Cara Semak Jadual Temuduga SPA Secara Online

Anda merupakan graduan yang baru habis pengajian di IPT? Dah mohon kerja menerusi laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tak? Jika belum, baik anda isi borang permohonan di sana secepat mungkin. Isi segala maklumat berkaitan dengan lengkap dan pastikan anda telah memilih jawatan yang sesuai.

Manual Cara Semak Jadual Temuduga SPA Secara Online

Jika anda tidak mengisi borang permohonan perjawatan menerusi laman web SPA, anda berkemungkinan tidak akan dapat peluang untuk masuk kerja kerajaan. Ia merupakan langkah utama untuk memohon masuk kerja dalam sektor kerajaan di Malaysia, khususnya untuk perjawatan di peringkat Persekutuan.

Setelah anda membuat permohonan secara online di laman web SPA, anda seterusnya perlu membuat semakan secara berjadual untuk peluang-peluang temuduga SPA yang dijalankan. Setiap bulan akan ada beberapa sesi temuduga untuk jawatan-jawatan tertentu dalam perkhidmatan awam Malaysia.

Untuk tidak terlepas peluang temuduga penting SPA ini, seharusnya anda menggunakan alamat email yang aktif supaya segala hebahan dan pemberitahuan daripada pihak SPA dapat terus masuk ke inbox email anda tanpa gagal.

Ramai calon yang meletakkan alamat email yang tidak aktif, atau tidak lengkap sehingga menyebabkan mereka gagal menyemak tarikh peperiksaan serta temuduga ditetapkan oleh pihak SPA.

Bagaimana Nak Semak Jadual Temuduga SPA Secara Online

Masih ada segelintir daripada lepasan graduan IPT yang memohon perjawatan dalam sektor awam yang tidak tahu cara menyemak jadual temuduga SPA secara online.

Untuk itu, kami sertakan manual cara untuk menyemak jadual temuduga SPA secara online. Ia merupakan manual yang disediakan oleh pihak SPA untuk membantu calon-calon yang mendapat makluman panggilan temuduga SPA.


Semoga ia membantu.