contoh Soalan Psikometrik Format 2018

      Ramai yang mencari contoh-contoh soalan untuk ujian Psikometrik , khususnya yang menepati format terkini tahun 2018. Malah, ada calon yang dipanggil untuk ujian ini tidak tahu pun bagaimana format soalan, dan bentuk soalan yang akan ditanya dalam ujian Psikometrik. Kami nak bantu. Ada rujukan khas untuk ujian Psikometrik . Rujukan ini lengkap dengan contoh soalan beserta jawapan untuk kemudahan mereka yang perlu mengambil ujian atau peperiksaan online Psikometrik . Contoh Soalan Psikometrik untuk Ujian Format 2018 Soalan Psikometrik simple sahaja tetapi nak menjawabnya agak mencabar. Apatah lagi kalau anda mudah terkeliru dengan bentuk soalan ditanya. Anda kena faham, soalan Psikometrik bukan mahu mengetahui sejauh mana kepandaian anda dalam akademik, tetapi kepada cara anda berhadapan dengan situasi serta cara menyelesaikan sesuatu masalah. Cuba lihat contoh-contoh soalan Psikometrik untuk kemasukan kerja kerajaan di bawah ... Nampak macam senang je kan soalan-soalan dit

      Awas - Perangkap Soalan Ujian Psikometrik!

      Ramai calon kemasukan kerja kerajaan dipanggil untuk hadapi peperiksaan khas Ujian Psikometrik .Ujian ini telah menjadi ujian wajib untuk ke peringkat seterusnya dalam permohonan kerja dalam sektor perkhidmatan awam. Jika sebelum ini, Ujian Psikometrik menjadi sebahagian daripada seksyen peperiksaan online SPA , tetapi kini ujian ini telah diasingkan dan menjadi ujian pertama untuk calon-calon kemasukan kerja kerajaan perlu lulus. Rujukan Ujian Psikometrik - Awas Dengan Perangkap Soalan Ujian Psikometrik telah menjadi ujian wajib dalam pengambilan banyak jawatan dalam perkhidmatan awam, antaranya jawatan Gred 41, jawatan Gred 19, jawatan Gred 29 malah ia turut menjadi sebahagian ujian untuk Pegawai Tadbir Negeri N41 dan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Pihak SPA yang bertanggungjawab mengendalikan peperiksaan dan ujian ini serius dalam menapis calon-calon yang benar-benar layak, paling penting boleh memberikan perkhidmatan terbaik pada setiap situasi. Ujian Psikometrik diadak

      6 Kerja Gaji RM10000 Sebulan untuk Lepasan Sijil, Diploma dan juga Ijazah

      Nak tak kami dedahkan bagaimana nak dapat gaji sehingga RM10K sebulan ? Tidak dinafikan masih ramai lepasan sijil, diploma serta ijazah yang menganggur dan tidak mendapat sebarang kerja. Kerja dan jawatan kosong diiklankan pula mempunyai kekosongan yang terhad. Persaingan memang cukup besar dan semakin sukar buat mereka yang langsung tiada pengalaman dalam pekerjaan. Namun, rezeki itu ada di mana-mana. Yang penting adalah keinginan untuk berusaha dan mempergunakan peluang yang ada - walaupun sebelum ini tidak pernah tahu dan mencuba. Enam Peluang Bekerja Dengan Gaji RM10000 Sebulan Untuk Lepasan Sijil, Diploma atau Ijazah Apakata, kami sediakan senarai kerja yang boleh anda lakukan yang mampu menghasilkan 'gaji' sehingga RM10,000 sebulan. Tak kira apa jua tahap pendidikan anda, samada lepasan sijil, diploma atau ijazah, dengan tips dan peluang di bawah ini, anda mampu untuk hasilkan gaji sendiri sehingga RM10K sebulan! Peluang kerjaya makan gaji menerusi Suruhanjaya Pe