Langkau ke kandungan utama

20 Contoh Soalan Temuduga Kerja Jawatan Kerajaan

Peluang Kerja di Singapura
Ramai calon yang dipanggil temuduga kerja kerajaan gagal kerana mereka kurang bersedia dengan soalan-soalan yang diberikan oleh penemuduga. Sepatutnya, calon-calon yang mahu lulus dalam temuduga kerja kerajaan, mesti mencari contoh-contoh soalan temuduga sebagai persediaan untuk berhadapan dengan penemuduga yang adakala agak 'kejam'.

Kejam? Ya, sebab mereka perlu memilih hanya beberapa ribu calon yang layak sahaja daripada ratusan ribu calon lain yang memohon kerja dan jawatan yang sama. Mahu tidak mahu, ada soalan yang boleh dengan mudahnya memerangkap calon, dan menyingkirkannya daripada menjadi calon untuk proses seterusnya.

20 Contoh Soalan Temuduga SPA

20 Contoh Soalan Temuduga SPA
Jika anda adalah merupakan calon yang dipanggil untuk temuduga kerja kerajaan, mungkin beberapa contoh soalan temuduga kerja kerajaan di bawah ini akan membantu. Ia mungkin bukan soalan sebenar yang bakal ditanya kepada anda kelak, tetapi ianya pasti akan membantu anda untuk mengetahui corak dan jenis serta bentuk soalan temuduga yang bakal ditanya.

Contoh soalan temuduga kerja kerajaan terutama oleh pihak SPA yang sering ditanya oleh panel penemuduga kepada calon berkisar kepada beberapa aspek seperti :
  1. Latar belakang dan kelayakan calon
  2. Jawatan yang dipohon dan berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
  3. Dasar kerajaan
  4. Isu semasa dalam dan luar negara.

20 Contoh Soalan Temuduga SPA

Contoh soalan temuduga SPA berkaitan latar belakang dan kelayakan calon

  1. Sila perkenalkan diri anda secara ringkas.
  2. Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda??
  3. Apa yang menarik minat kami untuk anda diambil bekerja dengan kerajaan?
  4. Mengapakah kami patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan?
  5. Semasa projek akhir disemester anda, apa yang anda lakukan? Minta ceritakan…
  6. Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut?

Contoh soalan temuduga SPA berkaitan jawatan yang anda pohon.

  1. Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh anda jika nanti?
  2. Peranan Jabatan & Kementerian ini? (bergantung kepada jawatan yang anda pohon ketika itu)
  3. Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada diri anda untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi seorang jurutera yang serba boleh?
  4. Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?
  5. Sumbangan yang boleh anda berikan jika menjawat jawatan yang dipohon.

Contoh soalan temuduga SPA yang berkaitan dengan dasar kerajaan.

  1. Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menter- menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?
  2. Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?
  3. Apakah yang anda faham dengan konsep 1Malaysia? Apa pendapat anda dengan konsep dibawa Perdana Menteri Malaysia?
  4. Apa yang anda faham dengan intipati belanjawan negara 2018 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia?
  5. Senarai dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia?
  6. Apakah tema bajet 2018?
  7. Terangkan dengan dengan ringkas GST?
  8. Apakah GTP?



Contoh soalan temuduga SPA berkaitan isu semasa dalam dan luar negara

Isu Semasa Dalam Negara
  1. Boleh nyatakan tentang keputusan Pilihanraya Umum Ke-13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013.
  2. Jelaskan tentang konflik yang tercetus di Lahat Datu?
  3. Apakah isu yang berkaitan dengan MH17
  4. Isu perkauman yang hangat dibangkitkan ketika ini?
  5. Diskaun pembayaran balik pinjaman PTPTN.
  6. Apakah tema Hari Kemerdekaan 2014?

Isu Semasa Luar Negara
  1. Krisis Palestin yang mengorbankan ribuan nyawa akibat kerakusan regim Israel.
  2. Krisis yang berlaku di Syria.
  3. Krisis yang berlaku diantara Ukraine dan Russia
  4. Campur tangan asing dalam kedaulatan sesebuah negara.

Jadi bagaimana? Adakah anda bersedia dengan jawapan-jawapan seperti soalan-soalan temuduga di atas? Untuk membantu anda, boleh dapatkan rujukan khas untuk hadapi temuduga kerja kerajaan ini. Rujukan ini termasuklah sebuah ebook yang mengandungi lebih 250 contoh soalan sebenar temuduga yang telah disediakan jawapan terbaik.

Untuk membuat tempahan segera, terus ke pautan ini - Tempahan Online Rujukan Temuduga




Mahu dapatkan lebih 200 contoh soalan (jawapan disertakan) UJIAN PSIKOMETRIK Terkini? [Klik Sini untuk Info]

Nak tahu apa rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan? Muat-turun Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan sekarang di sini - [Klik Sini untuk Dapatkannya]

Klik Sini untuk Info

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Awas .. Perangkap Soalan Ujian Psikometrik

