12 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pengajar U41

Calon jawatan Pengajar gred U41!! Dah bersedia dengan PSEE Ujian Psikometrik? Jika belum, mungkin contoh-contoh soalan penilaian psikometrik di sini boleh membantu anda, paling tidak melakukan persediaan awal sebelum ujian sebenar kelak.

Amnya, seorang Pengajar gred U41 adalah bertanggungjawab melaksanakan aktiviti-aktiviti perancangan, penyediaan dan pengurusan latihan tenaga manusia bagi kumpulan paramedik dan auksiliari yang lengkap dan berkesan supaya bekalan tenaga manusia bagi kumpulan paramedik dan auksiliari adalah mencukupi, berkelayakan dan berkualiti untuk menampung keperluan di sektor awam pada masa sekarang dan akan datang.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pengajar Gred U41

Contoh Soalan Psikometrik Pengajar U41

Ujian ini adalah satu bentuk penilaian untuk mengetahui kecenderungan, minat, integriti dan kesesuaian calon kepada jawatan. PSEE bukan lagi mahu melihat sejauh mana pengetahuan atau kemahiran yang dipunyai calon, memandangkan ia telahpun disaring menerusi SPA9.

Sebelum melihat kepada contoh-contoh soalan psikometrik berkaitan Pengajar U41, sebaiknya ambil maklum mengenai ciri-ciri yang dicari untuk perjawatan ini sepertimana yang telah dinyatakan SPA menerusi EZSkim.

Sifat-Sifat Bersesuaian Dengan Jawatan

  • Berketerampilan dan berpengetahuan.
  • Berkebolehan berkomunikasi dengan baik dan berkesan.
  • Perwatakan yang baik serta mesra dan boleh bekerjasama.
  • Berfikiran terbuka dan bersedia membuat anjakan paradigma.
  • Mempunyai minat yang tinggi di dalam mendidik serta sifat kesabaran yang mendalam.

Contoh Soalan Latihan Ujian Psikometrik Pengajar U41

1.Saya hanya bertegur sapa dengan orang yang saya kenali

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak Pernah

2. Saya suka membantu orang lain tanpa diminta

A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

3. Saya tidak boleh menerima kegagalan

A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Setuju
E. Sangat Setuju

4. Saya berupaya mengawal emosi marah dan sedih dengan baik

A. Sangat tidak setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak pasti
D. Setuju
E. Sangat setuju

5. Menyelesaikan masalah perlukan kepada kemahiran komunikasi

A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Setuju
E. Sangat Setuju

6. Walaupun di mana saya berada, saya tetap boleh menyesuaikan diri.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

7. Saya masih akan menolong rakan saya walaupun dia tidak membalas budi saya.

A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti

8. Secara umumnya, saya suka akan perkara yang teratur

A. Sangat menggambarkan diri saya
B. Menggambarkan diri saya
C. Agak menggambarkan diri saya
D. Tidak menggambarkan diri saya
E. Sangat tidak menggambarkan diri saya

9. Saya seorang yang suka berpakaian kemas

A. Sangat menggambarkan diri saya
B. Menggambarkan diri saya
C. Agak menggambarkan diri saya
D. Tidak menggambarkan diri saya
E. Sangat tidak menggambarkan diri saya

10. Saya tidak peduli jika kawan saya berjaya

A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

11. Saya mengemas rumah setiap hari

A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

12. Saya akan merasa terganggu melihat orang membuang sampah merata-rata

A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

Untuk mendapat lebih banyak contoh soalan berkaitan Ujian Psikometrik SPA terkini, boleh dapatkan menerusi link berikut - https://bit.ly/psikometrik2023

Dam jangan risau, jawapan disediakan dan paling mustahak ada huraian diberikan sekali sebagai panduan bagi memahami kehendak soalan. Oh ya, ada beberapa tips penting bagaimana nak elak perangkap soalan, yang menguji diri berkaitan KONSISTENSI.

Semoga bermanfaat.