Ramai calon kemasukan kerja kerajaan dipanggil untuk hadapi peperiksaan khas Ujian Psikometrik .Ujian ini telah menjadi ujian wajib untuk ke peringkat seterusnya dalam permohonan kerja dalam sektor perkhidmatan awam. Jika sebelum ini, Ujian Psikometrik menjadi sebahagian daripada seksyen peperiksaan online SPA , tetapi kini ujian ini telah diasingkan dan menjadi ujian pertama untuk calon-calon kemasukan kerja kerajaan perlu lulus. Rujukan Ujian Psikometrik - Awas Dengan Perangkap Soalan Ujian Psikometrik telah menjadi ujian wajib dalam pengambilan banyak jawatan dalam perkhidmatan awam, antaranya jawatan Gred 41, jawatan Gred 19, jawatan Gred 29 malah ia turut menjadi sebahagian ujian untuk Pegawai Tadbir Negeri N41 dan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Pihak SPA yang bertanggungjawab mengendalikan peperiksaan dan ujian ini serius dalam menapis calon-calon yang benar-benar layak, paling penting boleh memberikan perkhidmatan terbaik pada setiap situasi. Ujian Psikometrik diadak

Rujukan Ujian Psikometrik Terkini 2022

Pakej Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik versi 2022 . Terlibat dengan peperiksaan online Ujian Psikometrik SPA? Tak tahu nak buat persediaan apa? Tak tahu nak baca apa? Tak pasti mana nak dapatkan rujukan terkini yang lengkap dengan latih-tubi contoh soalan Ujian Psikometrik? iKerjaya Graduan bersama dengan Tim Infokerjaya telah menyediakan pakej rujukan edisi terkini 2022 untuk calon-calon peperiksaan ini. Pakej rujukan Ujian Psikometrik edisi 2022 telah diperkemaskan dan diperlengkapkan dengan contoh-contoh soalan yang terbaik bagi menguji calon sebagai persiapan sebelum peperiksaan online sebenar Ujian Psikometrik. Rujukan Ujian Psikometrik edisi Terkini 2022 Ujian Psikometrik adalah penilaian terhadap minat serta kecenderungan. Ia bakal menguji sikap, integriti serta kompetensi calon menerusi pelbagai bentuk dan format soalan. Calon akan dinilai menerusi soalan pelbagai pilihan samada berkaitan emosi, situasi, tindak-balas, dan juga penyelesaian matematik. Amnya, pen

Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik

Bagaimana cara nak lulus Ujian Psikometrik kemasukan perkhidmatan awam? Ramai calon yang mencari tips dan panduan untuk mengetahui cara nak lulus dalam ujian Psikometrik dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ujian Psikometrik adalah ujian wajib lulus bagi kebanyakkan gred jawatan kerja kerajaan. Dulunya, ujian ini lebih dikenali sebagai seksyen Sahsiah dan Minat dalam peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam. Cara Nak Lulus Ujian Psikometrik Kemasukan Kerja Kerajaan Sejak pentadbiran negara bertukar, beberapa polisi pengambilan perjawatan dalam sektor awam telah dinilai dan dikemaskini mengikut keperluan dan kehendak semasa. Ini termasuklah ujian Psikometrik yang sebelum ini dijalankan sebagai salah satu seksyen peperiksaan online SPA. Ujian ini kini diasingkan, malah calon perlu menjawab ujian ini di laman web khas ujian ini. Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap calon, integriti calon, kompetensi calon

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Gred 41

Penilaian Ujian Psikometrik adalah merupakan salah satu keperluan wajib untuk memasuki Perkhidmatan Awam Malaysia. Calon yang terpilih dan dipanggil untuk menjalani ujian ini adalah WAJIB LULUS sebelum ke peringkat seterusnya. Biasanya, ujian ini akan dilaksanakan setelah calon terpilih melepasi peringkat Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) iaitu Ujian Aptitud dengan baik. Ujian ini merupakan peringkat saringan calon bagi menilai kesesuaian calon terhadap jawatan yang dipilih/dipohon. Ujian ini merupakan salah satu dari kaedah penilaian yang holistik bagi tujuan menilai aspek sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon untuk menentukan kesesuaian individu bagi tujuan lantikan sesuatu jawatan selain daripada PSEE dan juga temuduga. Ujian Psikometrik untuk Jawatan Gred 41 Calon yang terpilih untuk Ujian Psikometrik bagi jawatan Gred 41 adalah wajib lulus dan perlu melepasti markah merit yang telah ditentukan. Markah merit untuk penentu

Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA

Bagaimana Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA? Ramai calon yang dipanggil untuk hadapi peperiksaan online oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) nak tahu cara dan tips untuk lulus di dalam peperiksaan online ini. Kami juga pasti, anda antara calon yang mencari tips tersebut. Almaklumlah, peperiksaan online SPA nampak mudah tetapi ianya adalah cara terawal pihak SPA menyingkirkan calon-calon yang memohon perjawatan dalam kerajaan. Maka, walaupun nampak mudah, tetapi tahap untuk lulus peperiksaan online SPA adalah sangat sukar. Cara Nak Lulus Peperiksaan Online SPA Ramai calon yang telah hadapi peperiksaan online SPA gagal disebabkan satu faktor sahaja . Nak tahu apa faktor tersebut? Faktor Gagal Dalam Peperiksaan SPA Faktor tersebut adalah kurangnya persediaan untuk hadapi peperiksaan online SPA . Disebabkan oleh faktor ini, maka ramai calon yang gagal disebabkan tidak tahu cara menjawab, tidak tahu bentuk soalan, line internet kurang pantas, browser di komputer tidak